Potong dahulu kabel kira-kira 6 inci atau sepanjang mana yang dikehendaki. Kemudian masukkan salah satu hujung ke dalam lubang cincin mata kail dari arah belakang.
Langkah 2
Ads
Masukkan kira-kira 1 inci kabel dan pegang dengan kemas bahagian kabel di atas teras mata kail.
Langkah 3
Tarik bahagian kabel yang panjang ke arah teras mata kail.
Ads
Langkah 4
Mulakan lilitan dengan bahagian kabel yang panjang ke arah hujung mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sekurang-kurangnya lima kali dengan kemas.
Ads
Langkah 6
Masukkan hujung kabel panjang itu ke dalam lubang cincin dari arah belakang atau bawah mata kail.
Langkah 7
Ikatan telah disiapkan. Bagi membolehkan ikatan tersebut lebih kemas, bolehlah bakar bahagian lilitan tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ada yang beranggapan ikan jenak atau jenahak amat cerewet memilih umpan dan ada pula yang menyatakan ikan jenahak ini bersifat pelahap dan bedal apa saja umpan yang melintas depan matanya. Pendapat tersebut ada pro dan kontranya tersendiri. Walaupun spesies jenahak ini merupakan ikan yang oportunis, umpan-umpan berikut antara umpan yang dianggap terbaik untuk memancing jenahak.
Sotong jarum (sotong cumit)
Tidak kiralah perairan di Selat Melaka atau Laut China Selatan, sotong jarum atau sotong cumit merupakan umpan yang paling killer untuk menjerat ikan jenahak. Terutamanya jika menggunakan sotong hidup pada malam hari. Sotong hidup ini boleh dijadikan umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian sirip atau hujung ekornya.
Sekiranya ia sudah mati dan masih berkeadaan segar ia masih merupakan umpan yang sangat berkesan. Ia boleh dihiris secara kepingan atau dicangkuk seekor pada mata kail.
Sotong kurita
Di sesetengah tempat atau perairan mungkin sotong kurita tidak selaris sotong cumit jika dijadikan umpan jenahak.
Namun di sesetengah tempat terutamanya di perairan zee zone Pelabuhan Kelang (laluan kapal), sotong kurita merupakan umpan paling killer dan WAJIB dibawa sekiranya ingin memancing jenahak.
Ekoran daripada itulah harga sotong kurita di sini melambung sehingga RM20 seekor. Sotong kurita sangat berkesan digunakan ketika hidup sama ada menggunakan tentakel (tangan) sahaja atau seekor.
Jika menggunakan seekor, mata kail perlu disangkut tidak terlalu dalam pada bahagian kepalanya.
Udang lipan
Udang lipan atau ada sesetengahnya memanggil udang mentadak merupakan umpan alternatif sekiranya tidak berjaya mendapatkan sotong cumit atau sotong kurita. Udang lipan sebenarnya merupakan umpan yang killer jika digunakan ketika ia masih hidup.
Namun jika sudah mati, ia sudah hilang keberkesan untuk menggoda jenahak atau spesies lain. Justeru ia haruslah disimpan di dalam bekas yang terdapat air masin (laut) dan udara mengalir masuk ke dalamnya. Manakala bekas simpanan udang lipan pula sebaiknya tertutup atau tidak terdedah secara langsung kepada cahaya matahari.
Sebelum menjadikan udang lipan sebagai umpan, terlebih dahulu perlu diketahui cara-cara pengendalian udang tersebut bagi mengelak sebarang kecederaan berikutan keupayaan kuasa jentikan kaki depannya. Udang lipan perlu dipegang dari arah belakang dengan menekan kepala dan ekornya sehingga berlipat.
Kemudian barulah dua mata kail dicangkukkan pada sisi ekor dan sisi badannya bergantung pada saiz udang dan perambut mata kail itu sendiri.
