Masukkan kelapa parut ke dalam bekas atau tong plastik bertutup. Kemudian curahkan sebotol sebotol umpan perah ke atas kelapa parut.
STEP 2
Tuangkan pula 200 ml air nira kelapa asli.
STEP 3
Ads
Masukkan minyak masak sebanyak 300 ml.
STEP 4
Masukkan satu paket yis segera.
STEP 5
Ads
Masukkan sebotol esen pisang. Kemudian masukkan pula esen pandan. Seterusnya masukkan pula sebotol esen ros.
STEP 6
Setelah dimasukkan kesemua 7 bahan tersebut, ia perlu digaul sehingga sebati.
STEP 7
Ads
Seterusnya adalah proses perapan. Setelah digaul sebati, tutup bekas dengan rapat dan jemur di tengah panas dan biarkan ia terperap selama 3 minggu. Tong dibiarkan terdedah berhujan dan berpanas.
STEP 8
Setelah selesai proses perapan selama 3 minggu, buat pula proses pengasingan antara bahan dengan cara menapisnya dengan kain bagi mendapatkan cecair yang terdiri dari campuran air dan minyak
STEP 9
Step terakhir adalah proses pengasingan minyak dan air. Proses mendapan perlu dilakukan sehinggalah minyak dan air berpisah. Kemudian ambillah minyaknya sahaja. Minyak inilah yang dinamakan minyak penyedap!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Masalah kemerosotan stok ikan di malaysia bahkan di dunia bukan lagi perkara baru untuk dengari.
Andai dapat dihitung keluhan kaki pancing mengenai isu kejatuhan stok ikan di malaysia pasti ramai yang akan sedar mengenai betapa seriusnya perkara ini.
Cubalah ditanya kepada otai-otai yang sudah lama menceburkan diri di dalam hobi memancing ini, pasti perkara sama juga akan diungkapkan oleh mereka.
Inilah antara perkara yang semakin dirisaukan oleh semua kaki pancing. Pergi memancing, tapi selalu kumpau, sebabnya ikan dah takde dan kurang.
Dengan ancaman lain di kalangan nelayan rakus, kaki bom, dan kaki tuba, semuanya lebih mendatangkan kesan.
Dan yang paling menarik sekali, ancaman daripada sejenis umat kaki pancing yang sama ada sedar atau tidak menggelarkan diri mereka kaki tapau.
Kaki tapau yang dimaksudkan ini ialah mereka yang sering mengaut atau bawa pulang semua hasil tangkapan yang mereka perolehi termasuklah dari saiz kecil hinggalah bersaiz kecil-kecil anak, malah yang bersaiz sebesar ibu jari juga mahu mereka bawa pulang.
Acap kali dilihat di laman sosial mengenai kewujudan golongan-golongan ini. Mereka seakan-akan tidak segan silu memuat naik gambar mereka bersama semua hasil
tangkapan yang boleh dikatakan tidaklah sebesar mana, namun seakan menunjuk-nunjuk lambakan ikan bersaiz curut yang mereka perolehi.
Bila diajukan soalan, “Kenapa tidak dilepaskan je ikan tu, kecil lagi tu?”
Lantas, dengan bangga pemancing itu menjawab, “Rezeki Tuhan nak bagi, kenapa nak tolak? Kalau tak ambil, itu tolak rezeki namanya. Lagipun kalau aku tak ambil ikan tu mesti ada orang lain yang kaut jugak!”
Memang benar rezeki jangan ditolak, tetapi tidak kah kita sedar bahawa, sudah menjadi tanggungjawab sebagai seorang kaki pancing untuk bersama-sama menjaga kelestarian alam.
Antara jalan penyelesaian yang dapat kita pertimbangkan bersama, kenapa tidak mulai sekarang kita sebagai pemancing mula menetapkan had jumlah ikan yang perlu dibawa pulang.
Seelok-eloknya ikan yang bersaiz kecil serta ikan induk yang bertelur haruslah kita lepaskan kembali ke habitatnya.
Ikan air tawar, contohnya sebarau yang masih kecil, lepaskanlah semula. Jika ia ikan betina dan nampak sedang bertelur, apa salahnya lepaskan semula dan biarlah ia menetaskan dahulu benih-benihnya. Begitu jugalah dengan udang galah dan ikan-ikan lain.
Setidak-tidaknya amalkanlah konsep bag limit, iaitu ambil jika benar-benar hendak makan sahaja bukan bawa pulang semua hasil tangkapan.
Walaupun ada di antara kita yang kurang pasti sama ada ikan yang dilepaskan itu mampu survive atau tidak, tetapi ketahuilah, ia pasti akan mati jika anda tidak melepaskannya kembali ke habitat asal.
