Cara Buat Umpan & Peralatan Khas Memancing Tongsan Sisik Halus

Share

 

Satu fakta unik dan pelik tentang ikan tongsan sisik halus atau kap perak dan kap kepala besar ini ialah, walaupun berlendir dengan bau yang meloyakan tetapi mereka sangat sukakan makanan yang berbau wangi.

 

Jadi, rahsia utama atau asas nombor satu menghasilkan umpan spesies ini mestilah menggunakan perisa yang kuat aromanya.

 

Bahan-bahan keperluan:

 

 

1 kg Dedak 929

2 paket serbuk perisa pandan

2 paket serbuk pandan NS Power

Pes Perisa Pisang Original

Cara penyediaan umpan:

 

Cara 1

Masukkan sebungkus atau sekilogram dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.

 

 

Cara 2

Masukkan dua paket serbuk pandan dan dua paket serbuk pandan NS Power. Gaul dedak sehingga sebati.

 

Cara 3

Masukkan pula lima penutup perisa pisang Original. Gaul dedak hingga sekata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga memperoleh adunan yang sesuai.

 

 

Cara 4

Biarkan umpan buat seketika dan sebelum digunakan masukkan lagi tiga penutup perisa pisang Original dan gaul hingga sebati.

 

Cara penggunaan umpan:

 

Cara 1

Umpan ini boleh digunakan untuk teknik dasar atau apung. Jika dasar, gunakan perambut spring dua mata kail yang telah dicucuk gabus pada mata kail. Jika apung, sebaiknya gunakan perambut spring dua mata kail tanpa gabus.

 

 

Cara 2

Kepal kira-kira satu genggam penuh dedak pada spring. Biarkan mata kail berada di luar dedak. Dan sekiranya memancing teknik apung, pastikan umpan tidak terlalu berderai sebagaimana memancing teknik dasar.

 

Published by
Amang