Perkongsian Oleh : King Ulong
Umpan tepung gandum yang dibancuh dengan air boleh terapung di dalam air? Kedengaran seperti tidak masuk akal tapi kami ada formula untuk membolehkan ia terapung.
Bahan-Bahan Keperluan:
2 gelas tepung jagung.
1 gelas tepung gandum.
1 paket Powder Perah EVO10.
2 biji telur itik.
20 Penutup Perah Kongkang
2 Paket yis segera
1 Botol esen Pisang.
1 cawan air bersih.
Cara menghasilkannya:
TUTORIAL 1
Sukat 2 gelas tepung jagung dan masukkan ke dalam bekas untuk mengadun.
Kemudian masukkan pula 1 gelas tepung gandum. Gaul kedua-dua tepung ini sehingga ia sebati dengan sempurna.
TUTORIAL 2
Masukkan 1 paket Serbuk Powder Perah EVO ke dalam bancuhan tepung.
Kemudian gaul semua serbuk tepung tersebut sampai hingga sekata.
TUTORIAL 3
Masukkan 20 penutup botol umpan Perah Kongkang.
Gaul hingga sekata.
TUTORIAL 4
Taburkan 2 paket yis segera ke atas adunan.
Dan gaul sampai rata.
TUTORIAL 5
Pecahkan 2 biji telur itik.
Kemudian gaul sampai rata.
TUTORIAL 6
Masukkan 1 botol esen pisang. Kemudian gaul sampai rata.
TUTORIAL 7
Tuangkan air sedikit sedikit anggaran 1 cawan.
Kemudian uli sampai menjadu doh adunan.
TUTORIAL 8
Uli tepung sampai dohnya naik dan betul-betul lembut.
Bancuhan UMPAN CEKODOK APUNG mestilah lembut dan lembik.
Apabila selesai menguli, masukkan umpan kita tadi ke dalam bekas yang bertutup kedap udara.
Tutup umpan dengan rapat supaya umpan kita akan melalui proses aktif atau mengembang.
Dan bekas kita tadi letakkan di tempat suhu yang panas seperti tepi peti ais atau jemur di terik matahari lebih senang.
TUTORIAL 9
Selepas 1 jam, doh tepung yang diuli akan naik kembang dan akan dapat dilihat tekstur berongga seperti kek span. Ini bermakna umpan ni sudah menjadi… dan akan terapung di permukaan air.
Cara menggunakannya
Ambil sedikit doh dan penyekkan di tapak tangan. Kemudian letakkan mata kail dan gentel doh sehingga ia membaluti mata kail seperti cekodok.
Umpan sudah boleh dilontar ke kolam dan bakal dibaham ikan.