Tidak dapat disangkal lagi pemancing kolam air tawar merupakan seseorang yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan umpan memancing buat sendiri. Sebagai contoh, penghasilan minyak pandan wangi ini. Hanya berbekal bahan asas iaitu minyak masak yang dicampur dengan beberapa bahan bau-bauan, ia sudah boleh dijadikan bahan utama umpan memancing.
Bahan-bahan keperluan:
Minyak masak – (1 paket / 1kg)
Daun Pandan – (10 helai diracik halus)
Kulit kayu manis – (2 batang)
Cara Proses:
Ads
Masukkan 1 paket minyak masak ke dalam periuk di atas dapur.
Kemudian masukkan kesemua daun pandan yang telah diracik halus serta 2 batang kulit kayu manis.
Hidupkan api dan panaskan dengan menggunakan api paling kecil sehingga minyak menggelegak atau mendidih.
Ads
Setelah minyak mendidih biarkan sehingga sejuk dan kemudian keluarkan kulit kayu manis.
Masukkannya ke dalam bekas pengisar dam kisar minyak dan daun pandan hingga menjadi halus.
Tapis atau perah bagi mengambil minyak sahaja. Untuk hasil tapisan yang sempurna, gunalah penapis teh kain yang biasa digunakan di kedai-kedai mamak.
Ads
Kegunaan minyak pandan wangi
Ia merupakan minyak terbaik untuk menghasilkan umpan tepung (campuran minyak dan tepung gandum).
Bagi kaki rohu pula bolehlah campurkan sedikit minyak ini pada roti atau pellet yang dicucuk pada mata kail.
(Perkongsian Oleh: Naz Damaift)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tepung gandum yang campur dengan minyak masak dan cecair berperisa boleh dijadikan umpan untuk memancing ikan patin. Tak percaya? Ini perkongsiannya..
Bahan-bahan keperluan
Perisa strawberi Papa Paste
Perisa Pisang Ambon Papa Paste
Perisa Es Doger Papa Paste
Tepung gandum
Minyak masak
Keropok jagung
Cara penyediaan umpan
Masukkan kira-kira 400 gm tepung gandum ke dalam bekas bancuhan.
Tuangkan kira-kira 250 ml minyak masak ke atas tepung.
Tuangkan pula 3 penutup botol perisa strawberi, 2 penutup botol perisa pisang ambon dan 1 penutup perisa Es Doger.
Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dikepal pada kail. Jika inginkan doh yang lembut boleh tambahkan minyak dan tambah tepung gandum untuk doh yang lebih keras.
Cara menggunakan umpan
Dengan menggunakan perambut dua mata kail sepanjang sejengkal, cucuk sehingga penuh mata kail dengan keropok jagung.
Ambil sedikit doh umpan dan kepal secara lembut pada mata kail sehingga doh atau umpan itu melekap pada kail dan boleh dibaling ke kolam dengan selamat.
Umpan kongkang merupakan umpan yang mana bahan asasnya ialah daripada organ haiwan terutamanya perut ayam. Namun untuk membolehkan ia diperam dan menjadi umpan yang sesuai untuk digunakan, banyak langkah yang perlu dilakukan.
Sekiranya anda tidak tahu cara untuk menghasilkannya, anda bolehlah cari umpan kongkang yang telah siap dibuat seperti umpan Kongkang A1 ini.
Bahan-bahan keperluan:
Sebungkus Roti Sedap Jambo
Sos Konkang A1
Musang Strawberry A1
Cara-cara penyediaan:
Tutorial 1
Roti dipotong dadu, masukkan dalam bekas bancuhan. Masukkan sos konkang A1 4 sudu teh dan digaul rata.
Tutorial 2
Pastikan digaul dengan rata bagi memboleh setiap roti dadu diselaputi sos kongkang.
Tutorial 3
Seterusnya sebarkan Musang Strawberry 3 penutup pada dinding tong bancuhan supaya lebih sekata mengenai roti.
Tutorial 4
Goncang tong bagi memboleh umpan sekata dengan roti.
Tutorial 5
Gunakan perambut dua mata kail. Kepalkan roti pada mata kail sebelah atas. Dan mata kail bahagian bawah hanya 3 atau 4 ulas roti. Kebiasaan teknik ini untuk permainan apung. Selamat mencuba.
Ikan sembilang diketahui menjadikan muara, kuala sungai dan kawasan berlumpur sebagai habitatnya mencari makanan. Sembilang mudah dijerat dengan menggunakan umpun-umpun dan udang sama ada hidup atau mati. Bahkan sembilang turut menjadikan makhluk bercengkerang atau sesiput sebagai sumber makanannya.
Umang-umang
Umang-umang juga terbukti sebagai umpan yang mampu menjerat sembilang. Untuk menggunakan umpan ini, umang-umang haruslah dikeluarkan daripada cengkerang dan menggunakan bahagian punggungnya sahaja untuk dicangkuk pada mata kail.
Kerang
Di kawasan berlumpur,kerang memang menjadi umpan yang mampu menjerat ikan terutamanya sembilang dan belukang. Hanya isi kerang sahaja yang perlu digunakan pada mata kail dan faktor hanyir pada kerang amat membantu untuk menarik perhatian spesies bersengat.
Mentarang
Sama seperti makhluk bercengkerang yang lain, mentarang turut boleh dijadikan umpan untuk menjerat sembilang. Di Selangor, umpan ini menjadi antara umpan yang popular dan berpotensi untuk memikat spesies ini.
Pepahat
Selain enak dijadikan juadah makanan, sepahat/pepahat juga boleh dijadikan umpan menjerat sembilang. Hanya gunakan isinya sahaja dan cangkokkan pada mata kail. Selain sembilang, ikan gelama, gerut-gerut dan duri turut meminati umpan ini.
Kupang
Kupang merupakan umpan bercengkerang yang sinonim untuk memancing sembilang. Lebih-lebih lagi jika memancing di kelong atau rumah rakit yang turut mengusahakan ternakan kupang. Ia jelas terbukti berkesan jika kawasan tersebut turut didiami sembilang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...