Kekili menegak model Shimano Calcutta Conquest atau ramai yang suka memanggilnya CQ memang memiliki peminatnya tersendiri. Ia memang cukup istimewa, lebih-lebih lagi model 50S shallow spool ini kerana ia limited edition. Isu kali UMPAN cuba untuk menerangkan bagaimana untuk servis kekili ini, moga ia memberi manfaat untuk kaki pancing yang memilikinya keberanian untuk melakukan servis sendiri.
PERALATAN
Screwdriver set
rachet spanar
spool pin removal
minyak Zippo
kain bersih
air blow
grease oil
bearing oil
cotton bud
berus lukisan
bekas kosong
bekas tertutup (untuk cuci bearing).
CARA-CARA SERVIS
Langkah 1
Buka skru dengan cermat pada pengayuh kekili menggunakan pemutar skru.
Langkah 2
Keluarkan plate pada kekili selepas skru dibuka.
Langkah 3
Selepas keluarkan plate, gunakan rachet spanar untuk membuka nat.
Langkah 4
Selepas nat dibuka, buka pengayuh kekili. Kemudian anda boleh membuka nat yang berada pada bahagian dalamnya.
Langkah 5
Setelah itu, buka skru yang berada pada badan kekili.
Langkah 6
Kemudian buka bahagian penutup sisi kekili. Inilah keadaan mekanikal setelah dibuka. Kemudian anda perlu keluarkan pinion gear yang terdapat di dalamnya (warna hitam).
Langkah 7
Pinion gear yang telah dikeluarkan. Susun dengan cermat dan teratur agar tidak hilang.
Langkah 8
Buka skru bearing untuk keluarkan bearing yang terdapat di dalamnya.
Langkah 9
Keluarkan bearing pertama dan kendalikan dengan cermat.
Langkah 10
Buka skru pada main shaft untuk keluarkan bearing seterusnya.
Langkah 11
Pada main shaft, anda perlu membuka C-klip yang terdapat pada main shaft untuk keluarkan bearing main shaft.
Langkah 12
Kemudian, beralih pada bahagian tension knob kekili. Buka tension knob pada kekili.
Langkah 13
Tolak klip untuk keluarkan bearing tension knob.
Langkah 14
Terdapat satu bearing pada side plate dan buka tolak klip pada bahagian tersebut untuk keluarkan bearing yang ada.
Langkah 15
Pada bahagian spool pula, gunakan spool pin remover untuk mengeluarkan bearing pada spool.
Langkah 16
Kumpul bearing yang dikeluarkan dan rendam dalam minyak Zippo untuk cuci kotoran lama pada bearing yang boleh mengurangkan prestasi kekili.
Langkah 17
Bahagian dalam badan kekili juga dicuci dan dibersihkan menggunakan berus yang lembut. Setelah semua selesai, pasang kembali semua mengikut turutan yang betul. Sila pastikan anda menyusun dengan cermat supaya mudah untuk memasang kembali.
Langkah 18
Contoh susunan yang teratur dan cermat. Ingat! Pengendalian tersusun begini perlu untuk memudahkan anda ketika memasang semula dan ingat part yang dibuka selain kurangkan risiko kehilangan.
Dunia memancing semakin dihambat teknologi terkini. Penggunaan assist hook boleh dianggap sebagai satu rukun dalam teknik jigging di lautan. Sebelum kemunculan teknik jigging perlahan yang menggunakan assist hook berkembar, penggunaan single assist hook lebih banyak digunakan.
Segmen DIY kali ini kami ingin menampilkan cara menghasilkan single assist hook yang terawal pernah dihasilkan.
Cara menghasilkannya juga amat mudah tidak sebagaimana menghasilkan assist hook berkembar tetapi ketahanan dan kekuatannya sudah terbukti.
Bahan keperluan:
Large ring hook
Solid ring
Kevlar 150lb-200lb
Shrink tube
Tutorial 1
Potong kevlar anggaran 6-8 inci (bergantung kepada saiz jig yang digunakan) dan lipat dua. Kemudian buat simpulan pada bahagian hujung kevlar pada teras mata kail.
