Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.
Gabungan bahan perisa dan kelapa boleh dijadikan umpan yang kuat untuk memancing terutamanya ikan patin di kolam air tawar. Berikut merupakan salah satu resepi umpan yang boleh korang cuba. Nak cari bahan keperluan pun tak susah.
Bahan keperluan:
Pelet 920 (2kg)
Strawberi Papa Paste (100ml)
Jus jambu batu merah HLT (100ml)
Esen nenas Makassar (50ml)
Air soya perisa jagung (1 kotak besar)
Mauripan (1 paket)
Air kelapa tua peram (150ml)
Kelapa parut (1 biji)
(Idea asal: Naz Damaift)
Cara penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan pelet ke dalam bekas bancuhan yang sesuai.
Tutorial 2
Masukkan separuh kotak air soya perisa jagung ke dalam pelet (gaul sehingga pelet menyerap sepenuhnya air soya tersebut).
Tutorial 3
Masukkan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) termasuk baki air soya ke dalam pelet dan gaul hingga sekata dan sebati.
Tutorial 4
Setelah itu masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi sekali sehingga sekata.
Tutorial 5
Masukkan pelet ke dalam bekas kedap udara atau plastik yang diikat kejap dan peram selama 3 hari sebelum digunakan di mana-mana kolam pancing air tawar.
Jika dibuat perbandingan antara buah sawit segar dengan buah sawit yang telah diperam, kelah lebih memilih untuk mengambil buah sawit peram. Oleh yang demikian, sebaiknya gunalah umpan sawit peram. Tapi bagaimana nak menghasilkan sawit peram? Ini dia petua dan teknik yang kami kumpulkan sebagai perkongsian untuk anda.
Kaedah Memeram Sawit
Dapatkan buah kelapa sawit yang dah masak sebanyak mungkin. Buah sawit yang betul-betul sudah masak adalah buah yang gugur di pangkal pokok. Atau cari saja buah-buah lerai berdekatan dengan kawasan pokok.
Bungkus semua buah sawit dengan kertas surat khabar. Pastikan semua buah dapat dibungkus dengan sempurna. Selepas itulah ikat bungkusan dengan apa-apa tali bagi mengelakkan bungkusan tersebut terburai.
Seterusnya masukkan sawit yang dibungkus surat khabar itu ke dalam beg atau karung plastik yang besar dan tahan koyak. Pek plastik beras 5kg atau 10kg amat sesuai digunakan. Atau pek plastik pampers bayi pun bagus sebab tahan lasak. Bungkus dan ikat dengan ketat supaya udara tak boleh masuk.
Selepas 7 hari atau seminggu, buka ikatan dan tengok hasilnya. Lazimnya surat khabar yang membungkus sawit akan jadi basah atau lembab kerana proses pengewapan. Jadi, gantikan kertas surat khabar ini dengan kertas yang baru. Kemudian ulangi semula proses sama dan peram lagi selama seminggu.
Selepas minggu kedua, biasanya sawit sudah lembut dan sesuai untuk jadikan umpan. Tapi jika inginkan aroma sawit yang lebih dan buahnya lebih lebih lembut, boleh ulangi proses menukar kertas surat khabar dan bungkus atau peram untuk tempoh seminggu lagi.
Hendak memikat ikan tongsan sisik halus memakan umpan sebenarnya tidak semudah untuk mendaratkannya. Berikut merupakan satu cara untuk menghasilkan umpannya.
Bahan-bahan keperluan:
1. Dedak 929 Matsumoto
2. Serbuk 001 Biskut Matsumoto
3. Serbuk 002 Strawberi Matsumoto
4. Serbuk 007 Pandan Matsumoto
5. Perisa Susu Matsumoto
6. Umpan gam Matsumoto
Cara-cara penyediaan umpan
1. Masukkan satu paket dedak 929 Matsumoto ke dalam bekas bancuhan. Kemudian campurkan satu paket serbuk 001 Biskut Matsumoto. Gaul hingga sekata Kemudian masuk suku paket serbuk 002 strawberi Matsumoto dan suku paket serbuk 007 pandan Matsumoto. Gaul ia hingga sekata.
2. Masukkan kira 3 hingga 5 penutup botol perisa susu Matsumoto dan gaul adunan hingga sekata. Akhir sekali masukkan kira-kira segenggam kecil umpan gam Matsumoto (jika perlu) bagi mengikat adunan ini agak tidak terlalu berderai.
3. Masukkan air (air kolam) sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga adunan menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada spring. Doh yang elok ialah doh yang mudah berderai ketika berada dalam air.
Cara penggunaan umpan:
1. Kepalkan dengan kemas doh atau adunan ini pada spring satu atau dua mata kail kira-kira sebesar penumbuk. Sekiranya menggunakan teknik dasar, letakkan gabus kecil pada mata hingga mata kail mampu terapung dan biarkan kosong sekiranya menggunakan teknik apung.
2. Sebaiknya setiap balingan umpan ke satu tempat yang sama dan pilihlah spot yang dipercayai menjadi laluan tongsan yang lazimnya kira-kira 15 kaki dari tebing kolam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...