Memandangkan agak terhad untuk berkongsi resepi ini dalam ruangan tersebut, jadi admin jawab dan bagi tutorial dalam ruangan DIY UMPAN ini. Ramuan umpan ini admin peroleh dari seorang pemancing yang pernah memenangi pertandingan memancing ikan keli.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Paket daging burger ayam
2 biji telur itik
Tepung jagung
Cara Penyediaan:
Nyah beku terlebih dulu 1 paket daging burger ayam di dalam bekas bancuhan sesuai. Kemudian hancurkan ketulan daging dengan cara meramasnya.
Kemudian pecahkan dua biji telur itik ke atas daging burger dan gaul hingga ia sekata.
Ambil kira-kira segenggam tepung jagung dan campur bersama adunan daging dan telur itik tadi. Gaul dan uli sehingga ia menjadi doh yang boleh dikepalkan pada mata kail.
Peram doh ini semalaman di dalam bekas bertutup dan keesokan harinya ia sudah boleh digunakan untuk memancing ikan keli. Semoga berjaya.