Square knot adalah ikatan bagi menyambung tali yang sama diameter atau berbeza. Ia amat sesuai digunakan untuk menyambung tali pancing khususnya tali sulam. Namun untuk menyambungkan tali tangsi, ia perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelak risiko sambungannya terlucut.
Cara 1
Temu dan tindankan kedua-dua hujung tali benang yang hendak disambungkan.
Cara 2
Pusingkan hujung tali kedua ke bawah tali pertama.
Cara 3
Kembalikan hujung tali kedua seperti keadaan Cara kedua.
Cara 4
Temukan kedua hujung tali dengan tali kedua berada di atas tali pertama.
Cara 5
Buatkan lingkaran tali kedua ke bawah tali kedua.
Cara 6
Keluarkan hujung tali kedua dari lingkaran yang dihasilkan.
Cara 7
Tarik kedua-dua hujung tali dan satu simpulan kuat terhasil.