Bila memancing ikan puyu dan banyak dapat hasil tapi tak tau nak buat apa! Jangan bimbang… jangan dibuang ikan tu. Lebih baik buat pekasam. Tak tau nak buat pekasam? Ini perkongsian mudah untuk menghasilkan pekasam ikan puyu.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 kg ikan puyu
1 mangkuk beras
1 cawan garam kasar
Air suam
Ads
Cara-Cara Penyediaannya:
Ikan puyu yang masih hidup atau segar disiang serta dibersihkan (kalau ikan dah tak segar akan kurang enak rasanya).
Ads
Gaul dengan garam kasar dan dibiarkan semalaman didalam bekas yang tertutup.
Beras (tak perlu dicuci) digoreng sehingga menjadi perang. Kemudian dikisar dengan blender sehingga halus.
Larutkan 1/2 cawan garam kasar dengan 3 cawan air suam.
Masukkan beras yang telah dimesin ke dalam air garam tadi dan jangan sehingga terlalu pekat.
Ads
Ikan puyu yang telah diperap semalaman itu dibasuh terlebih dahulu untuk mengurangkan kemasinannya.
Celupkan ikan tadi seekor demi seekor ke dalam bancuhan beras dan susun di dalam bekas yang ditutup rapat dan dibiarkan selama seminggu.
-Nota tambahan-
Untuk rasa yang lebih padu, goreng sehingga garing dan masukkan bawang kemudian hidangkan bersama perahan limau nipis.
Pekasam ikan puyu boleh tahan selama 1-2 bulan sekiranya dibuat mengikut langkah yang tepat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Banyak tukun tiruan dibina menggunakan objek yang telah dibina untuk tujuan lain, contohnya dengan tenggelam pelantar minyak, kapal atau dengan menggunakan runtuhan atau serpihan pembinaan .
Tukun tiruan yang lain adalah dibina khas dari PVC atau konkrit. Bangkai kapal boleh menjadi tukun tiruan apabila dipelihara di dasar laut.
Tidak kira apa kaedah pembinaan, tukun tiruan umumnya menyediakan permukaan keras di mana alga dan invertebrata seperti teritip, batu karang, dan tiram akan hidup.
Pengumpulan hidupan laut di kawasan ini seperti anak ikan dan plankton akan menarik pelbagai spesies lain untuk menghuni kawasan ini seperti ikan pelagik dan demersal.
Namun bagi Chedin Angler, seorang tekong dan guide berpengalaman di perairan Kong Kong, memiliki idea tersendiri untuk menyediakan rumah sang bara (siakap). Ikuti tips dan perkongsian ilmu tukun tali kapal buat rumah sangbara.
Menurut Chedin, ramai yang buat tukun menggunakan pokok-pokok tumbang, kalbat longkang dan tayar buruk. Tetapi ini berbeza sekali kerana saya hanya menggunakan tali kapal. Bukan hanya untuk spesies siakap sahaja malah pelbagai spesies lain juga.
Ia menjadi sarang tempat persinggahan dan menjadi taman permainan ikan. Cara membuat tukun tali kapal amat mudah hanya perlukan tali kapal, pelampung dan juga pemberat atau dipasak terus di dasar sungai.
Lokasi untuk menyediakan tukun ini memerlukan tempat yang strategik dan perlu memilih dengan betul. Jika tak memilih dengan betul, ikan tidak akan menjadikannya sarang rumah dan tempat persinggahan. Insyallah, Chedin sentiasa berusaha kerana tanpa usaha tidak akan mendapatkan hasil yang terbaik. Selamat mencuba gaiss!
Tak boleh admin… bagi saya salah. Sebab kita memancing ikan kerana tiada niat untuk makan. Tangkap ikan sekadar kepuasan tetapi perbuatan itu menyakitkan mulut ikan. Saya tak setuju dengan perbuatan menyeksa haiwan demi kepentingan diri sendiri.
Hafizuliz Limbats:
Memancing diibaratkan seperti memburu. Admin pernah ke tengok pergi memburu… tembak rusa ke ayam hutan ke, kemudian diorang lepaskan balik binatang tu? Gila namanya kalau diorang buat macam tu.
Nor Hissam Kamal Mustafa:
Yang betoinya… yang sakit tu lepas balik. Yang elok tu bawak balik makan atau juai. Ini baru pemancing yang matang namanya.
M Shahrul M Sabar:
Umpama kata pepatah…. Pb di lombong ditangkap lepas, sebarau di sungai mati dalam kuali. Itulah karakter pemancing matang dan mengong.
Weslley Melina
Ikan rare dan dah nak pupus semua lepas balik. Ikan yang boleh tapau pun ambik 1-2 cukup sekadar buat lauk skali.
Ku Arra IzZara:
Aku mancing niat nak buat lauk. Tapi kalo nampk ikan tu kecik kurus aku lepas la. Kalo ikan telan mata kail aku tak lepas nant dia mati so ambik buat lauk. Matang ke tak cannot brain!
Zainizam Zainuddin:
Entah le min… aku kalo ikan bleh makan aku sapu je bawak balik… tp kalo dapat buntal ngan ikan bandaraya memang melayang balik dia ke air.
Munusam Ravve Ravee:
What? Ikan elok atau ikan sakit semua hantam bawa balik rumah… sebab selalu menbangau kerja saya.
Mohamad Azman:
Nak lepas balik? Nak target haruan pun payah… gewang dah banyak… tapi tak menjadi. Mungkin juga aku tak pandai casting.
Angler:
Saya pilih jenis ikan jugak… tapi saya tak bunuh ikan tu kalau tak makan.
