Masukkan tepung gandum ke dalam bekas untuk diadun. Sebanyak mana tepung bergantung kepada sebanyak mana umpan yang ingin digunakan. Tepung gandum adalah bagi menjimatkan penggunaan umpan gam.
Memancing ikan lampam merupakan salah acara wajib apabila berkunjung ke Tasik Kenyir dengan menggunakan perkhidmatan rumah bot atau boathouse. Lazimnya, pengusaha atau pemilik rumah bot akan menyediakan peralatan asas dan umpan untuk para pelanggan memancing lampam. Cara memancingnya pula akan ditunjuk ajar oleh kru rumah bot.
Pemilik atau kru rumah bot merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam soal memancing lampam. Begitu jugalah dalam soal menyediakan umpan untuk lampam.
Umpan kerak nasi lemak yang dikongsikan di sini juga merupakan salah satu umpan yang didedahkan oleh kru rumah bot Tasik Kenyir.
Kenapa nasi lemak?
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam. Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Kami pernah berkongsi umpan yang berasaskan mi segera, kali ini kami guna bihun pula. Umpan yang dinamakan sebagai Umpan Cacing Gumpal Ulong ini akan berfungsi seperti
gumpalan cacing dalam air sekaligus menarik perhatian ikan khususnya patin untuk membahamnya.
Bahan-Bahan:
Bihun
Chili Red Ulong
Air panas
* Tip tambahan
Jangan rendam bihun terlalu lama kerana ia akan menyebabkannya menjadi lembut dan akan pecah berderai ketika dilontar ke kolam.
1 keping bihun sepadan dengan 7 tutup pes.
Cara Penyediaan:
Langkah satu
Masukkan sekeping bihun di dalam bekas (besen). Kemudian curahkan air panas sehingga tenggelam bihun.
Langkah 2
Biarkan bihun terendam dan menjadi lembut dalam tempoh 2-3 minit sahaja.
Langkah 3
Toskan bihun sehingga ia tersejat sepenuhnya.
Langkah 4
Masukkan pes strawberi Chili Red Ulong sebanyak 7 penutup. Gaul sehingga semua bihun mengenai pes hingga sekata.
Langkah 5
Biarkan pes meresap ke dalam bihun seketika kemudian gumpal atau lilit bihun pada mata kail.
* Untuk proses melilit umpan pada mata kail, anda boleh saksikan video ini sebagai rujukan.
Sebelum pes perisa pisang digunakan secara meluas di kolam-kolam pancing, pemancing-pemancing tegar menggunakan pisang itu sendiri sebagai salah satu bahan umpan.
Berikut merupakan satu perkongsian dari seorang orang lama kolam pancing, menggunakan pisang emas sebagai umpan.
Bahan keperluan:
5 biji pisang emas masak ranum
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil yis
Cara Penyediaan:
➡ Lenyek kesemua pisang emas di dalam bekas kedap udara.
➡ Campurkan gula pasir dan yis ke atas pisang yang sudah lenyek dan gaul kesemuanya hingga sebati.
➡ Tutup bekas dan peram kira-kira 4 hingga 5 jam. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil dan berkemungkinan akan menyebabkan bekas menggelembung dan meletup.
Cara Penggunaan:
➡ Tuangkan pisang lenyek ke atas roti sanwic yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga setiap roti dadu mengenai pisang lenyek ini dan bolehlah dicangkuk pada mata kail dan dikepal sebagaimana menggunakan roti dadu untuk dibuat umpan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...