Dunia memancing semakin dihambat teknologi terkini. Penggunaan assist hook boleh dianggap sebagai satu rukun dalam teknik jigging di lautan. Sebelum kemunculan teknik jigging perlahan yang menggunakan assist hook berkembar, penggunaan single assist hook lebih banyak digunakan.
Segmen DIY kali ini kami ingin menampilkan cara menghasilkan single assist hook yang terawal pernah dihasilkan.
Cara menghasilkannya juga amat mudah tidak sebagaimana menghasilkan assist hook berkembar tetapi ketahanan dan kekuatannya sudah terbukti.
Bahan keperluan:
Large ring hook
Solid ring
Kevlar 150lb-200lb
Ads
Shrink tube
Tutorial 1
Potong kevlar anggaran 6-8 inci (bergantung kepada saiz jig yang digunakan) dan lipat dua. Kemudian buat simpulan pada bahagian hujung kevlar pada teras mata kail.
Tutorial 2
Ketatkan simpulan kemudian ikat bahagian U kevlar dengan tali yang lebih halus dan masukkan ke dalam lubang cincin. Tujuan tali halus ini adalah untuk memudahkan kevlar ditarik masuk ke dalam lubang cincin.
Ads
Tutorial 3
Tarik hujung kevlar sehingga bahagian simpulan rapat pada gelang cincin mata kail. Potong bahagian lebihan kevlar dengan kemas.
Tutorial 4
Ads
Potong shrink tube kira-kira 1 inci kemudian masukkan melalui kevlar.
Tutorial 5
Bakar bahagian tengah shrink tube yang menghubungkan mata kail dan kevlar. Tujuan shrink tube ini adalah untuk melindungi bahagian simpulan.
Tutorial 6
Ikat atau buat simpulan biasa solid ring pada bahagian hujung kevlar. Single assist hook ini sudah siap untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan Alberto atau Alberto knot merupakan satu kaedah penyambungan dua jenis tali iaitu tali sulam dan perambut tangsi atau fluorocarbon. Ia satu kaedah yang mudah tetapi setanding dari segi ketahanan berbanding sambungan leader yang kerap digunakan seperti FG knot.
Pertama sekali gosok dengan tangan untuk memeriksa atau memeriksa keadaan leader. Bagus juga jika dibasahkan dulu leader ini agar ia mencengkam kuat pada braided apabila disambung nanti.
Cara 1
Lingkarkan kira-kira 10 cm leader dan pegang lingkaran ini dengan jari. Kemudian masukkan braided ke dalam lingkaran menerusi bahagian bawah.
Cara 2
Lakukan lilitan pada lingkaran ke arah pangkal leader sebanyak 7 kali.
Cara 3
Kemudian lakukan lilit sebanyak 7 kali ke arah berlawanan pula.
Cara 4
Setelah itu masukkan hujung leader ke dalam lingkaran melalui bahagian atas.
Cara 5
Pegang keempat-empat bahagian tali dan tarik perlahan-lahan sambil menolak lilitan tali ke arah hujung lingkaran.
Cara 6
Apabila simpulan sudah rapat, tali pula punca kedua-dua tali sehingga simpulan menjadi betul-betul kemas. Seterusnya potonglah kedua-dua lebihan tali.
Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.
Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.
Terma Menongkah
Menongkah mencari sotong biasanya dilakukan pada waktu malam dan ketika air surut sehinggan timbul beting berselut. Jika turun ke dalam selut ini, anda boleh tenggelam sehingga paras pinggang.
Kayu lapis atau papan dijadikan sebagai peluncur atau kenderaan untuk menongkah selut.
Peralatan lain selain papan untuk menongkah ialah lampu kepala (headlamp) dan baldi untuk mengisi sotong.
Sewaktu menongkah lampu akan disuluh ke permukaan selut untuk melihat jika terdapat sotong kurita.
Jika tersuluh sotong kurita, cepat-cepat pegang kepalanya dan masukkan ke dalam baldi.
Jika sotong masuk ke dalam selut, cepat-cepat gali dan cekak kepala sotong tersebut.
Kawasan menongkah sotong biasanya di kawasan selut yang tidak mempunyai kerang-kerangan.
Tip lain ialah, sotong ini mencari ketam sebagai makanannya. Jadi tumpukan pada kawasan selut yang mempunyai ketam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...