Tenggiri masin atau jeruk sememangnya padu! Harganya pun boleh tahan jugak mencakop. Tapi ia takkan jadi masalah kalau korang mancing dan dapat tenggiri papan dan ia boleh dijadikan tenggiri jeruk dengan mudah saja.
Kenapa tenggiri jeruk ni biasanya dibuat daripada ikan tenggiri papan, dan bukannya tenggiri batang? Tapi abaikan saja perkara tu. Yang penting korang try buat sendiri tenggiri jeruk ni.
Bahan-bahan keperluan:
Ikan tenggiri – dibersihkan dan dipotong dengan saiz yang sesuai untuk dibotolkan
Cuka makan
Garam Kasar
Asam keping
Minyak masak
Cara-cara penyediaan:
Bersihkan ikan tenggiri dengan sempurna. Kemudian keringkan di bawah cahaya panas terik selama 2 jam. Ini penting untuk proses pengeringan sempurna air dari badan ikan.
Ambil ikan, celupkan dalam bekas berisi cuka. Kemudian letak dalam bekas atau botol yang sesuai. Susun jadikan satu lapisan.
Taburkan garam kasar di atas ikan sehingga rata. Selitkan kepingan asam keping di antara ikan tersebut.
Kemudian celup ikan ke dalam cuka dan susun menjadi lapisan yang kedua diikuti taburan garam dan asam keping. Ulang langkah sehingga habis ikan.
Tutup penutup bekas berisi ikan dan balut dengan kain berwarna gelap. Simpan pada suhu bilik selama seminggu.
Setelah cukup seminggu atau 7 hari, keluarkan ikan dari bekas dan buang airnya.
Letak ikan dalam bekas bersih dan tuangkan minyak masak. Ia sudah boleh digoreng atau dibuat apa saja juadah. Tujuan dibubuh minyak masak ini adalah untuk tahan lebih lama.