Cara Buat Umpan Tepung Minyak Papa Paste

Share

 

Umpan memancing ikan patin yang berasaskan tepung gandum, minyak masak dan perisa kini semakin digemari ramai pemancing. Selain dari kos penyediaan bahan umpan yang tidak tinggi, ia disukai pemancing kerana mudah untuk dihasilkan.

 

Antara lain kelebihan umpan ini adalah kerana kurang digemari oleh ikan-kecil kecil di dalam kolam dan hanya digemari oleh sang patin.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

Perisa strawberi Papa Paste

Perisa Pisang Ambon Papa Paste

Perisa Es Doger Papa Paste

Tepung gandum

Minyak masak

Keropok jagung

 

Cara penyediaan umpan:

 

Tutorial 1

Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.

 

Tutorial 2

Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.

Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.

 

Tutorial 3

Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.

 

Cara menggunakan umpan:

 

Tutorial 4

Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.

 

Tutorial 5

Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.

Published by
Amang