Bahan-Bahan Keperluan:
1 Genggam perut atau usus ayam
1 Biji telur ayam (ayam kampung lagi bagus)
1 Keping keju Cheddar
Mi segera (kisar halus)
Cara Penyediaan:
Pastikan perut ayam dibersihkan dengan sempurna. Kemudian dipotong pendek kira 2-3 inci. Ia bertujuan agar mudah dalam proses mengisar.
Kukus perut ayam hingga separuh masak atau menjadi lembut. Kemudian sejukkan seketika perut ayam tersebut.
Seterusnya masukkan perut ayam, telur ayam dan keju ke dalam blender, kemudian kisar sehingga lumat. Seterusnya simpan di dalam bekas bertutup.
Cara Penggunaan:
Gaul bahan-bahan yang dikisar itu dengan sedikit serbuk mi segera sehingga menjadi doh yang lembut tetapi liat.
Kepalkan doh (sebesar ibu jari) pada mata kail dan lontarkan ke kawasan yang berpotensi ikan keli berkumpul.