Diharapkan, dengan cara ini, ada juga sesuatu yang dapat anda sumbangkan kepada generasi akan datang.
Sekurang-kurangnya dengan usaha yang dilakukan oleh kaki pancing yang ada pada hari ini akan selamatlah stok ikan-ikan kita daripada diambang kepupusan selain untuk kesinambungan generasi di masa akan datang.
Korang Tanya Umpan Jawab: Lubuk & Umpan Memancing Pari Selain Pantai?
SOALAN:
Saya sering perhati ikan pari lazimnya dinaikkan oleh pemancing pantai. Jarang-jarang dinaikkan oleh pemancing laut dalam. Satu lagi, apa umpan terbaik untuk menjerat ikan pari?
JAWAPAN:
Ikan pari boleh dijumpai di laut dalam, persisir pantai, muara sungai atau pun di sesetengah kawasan sungai air tawar. Lazimnya pari mendiami kawasan berpasir, kawasan berlumpur atau kawasan campuran lumpur dan pasir. Dan ikan pari dikenali sebagai ikan yang amat gemar mencari makanan di dasar perairan.
Sememangnya pancingan di persisiran pantai atau pancingan pantai amat sinonim dengan pari. Malah, tidak dinafikan pari merupakan sasaran utama bagi penggemar aktiviti ini. Keseronokan mendaratkan pari puluhan kilogram dengan kaedah ini amat mengujakan. Namun tidak bermakna pari hanya boleh dipancing di persisiran pantai.
Pancingan pari dengan menaiki sampan atau bot sudah lama dipraktikkan. Hanya ia tidak banyak digembar-gembur sebagaimana pancingan lain menggunakan sampan atau bot memancing. Pada pengalaman saya waktu sesuai untuk memancing ikan pari adalah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air.
Umpan yang biasa saya gunakan untuk memancing ikan pari adalah udang, sotong cumit , sotong jarum, sotong kurita, sotong katak kecil, ikan belanak, ikan kembung, selayang, selar kuning yang dipotong dua, anak ikan bebolos, anak gelama, pumpun, ikan tamban dan ikan beliak mata walau bagaimana pun umpan kegemaran saya adalah belacak minyak yang dihiris isinya.
Penggunaan umpan mungkin berbeza mengikut tempat dan lokasi pancing. Adalah lebih baik sekiranya kita rujuk dengan penduduk setempat jika ingin kepastian. Pari boleh di pancing tidak kira masa, sama ada pagi, petang atau malam. Namun waktu terbaik adalah pada malam hari.
Sebelum kita berbicara reel spinning boleh buat main casting atau tidak, sebaiknya kita fahami dulu apa itu casting. Casting atau mengilat sebenarnya adalah salah satu cabang teknik memancing. Ia digelar atau dinamakan casting berikutan tindakan melontar dan mengarau umpan berulang kali.
Sementara umpan itu tersendiri tidak semestinya pula gewang atau artificial lures. Oleh yang demikian ia tidak mewajibkan penggunaan sesuatu jenis kekili atau umpan untuk mempraktikkan teknik casting. Jika hendak casting wajib guna kekili menegak (baitcaster reel) adalah mitos yang tidak dikenal pasti kewujudannya. Walau bagaimana penggunaan kedua-dua jenis kekili ini ada keistimewaan tersendiri.
Berikut merupakan beberapa kelebihan penggunaan kekili mendatar (spinning reel) ketika casting.
Tali pancing yang keluar daripada gelendong kekili mendatar bergerak secara berpusing disebabkan gelendong pada kekili mendatar statik dan tidak bergerak. Oleh itu ia tidak akan kusut dengan senang berbanding dengan kekili menegak di mana pada jenis ini gelendong akan bergerak (berpusing). Dan sekiranya kita tak pandai kawal henti perjalanan tali ia akan mudah menjadi kusut atau birdnest.
Kekili mendatar lebih mudah untuk membuat balingan gewang ultra ringan dan mikro melawan angin berbanding kekili menegak.
Penggunaan kekili mendatar lebih senang dan tidak mengelirukan berbanding dengan kekili menegak di mana ia tidak mempunyai banyak alat dan fungsi tugas pada kekili.
Kekili mendatar lebih senang dan berkuasa apabila membuat karau laju di mana pusingan gelendong yang lebih besar serta nisbah gear akan menyebabkan lebih berkuasa dan pantas.
Terdapat kekili mendatar yang mempunyai dua atau lebih gelendong apabila dibeli, oleh itu pemancing dapat membawa pelbagai tali dan saiz tali dengan satu kekili.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...