Tutorial 2
Ketatkan simpulan kemudian ikat bahagian U kevlar dengan tali yang lebih halus dan masukkan ke dalam lubang cincin. Tujuan tali halus ini adalah untuk memudahkan kevlar ditarik masuk ke dalam lubang cincin.
Tutorial 3
Tarik hujung kevlar sehingga bahagian simpulan rapat pada gelang cincin mata kail. Potong bahagian lebihan kevlar dengan kemas.
Tutorial 4
Potong shrink tube kira-kira 1 inci kemudian masukkan melalui kevlar.
Tutorial 5
Bakar bahagian tengah shrink tube yang menghubungkan mata kail dan kevlar. Tujuan shrink tube ini adalah untuk melindungi bahagian simpulan.
Tutorial 6
Ikat atau buat simpulan biasa solid ring pada bahagian hujung kevlar. Single assist hook ini sudah siap untuk digunakan.
Penggunaan jump frog terbukti berkesan untuk memperdaya spesies snakehead seperti haruan dan toman.
Namun harga seketul jump frog semakin hari semakin meningkat. Jadi, apa kata kalau kita buat sendiri.
Ia bukan saja lebih menjimatkan malah kepuasan memperoleh hasil dari jump frog nyata lebih padu.
Bahan keperluan:
Kayu nangka atau apa saja kayu yang mampu mengapung dengan baik.
Dawai
Mata kail dua mata
Epoxy tahan lasak untuk metal
Solder dan timah
Kertas pasir
Janggut getah
Cat spray
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Potong kayu nangka dengan gergaji mengikut saiz jump frog yang dikehendaki dan raut bentuknya dengan menggunakan pisau.
Langkah2
Setelah diraut bentuk gewang dikehendaki, gosok keseluruhan permukaan kayu dengan kertas pasir.
Langkah3
Sebaiknya gunakan kertas pasir yang lebih kasar dan digosok dengan menggunakan air sabun. Menggosok kayu yang dibasahi air sabun lebih mudah berbanding kayu yang kering.
Langkah 4
Gunakan gergaji untuk membelah dan membentuk lurah (kedalamannya separuh daripada gewang) di mana lurah ini akan dimasukkan dawai.
Langkah 5
Pandangan dari arah atas sebagai panduan kedalaman lurah.
Langkah 6
Potong dawai keras dua kali panjang dari saiz gewang kemudian lipat dengan menghasilkan lingkaran pada kedua-dua bahagian ujungnya.
Langkah 7
Masukkan dawai ke dalam lurah dan tutup sepenuhnya dengan gam epoxy.
Langkah 8
Pastikan gam atau epoxy betul-betul kering dan mengeras kemudian barulah digosok hingga licin.
Langkah 9
Gewang sudah digosok dengan licin.
Langkah 10
Buatkan satu lubang kecil di bahagian bawah perut gewang untuk diletakkan pemberat.
Langkah 11
Panaskan solder kemudian titiskan timah yang cair ke dalam lubang tersebut.
Langkah 12
Letakkan mata kail pada gewang kemudian uji tahap kestabilannya di air. Sekiranya kepala gewang mendongak ke atas bermakna pemberat sudah mencukupi.
Langkah 13
Setelah memperoleh kestabilan yang dikehendaki, langkah seterusnya adalah untuk menutup lubang timah tersebut.
Langkah 14
Dengan menggunakan gam atau epoxy yang sama tutupi lubang tersebut.
Langkah 15
Pastikan gam sudah kering kemudian barulah ia digosok dengan kertas pasir sehingga licin.
Langkah 16
Langkah seterusnya adalah untuk mewarna atau mengecat gewang.
Langkah 17
Tentukan dahulu bagaimana anda ingin mengecat gewang tersebut.
Langkah 18
Gewang yang telah siap diwarnakan.
Langkah 19
Setelah cat kering, lapisi pula dengan cat warna jernih atau clear.
Langkah 20
Langkah seterusnya adalah memasang getah janggut dan mata kail pada gewang dan selepas itu sudah boleh digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...