Cara Buat PR Knot Guna Bobbin Knotter

Share

 

Ikatan PR atau PR knot merupakan ikatan sambungan dua jenis tali yang paling popular. Ikatan yang dihasilkan secara manual sudah sempurna tetapi jika dilakukan dengan menggunakan peranti bobbin knotter ini, ia bukan saja lebih kuat malah juga lebih kemas.

 

Tutorial 1

Masukkan tali sulam melalui tiub pada bobbin tool.

 

Tutorial 2

Lilitkan beberapa kali tali sulam pada spool bobbin tool.

 

Tutorial 3

Selitkan hujung tali pada di tengah-tengah ruang getah yang telah diselaraskan dragnya.

 

Tutorial 4

Putarkan spool bagi mengumpulkan tali dengan anggaran sepanjang 2 kaki.

 

Tutorial 5

Ambil leader yang akan disambungkan dan satukan hujungnya dengan hujung tali sulam.

 

Tutorial 6

Lilitkan keduanya pada jari dengan sekemas mungkin.

 

Tutorial 7

Putarkan bobbin tool ke arah menurun supaya tali sulam melilit leader.

 

Tutorial 8

Putar sehingga dapat panjang lilitan yang mencukupi.

 

Tutorial 9

Renggang sedikit tali sulam pada hujung bobbin kemudian terbalikkan kedudukan tangan.

 

Tutorial 10

Teruskan memutar dan melilit pada lilitan ke arah berlawanan sehingga mencapai panjang yang sama.

 

Tutorial 11

Tarik keluar bobbin dan ia tidak lagi diperlukan.

 

Tutorial 12

Buatkan satu simpulan hujung tali sulam pada leader dan tali sulam sebagaimana melakukan FG knot secara manual.

 

Tutorial 13

Tarik dengan kemas ikatan yang dihasilkan untuk lilitan seterusnya.

 

Tutorial 14

Teruskan lilitan pada leader dan tali sulam sehingga mencapai panjang yang mencukupi.

 

Tutorial 15

Potong hujung leader yang tidak dikehendaki dan bakar sedikit hujungnya.

 

Tutorial 16

Teruskan membuat simpulan pada tali sulam dan simpul matikan hujungnya.

 

Tutorial 17

PR knot yang kuat dan kemas.

 

Published by
Amang