Rol Dasuka Nizam:
Pemancing pun ada yang matang, ada yang tak matang arr… macam-macam ada kat hangpa.
Mohd Yussof:
Kalau saya… saya tengok ikan tu dulu min, kalau ada gigi saya ambil… kalau xde gigi say tak ambil. Takut ikan tu terlebih matang faktor usia.
Ammar Huffaz:
Tahap kematangan yang paling baik ialah matang-matang tanpa hangus… daging ikan tu masih ada jus (aku cerita pasal pari bakar min).
Thailo Azumi:
Ikan yang tak bleh makan atau yang hampir pupus tu boleh la lepas balik admin oiii…. Hobi tu memang laa hobi… tapi kalau dah dapat ikan tu kira rezeki laa.
Kami bertiga menunggang motosikal dengan penuh berhemah, maklumlah semuanya sudah berkeluarga. Lebih kurang jam 9 pagi kami tiba di tebing sungai tersebut dan kami memilih kawasan berteluk yang airnya mengalir lesu. Bagi saya, ini adalah lokasi yang sesuai untuk melabuhkan umpan.
Zulhelmi terus melabuhkan dua jorannya berhampiran dengan rumpun buluh. Saya pula memilih untuk melontarkan umpan berhampiran seketul batu besar yang berada di tengah sungai. Bahar pula agak ke hulu sedikit.
Dia memang tidak suka memancing di arus yang deras, katanya tidak banyak ikan besar di situ. Kami bertiga memancing dalam keadaan santai dan melayan perasaan masing-masing.
Pagi itu, rezeki Bahar agak murah jika dibandingkan dengan kami berdua. Ikan patin sebesar lengan menyambar umpan yang dipasang. Disebabkan jeles dengan rezeki yang diperolehi Bahar, Zulhelmi mula menukar port.
Hanya saya sahaja yang masih setia kekal di situ sambil mata tetap merenung ke hujung joran menantikan bilakah ia akan melentur menandakan umpan telah dimakan ikan.
Ketika inilah saya terlihat seorang wanita tua bongkok dua berjalan memegang tongkat di celah-celah belukar berhampiran anak sungai yang cetek tidak jauh dari saya sedang duduk.
Nenek tua itu memakai baju kebaya berwarna hijau tua dengan rambutnya bersanggul rapi. Sungguh aneh pada pandangan saya. Jalannya pula sungguh pantas tetapi langkah yang di atur agak pendek. Seketika, dia merenung saya tanpa suara. Ketika itu, jantung saya terasa berdebar-debar dan bagaikan ada satu kuasa yang menyuruh saya agar mengejar nenek tua tersebut.
Saya terus meninggalkan pancing saya lalu turun dari batu besar dan separuh berlari saya cuba mengejar nenek tua itu. Sayup-sayup saya terdengar suara Zulhelmi menjerit nama saya tetapi langsung tidak saya endahkan.
Saya terus berlari meredah semak belukar untuk mendapatkan nenek tua kebaya hijau tadi. Kadang-kadang bila saya rasa semakin hampir dengannya, nenek itu seperti berjalan sangat pantas.
Saya langsung tidak berpeluang untuk berjalan bersaing dengannya. Kadang-kadang saya hampir-hampir tersungkur apabila langkah kaki tersadung pada akar-akar kayu yang timbul di permukaan tanah. Lama kelamaan saya mula terasa penat dan mengah.
Nenek tua kebaya hijau itu pula seperti mahu mengacah-acah saya. Apabila langkah saya mula perlahan dan terhenti, dia juga seperti memperlahankan langkahnya.
Sesekali dia mengerling dan tersenyum kepada saya seolah-olah mahu berkata ‘marilah nak, datang dekat pada nenek’. Akhirnya, saya duduk bersandar pada sebatang kayu cengal yang ada di tengah hutan itu.
Baju saya dibasahi peluh. Waktu itu, saya sudah terlupa pada pancing yang saya tinggalkan apatah lagi pada Zulhelmi dan Bahar. Apa yang ada di dalam kepala saya hanyalah mahu mengejar nenek tua berkebaya hijau itu.
“Suhairi..! Suhairi… Riiii…” saya ternampak Zulhelmi dan Bahar sedang melaung nama saya.
Kedudukan kami sangat hampir tetapi hairan mereka seolah-olah tidak nampak saya hanya satu hasta di belakang mereka.
“Zulhelmi… Bahar!” saya pula memanggil. Namun, suara saya juga tidak mereka dengar! Nenek tua itu pula hanya tersenyum memerhati saya.
“Ni tak boleh jadi. Aku fikir elok kau azan sahaja tujuh kali. Kalau tak, Tiada langsung bunyi unggas ataupun sahutan ungka yang biasanya bingit di telinga. Hatta seekor nyamuk pun tidak ada yang menggigit tubuh badannya!
“Aneh betul suasana tempat ni… mahu hilang Suhaimi” kata Zulhelmi kepada Bahar. Saya lihat Bahar hanya mengangguk.
Sebaik sahaja Bahar melaungkan azan, nenek tua berkebaya hijau tadi menutup telinga dan berjalan tergesa-gesa meninggalkan saya. Ketika itu pula pandangan saya seakan berpinar, dengan pandangan keliling saya berputar laju.
Azan kali kelima, barulah Zulhelmi dan Bahar terlihat saya yang hampir pengsan di perdu pokok cengal itu. Mereka berdua memapah saya pulang dan kemudian menumpangkan saya pada sebuah teksi sapu yang ada di situ.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...