Sebagai manusia yang tidak terlepas dari masalah lupa, ada ketikanya kita terlupa untuk bawa assist hook bila pergi memancing atau jigging. Tak perlu panik atau gelabah. Korang boleh buat sendiri assist segera sekiranya ada bawa bersama keperluan berikut:
Barang keperluan:
Mata kail yang sesuai
Tali braided 60-100lb
Tutorial 1
Potong tali braided kira-kira 10-15 cm bergantung pada panjang saiz jig yang akan digunakan. kemudian lipat dua braided sama panjang.
Tutorial 2
Buat simpulan mati pada bahagian hujung pada kedua-dua bahagian hujung tali dan pastikan ada lebihan sedikit hujungnya. Jangan ketatkan simpulan terlebih dulu, biarkan terbentuk bulatan.
Tutorial 3
Masukkan bulatan simpulan ke dalam teras mata kail menerusi bahagian mata.
Tutorial 4
Seterusnya tarik tali braided sehingga simpulan menjerut teras mata kail. Tariklah sekuat yang mampu hingga menjadi ketat.
Tutorial 5
Seterusnya masukkan bahagian lipatan tali ke dalam gelung atau cincin mata kail.
Tutorial 6
Sebelah tangan pegang mata kail dan sebelah tangan lagi tarik bahagian tali sehingga simpulan menjadi ketat dan kuat pada teras mata kail.
Tutorial 7
Langkah terakhir terus saja pasang assist hook segera ini pada jig dan korang boleh sambung aktiviti jigging.
Pertama sekali admin nak ucapkan selamat datang ke dunia pemancing. Sebagaimana ikan yang terdapat pelbagai famili dan spesies, begitu jugalah dengan pemancing yang terdiri daripada pelbagai jenis perangai dan ragam.
Setakat mempertikai berat hasil tangkapan atau tempoh pertarungan pemancing lain itu sudah menjadi satu perkara yang lumrah. Apatah lagi jika kita tidak dapat menyertakan buktinya. Malah, kalau disertakan bukti sekalipun belum tentu tiada lagi suara-suara sumbang akan kedengaran.
Tentu saja apa yang dipertikaikan itu menerbitkan rasa sakit hati. Namun semua itu tidak perlulah difikirkan sangat. Anggap saja semua itu sebagai satu cabaran yang harus dihadapi. Perasaan iri dan dengki antara sesama pemancing sememangnya tidak mudah untuk dikikis.
Jika anda tidak bersedia untuk dipertikai, dikecam atau sebagainya, ikut saja cara admin buat. Setiap kali admin post hasil tangkapan, admin tidak menyatakan berat sebenar dan tempoh pertarungan. Oleh yang demikian para netizen tiada point untuk menafikan atau mempertikai apa-apa pun.
Ini kerana terdapat juga pemancing yang up diri sendiri dengan melebihkan berat hasil tangkapan dan tempoh pertarungan sebenar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...