Pes perisa merupakan salah satu bahan utama terpenting masa kini bagi menyediakan umpan memancing di kolam komersial air tawar khususnya untuk memancing ikan patin. Pes perisa Original contohnya, merupakan pes serba guna yang boleh dicampur dengan pelbagai umpan asas lainnya.
Malah, untuk tarikan yang lebih, ia boleh dimasak dengan bahan lain untuk membangkitkan aroma dan mampu digunakan untuk tempoh yang lebih lama.
Bahan keperluan:
Perisa strawberi nangka Original
Perisa pisang Original
Minuman berkarbonat perisa epal
Roti sandwich
Ads
Cara penyediaan sos umpan:
Tutorial 1
Masukkan 150 ml Original perisa strawberi nangka ke dalam periuk.
Tutorial 2
Tambahkan kira-kira 50 ml Original perisa pisang dan kacau campuran ini hingga sekata.
Ads
Tutorial 3
Campurkan pula kira-kira 50 ml minuman berkarbonat perisa epal.
Tutorial 4
Kacau kesemua bahan di atas api sederhana sehingga mendidih. Setelah sejuk, masukkan ke dalam bekas atau botol simpanan.
Ads
Cara menggunakan sos umpan:
Sos ini boleh digunakan bersama roti sandwic, roti kentang, roti bun, palet atau juga dedak.
Cara penggunaan sama sahaja dengan cara penggunaan jika menggunakan sos atau perisa lainnya.
Lazimnya sos atau umpan ini digunakan untuk memikat spesies patin namun ikan rohu dan tongsan turut sama menggemari aromanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Umpan roti gesek? Umpan roti gesek ialah roti yang diparut atau dileraikan. Gesek merupakan bahasa orang utara yang membawa maksud parut. Kemudian deraian roti tersebut dicampur perisa-perisa tertentu yang berpotensi untuk dijadikan sebagai umpan terutamanya ikan patin.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 bungkus roti pandan
2 Penutup botol Papa Paste Pisang Ambon
1 Penutup botol Papa Paste Esdoger
Cara penyediaan umpan.
gesek atau parut roti
Parut atau gesek hingga berderai (hancur) roti pandan ke dalam bekas bancuhan.
Curahkan 2 penutup botol Papa Paste Pisang Ambon ke atas roti yang telah dihancurkan dan gaul hingga sekata.
Masukkan pula 1 penutup botol Papa Paste Esdoger dan gaul hingga sebati.
Cara penggunaan umpan.
Gunakan perambut dua mata kail dan cocok mata kail dengan jajan atau keropok jagung yang sudah lemau.
Kepalkan roti pada kedua-dua mata kail berjajan itu kira-kira sebesar ibu jari.
Kembarkan kepalan roti sebesar ibu jari tadi dan kemudian bungkus atau kepalkan ia dengan roti sehingga menjadi kepalan sebesar genggam tangan.
Umpan ini sudah sedia digunakan sama ada teknik layang (hanyut) atau dasar.
Roti Segamat atau roti hijau yang mudah diperoleh di kawasan Segamat dan kawasan berdekatan amat sesuai untuk dijadikan umpan memancing. Dengan sedikit olahan dan campuran bahan lain, ia mampu menjadi umpan power menundukkan ikan-ikan patin bersaiz kasar.
BAHAN-BAHAN KEPERLUAN
1 Bungkus roti segamat
1 bungkus bun mini susu
Kelapa goreng
Serbuk perisa NS Power
LANGKAH 1
Sagat atau parut kesemua roti Segamat dengan menggunakan bekas penapis atau apa sahaja yang bersesuaian.
LANGKAH 2
Masukkan sebungkus perisa pandan NS Power.
LANGKAH 3
Masukkan segenggam kelapa parut yang digoreng tanpa minyak sehingga keperangan dan berbau wangi. Gaul campuran hingga sebati.
LANGKAH 4
Penyek roti bun susu dan potong dadu untuk dijadikan inti. Lebihan roti bun boleh diparut dan dicampurkan bersama roti Segamat.Gaul sehingga adunan menjadi rata dan sekata.
LANGKAH 5
Cangkuk inti (roti bun susu yang dipotong dadu) pada mata kail.
LANGKAH 6
Ambil segenggam campuran roti tadi dan letakkan inti di tengah-tengahnya. Kemudian tambahkan lagi campuran ke atasnya.
Langkah 7
Kepal dengan kuat dan pasti bahagian atas mata kail betul-betul kemas kepalannya dengan menggunakan ibu jari. Memadai dengan melakukan sekali sahaja kepalan yang kemas, umpan roti Segamat sedia untuk digunakan.
1. Bancuh dahulu kira-kira 1-2 kg dedak ayam bersama pes perisa strawberi dan air. Jadikan doh atau adunan yang agak liat (keras).
Adunan ini bertujuan untuk dilontar ke kawasan memancing sebagai pengumpan atau rasuah.
Ia bertujuan untuk menarik ikan-ikam lampam datang ke radius umpan bermata kail yang akan dilontarkan kemudian.
2. Bancuh lebihan dedak ayam bersama pes strawberi dan air yang tidak terlalu peroi dan tidak perlu terlalu liat.
Yang penting adunan tidak berderai ketika dilontar ke lubuk dan boleh terurai dengan baik apabila berada di lubuk.
3. Potong roti sandwich menjadi kiub (dadu) dan gaulkan dengan pes perisa strawberi. Kemudian cucuk roti dadu in pada mata kail rambai atau perambut dua mata kail.
Setelah itu kepalkan adunan dedak ayam pada mata kail. Kemudian barulah dilontar umpan ini ke kawasan di mana dedak rasuah dilontar sebelumnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...