Produk umpan lentik boleh digunakan dengan pelbagai bahan asas umpan seperti dedak, roti atau pelet.
Namun untuk penyediaan umpan kos bajet, kami sediakan satu setting umpan menggunakan beberapa bahan asas sahaja seperti tepung gandum dan minyak masak.
Bahan-bahan keperluan:
200gm-300gm tepung gandum
Ads
*150ml – 200ml minyak masak
*4 tutup strawberry lentik
*3 tutup Star Brand perisa Pisang
Ads
Cara bancuhan:
⇒ Masukkan semua bertanda * ke dalam bekas bancuhan.
Ads
⇒ Kacau seketika agar bahan-bahan itu sebati dan masukkan tepung gandum dalam anggaran yang ditetapkan.
⇒ Kacau semua campuran tu sehingga sebati, pastikan tepung tidak terlalu keras ataupun lembik.
⇒ Ia sudah boleh digunakan dan dikepal pada mata kail yang telah dicucuk dengan keropok jagung.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan patin ini terhasil dari bahan-bahan perisa umpan yang digabungkan untuk mendapatkan aroma dominan durian tetapi mempunyai rasa yang variasi. Aroma durian yang kuat dan tengik ini sebenarnya mendorong ikan untuk mendekati umpan sekaligus mengambil dan memakan umpan tersebut.
Untuk menghasilkan gabungan umpan ini perlulah sukatan yang betul dan tepat. Bau dan rasanya tidak boleh terlalu lemah atau kuat.
BAHAN-BAHAN:
2 Botol (saiz sederhana) perisa strawberi Original
1 Botol (saiz sederhana) perisa durian Original
1 Botol kosong (500 ml) untuk campuran umpan.
CARA PENYEDIAAN:
Sediakan sebuah bekas atau botol minuman kosong saiz 500 ml. Tuangkan 2 botol perisa strawberi ke dalam botol kosong ini.
Kemudian tuangkan pula 1 botol perisa durian ke dalam botol tersebut.
Goncang botol campuran perisa strawberi dan durian sehingga campurannya sebati. Sebaiknya biarkan 10 hingga 15 minit umpan ini sebati sebelum digunakan.
NOTA:
Umpan ini boleh digunakan bersama apa saja roti sandwich, roti kentang, serbuk roti, dedak dan juga pelet. Untuk ujian ini pelet 920 menjadi pilihan dan digunakan dengan teknik perambut dua mata kail.
CARA PENGGUNAAN UMPAN:
Rendam dan tos dengan segera 1 kg pelet di dalam bekas bancuhan umpan. Biarkan seketika sehingga pelet menjadi lembut.
Tuangkan umpan durian strawberi (anggaran 10-15 penutup botol) ke atas pelet dan goncang hingga sekata. Biarkan seketika sehingga umpan meresap pada pelet.
Cucuk jajan atau keropok jagung pada mata kail. Kemudian kepal pelet kira-kira segenggam pada kedua-dua mata kail dan pastikan mata kail tergantung kemas di tengah-tengah kepalan pelet.
Selain digunakan secara terus (sebiji) dengan mencangkuknya pada mata kail, dihiris-hiris atau diperam terlebih dahulu, buah kelapa sawit juga boleh diproses untuk mendapatkan patinya. Pati sawit yang berlemak dan aroma inilah sebenarnya yang menjadi kesukaan kebanyakkan ikan air tawar terhadap buah sawit.
Berikut merupakan perkongsian cara-cara untuk menghasilkan pati (minyak) sawit yang boleh digunakan sebagai bahan perisa untuk dicampurkan dengan makanan ikan seperti roti atau untuk dijadikan umpan berkesan memancing ikan.
Cara Penyediaan:
Ambil kira-kira 50 biji buah sawit yang cukup masak dan tebal isinya.
Hiris atau racik sehalus mungkin sehingga keluar jusnya yang berminyak. Boleh juga hirisan halus ini dikisar untuk mendapatkan pati yang lebih banyak.
Cairkan dulu 1 tin kecil minyak sapi di dalam periuk kemudian masukkan pati sawit.
Masaklah dengan api kecil sehingga ia mendidih (menggelegak macam lahar gunung berapi) dan matikan api.
Biarkan ia menjadi sejuk, kemudian masukkan ke dalam bekas bertutup dan simpan di dalam peti sejuk.
Cara Penggunaan:
Apabila ingin menggunakan pati ini, panaskan saja setakat mana yang ingin digunakan. Kemudian campurkan dengan bahan perisa lain (perisa pandan atau strawberi) atau sos umpan lain yang diinginkan.
Untuk lebih berkesan, simpan pati campuran (umpan) ini di dalam bekas bertutup selama 3 hingga 5 hari sebelum digunakan bersama roti untuk memancing.
Setiap kolam pancing boleh dikatakan ada umpan rahsia yang jarang didedahkan kepada pemancing. Namun Kolam Pancing Guar Jentik ini bersikap terbuka untuk berkongsi rahsia umpan yang digunakan untuk memikat tongsan di kolam tersebut.
Bahan-Bahan:
500 gm dedak 929
200 gm serbuk roti masam
5 keping roti kering
1 peket serbuk pandan
5 penutup perisa pandan A1
½ botol esen nenas
1 kotak air susu kacang soya
LANGKAH 1
Masukkan 500 gm dedak 929 ke dalam bekas acuan.
LANGKAH 2
Masukkan kesemua serbuk roti masam. Kemudian hancurkan 5 keping roti sandwich yang telah dijemur sehingga kekeringan. Masukkan ke dalam campuran dedak.
LANGKAH 3
Masukkan sebungkus serbuk perisa pandan.
LANGKAH 4
Masukkan setengah botol esen nenas, 5 penutup perisa pandan A1 dan sekotak air susu kacang soya ke dalam adunan dedak. Bancuh dan tambah air jika sekiranya adunan terlalu peroi.
LANGKAH 5
Kepal bancuhan dedak pada spring dan lekatkan gabus pada mata kail. Umpan siap untuk digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...