Cara Buat Sendiri Umpan Ikan Keli

Share

 

Umpan pancing keli? Pakai cacing je bro… betullah tu kalau ada yang kata macam tu. Jangan kata keli, ikan kelah pun makan cacing. Tapi nak cari cacing tanah yang berkualiti bukan senang sekarang ni. Cacing tanah yang terjual di kedai pancing tu jauh dari kualiti sebenar.

 

Sekiranya anda sudah bosan menggunakan umpan alami, apa kata cuba umpan alternatif untuk mancing keli. Ada masanya umpan alternatif ini jauh lebih berkesan dari umpan alami. Jom buat!

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

1 Genggam perut atau usus ayam

1 Biji telur ayam (ayam kampung lagi bagus)

1 Keping keju Cheddar

Mi segera (dikisar halus)

 

 

Cara Penyediaan:

 

Pastikan perut ayam dibersihkan dengan sempurna. Kemudian dipotong pendek kira 2-3 inci. Ia bertujuan agar mudah dalam proses mengisar.

 

Kukus perut ayam hingga separuh masak atau menjadi lembut. Kemudian sejukkan seketika perut ayam tersebut.

 

 

Seterusnya masukkan perut ayam, telur ayam dan keju kraf ke dalam blender, kemudian kisar sehingga lumat. Seterusnya simpan di dalam bekas bertutup.

 

Cara Penggunaan:

 

Gaul bahan-bahan yang dikisar itu dengan sedikit serbuk mi segera sehingga menjadi doh yang lembut tetapi liat.

 

Kepalkan doh (sebesar ibu jari) pada mata kail dan lontarkan ke kawasan yang berpotensi ikan keli berkumpul.

 

Published by
Amang