Udang putih (hidup)
Sebagaimana udang lipan, udang putih juga sangat berkesan untuk memikat jenahak ketika ia masih hidup. Apabila sudah mati ia lebih merangsang selera ikan-ikan lain yang merupakan bukan ikan sasaran seperti duri dan seangkatan dengannya. Pada kebiasaannya juga udang hidup lebih sesuai untuk memburu jenahak diperairan cetek sekitar 30 kaki dan ke bawah.
Ia mungkin sesuai dengan habitat udang yang tidak berada di perairan dalam. Namun jika ingin mencari jenahak di muka kuala atau muara sungai, udang hidup sememangnya umpan terbaik.
Ikan hidup & hirisan ikan
Ikan hidup seperti belanak, tamban dan pelata merupakan antara umpan hidup yang bersesuaian untuk menjinakkan jenahak. Namun sebagaimana udang, ia memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengekalkan kesegarannya. Namun umpan ikan hidup ini tidak sesuai untuk digunakan agak lama kerana ia mudah mati.
Justeru ia perlu diperiksa kesegarannya untuk tempoh tertentu. Manakala untuk hirisan ikan segar pula, ikan-ikan seperti selar, selayang dan kembung merupakan alternatif terbaik jika kehabisan umpan hidup. Malah ada ketikanya umpan hirisan ikan ini lebih laris berbanding umpan hidup.
Gewang
Tidak dinafikan teknik pancingan jenahak menggunakan umpan tiruan seperti jig merupakan trend terkini. Disebabkan keberkesanan penggunaan jig inilah membuatkan ikan jenahak semakin ramai peminatnya. Berbanding penggunaan umpan hidup, penggunaan umpan tiruan ada kelebihan dan kekurangan.
Umpan tiruan (jig dan lain-lain) berupaya menggoda jenahak datang menerkamnya dan boleh dikatakan spesimen yang didaratkan menggunakan umpan tiruan ini lebih besar namun ia masih kalah jika dibandingkan jumlah atau kuantiti hasil yang diperoleh.
MEMANCING BIASANYA MERUPAKAN AKTIVITI SUKAN YANG MENYERONOKKAN DI SAMPING UNTUK KETENANGAN DAN LIBURAN. TETAPI, ITU SEKADAR STEREOTAIP BAGI AKTIVITI MEMANCING. REALITINYA, SEGELINTIR PEMANCING MENJADIKAN MEMANCING KADANGKALA LEBIH BERISIKO. DI SINI KAMI SENARAIKAN ENAM CARA MEMANCING YANG LEBIH EKSTREM DARI SERATA DUNIA.
MENGGAGAU IKAN (HANDFISHING)
Menggagau ikan boleh dikatakan aktiviti tradisional bagi masyarakat tempatan. Namun di luar negara, menggagau diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem. Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama handfishing atau noodling dan spesies sasaran biasanya dari keluarga catfish. Dengan tangan kosong dan saiz ikan yang besar, aktiviti ini tidak lari daripada risiko kecederaan tangan.
PANCINGAN KAYAK EKSTREM (EXTREME KAYAK FISHING)
Bagi pemancing tempatan, pancingan kayak masih baru di kalangan kita. Di luar negara pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko. Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara ekstrem untuk memancing.
MEMANCING DARI PAPAN LUNCUR (SURFBOARD FISHING)
Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat. Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur. Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya. Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.
PANCINGAN EKSTREM DARI PANTAI BERBATU (ROCK FISHING)
Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Namun tidak bagi sesetengah kaki pancing di Australia dan New Zealand. Lebih dikenali dengan nama rock fishing, teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing pantai berbatu. Risiko bahaya dan ekstrem teknik ini datangnya daripada ombak yang menghempas kuat daratan berbatu. Cara memancing ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.
MENEMBAK IKAN (SPEARFISHING)
Menembak ikan merupakan antara salah satu teknik dalam memancing. Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung? Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara memancing yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrim dan berisiko tinggi.
MEMANAH IKAN DI UDARA (BOWFISHING)
Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana. Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini. Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...