Bahan-Bahan Keperluan:
Sebiji pisang
Mata tiga (treble hook)
Straw
Cara Penyediaan:
Cara 1
Potong pisang sepanjang anggaran 1 inci – 1.5 inci. Kemudian kupas kulit pisang.
Cara 2
Potong kulit pisang mengikut tapak umpan tadi.
Cara 3
Masukkan straw pada perambut terus ke shank mata kail.
Cara 4
Tebuk dan masukkan kulit pisang melalui perambut hingga ke mata kail.
Cara 5
Tebuk pisang dengan lidi atau penebuk dan masukkannya melalui perambut.
Cara 6
Kemaskan umpan pisang pada mata kail anda.