Umpan power saja tak menjamin korang akan dapat strike. Teknik perambut, cara persembahan dan cara kepalan umpan turut menjadi faktor utama kejayaan.
Jika kesemua ini dilakukan dengan sempurna, barulah anda boleh menanti umpan disambar ikan.
Langkah 1
Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.
Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung).
Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.
Langkah 3
Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan.
Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.
Langkah 4
Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.
Langkah 5
Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti.
Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.
Langkah 6
Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air.
Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.
Bagi penggemar pancingan ikan baung pasti sinonim dengan umpan tapa seperti tapa Kemboja. Ramai yang nak pancing baung tapi tak sanggup nak hidu bau umpan tapa yang melantun. Tetapi bagi yang tidak mahu gunakan umpan tapa, anda sebenarnya boleh lebih kreatif dengan mencipta sendiri umpan ala-ala tapa menggunakan isi udang yang diperam dengan belacan.
Umpan tapa udang ni tidaklah menyucuk hidung baunya seperti mana umpan tapa perut ayam atau ikan yang terjual di kedai pancing. Walau bagaimana pun ia tetap berkesan untuk menarik perhatian baung mendekatinya.
Bahan-Bahan:
Udang pasar
Belacan
Tutorial 1
Sediakan udang dan kopek isinya. Hanya perlu buang kulit dan kepalanya saja tak perlu cuci bersih macam nak buat sambal.
Tutorial 2
Isi udang yang telah dikopek kemudian masukkan ke dalam bekas bersama belacan.
Tutorial 3
Hancurkan belacan dan gaul. Untuk lebih mudah sebaiknya hancurkan dulu belacan sebelum digaul rata dengan udang.
Tutorial 4
Isi udang boleh dipotong kecil mengikut kehendak anda atau dikelar badannya agar bau belacan lebih meresap. Tambahkan sedikit air.
Tutorial 5
Tutup di dalam bekas tertutup rapat dan biarkan ia lebih dari 2 hari agar sebati. Lagi lama lagi baik. Selepas tempoh berkenaan, bolehlah menggunakannya.
Tip tambahan
Selain udang, anda juga boleh lebih kreatif dengan mencuba hirisan daging atau isi ikan sebagai ganti untuk diperam dengan belacan. Ini kerana kedua-dua memiliki teksturnya lebih liat dan tidak mudah cepat habis bila dicangkuk pada mata kail. Selamat mencuba!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...