Sedap ke ikan patipok aka pecah periuk ni? Korang jangan terpedaya pada rupanya. Mentang-mentang rupanya hitam, hodoh dan bermain di kawasan sampah hanyut, korang menyangka ia tidak boleh dimakan umpama ikan bandaraya. Ramai yang tidak tahu isi ikan pecah periuk ini jauh lebih sedap dari ikan siakap!
Bahan-Bahan
1-2 ekor ikan pecah periuk (anggaran 2-3 kilogram)
Bahan Untuk Rempah Ikan
2 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia
Ads
3 sudu besar rempah kari ikan
Bahan Untuk Ditumis
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
5 biji bawang merah kecil (dihiris halus)
1 sudu teh halba campur (halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
2 tangkai daun kari
Ads
Bahan-bahan Lain:
Air asam jawa (700 ml, atau ikut suka)
3 biji tomato, dibelah dua
Bendi/ terung (jika suka)
Garam, gula & serbuk perasa
Ads
Cara Penyediaan:
Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam. Kemudian cuci bersih ikan tersebut dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan-bahan yang perlu ditumis sehingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan diikuti dengan bendi dan terung. Kacau lalu biarkan ia hingga mendidih. Apabila sudah mendidih, masukkan ikan. Untuk tambah perisa, boleh letak garam, gula dan serbuk perasa jika berminat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, sebaiknya asah bagi tajam. Tapi kalau dah tumpul sangat wajib buang terus jangan disimpan lagi.
Pilih saiz sesuai
Saiz dan jenis mata kail jugak perlu diambil kira. Jangan fikir nak ikan besar, kenalah pakai mata besar. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.
Umpan power
Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang hidup, janganlah kita masih nak guna umpan ikan.
Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak. Kalau pemancing lain guna jig warna hijau, kita jangan masih nak pertahankan warna kegemaran sendiri.
Set pancing sepadan
Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal mengatasi kekuatan ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.
Pilihan teknik
Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apungan atau dasar atau apa saja teknik yang bersesuaian.
Teknik karauan pun kena perhatikan juga. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan dan ikan tidak lucut dari mata kail.
Ilmu memancing
Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.
Sekiranya anda memancing bukan untuk sara hidup, bermakna anda seorang pemancing rekreasi. Oleh yang demikian, sebagai pemancing rekreasi banyak perkara yang perlu diamalkan demi kelangsungan hobi ini.
Sokong segala usaha pemeliharaan dan pemuliharaan sumber. Tanpa pengurusan sumber yang bagus, tiada tempat untuk memancing dan tiada ikan untuk dipancing. Patuhi undang-undang dan kurangkan penerokaan lubuk-lubuk baru.
Amalkan tangkapan terpilih.
Jangan ambil ikan melebihi keperluan. Pilih yang bersaiz majoriti sekadar untuk dimakan, lepaskan selebihnya.
Lepaskan ikan besar untuk menjaga warisan genetik.
Lepaskan ikan induk untuk membiak.
Amalkan kaedah yang betul dalam C&R.
Fahami bahawa ikan adalah spesis yang sangat rapuh.
Tangkap dan lepas wajib dijadikan amalan bagi setiap pemancing rekreasi.
Ikan-ikan terancam di Malaysia.
Air tawar: Kelisa, temoleh, toman bunga, jengkua, kelah (kecuali di Taman Negara), jelawat liar, patin liar seperti patin muncung, kenerak, begahak, sikang.
Air masin: Semua ikan berparuh seperti layaran dan mersuji, ikan yu besar, kerapu bara (coral trout).
Jangan mencemar atau merosakkan.
Lupuskan sampah, tali, umpan dan perkakas pancing lain dengan sempurna; recycle jika mampu.
Pencemaran merosakkan habitat ikan dan menjadikan persekitaran kurang menyeronokkan. Sedikit pencemaran mampu mencetus perbezaan yang besar.
Utamakan keselamatan semasa memancing dan boating
Perlu diingat bahawa kita bukan nelayan. Pertimbangkan keselamatan pemancing lain disekeliling dan juga diri sendiri. Jangan biarkan orang lain bimbang sedangkan kita berseronok.
Patuhi undang-undang memancing dan pengendalian bot.
Percaya bahawa peraturan adalah untuk keselamatan kita dan untuk memastikan kesejahteraan sumber.
Hormati hak pemancing
Jangan menganggu keselesaan pemancing. Sentiasa menjaga nilai persahabatan. Hormati barangan milik pemancing.
Jika hak dihormati, memancing akan menjadi lebih seronok.
Hormati hak pemilik properti. Termasuk nelayan.
Jangan menceroboh.
Mohon kebenaran, jika perlu.
Kawasan memancing biasanya ditutup bila hak milik persendirian tidak dihormati.
Imej pemancing terletak ditangan setiap pemancing.
Sentiasa berkongsi pengetahuan dan kemahiran.
Membantu pemancing lain menjadikan anda pemancing yang lebih baik. Lebih keseronokkan untuk semua orang.
Belajar dan tingkatkan skill. Bersedia menjadi pelabur.
Elakkan dari menjadi egen penyebar spesies asing
Biodiversiti aturan Tuhan adalah paling sempurna.
Berhati-hati menggunakan umpan hidup dari spesis yang tidak wujud dalam sistem semulajadi kawasan pancingan.
Spesies asing di perairan negara.
Cichlids: flowerhorns, peacock bass, jaguar cichlids, tilapia bunga, semua jenis dari keluarga tilapia.
Kap: Kap rumput (tongsan sisik kasar), leekoh, kap kepala besar (tongsan sisik halus), kap perak, rohu.
Ikan baung sentiasa menjadi antara spesies kegemaran bagi pemancing air tawar. Selain sesuai dijadikan hidangan, memancing baung juga mempunyai tarikan tersendiri. Ikan baung juga mempunyai duri yang tajam dan mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri sengat ikan baung terletak pada sirip dorsal dan juga sirip pektoralnya.
Ikan keli merupakan antara ikan yang sering dapat dilihat dan mudah dikenali. Selain dipancing, ikan keli juga menjadi antara spesies utama yang diternak sebagai sumber makanan. Spesies keli termasuk keli bunga, keli kayu dan keli Afrika mempunyai duri dan sengat pada bahagian sama iaitu sepasang duri pada sirip pektoralnya.
Patin merupakan ikan tersohor di negeri Pahang. Selain rasanya yang sedap, ikan patin juga mempunyai duri bersengat bagi mempertahankan dirinya. Duri tajam pada dorsal dan sirip pektoralnya mampu mencederakan jika tidak berhati-hati. Duri patin yang diternak biasanya tidak terlalu tajam jika dibandingkan dengan patin liar.
Ikan Keli Limbat merupakan sejenis ikan yang hidup dalam kawasan belukar atau semak-samun yang ditakungi air di kawasan sawah yang mempunyai ukuran tubuh lebih dua kali ganda daripada ikan keli biasa dan berwarna kuning pekat. Ikan Keli Limbat kini dipercayai sudah pupus. Sebelum itu, ia boleh dijumpai di beberapa tempat di Asia Tenggara.
Ikan keli limbat dipercayai berkurangan berikutan tidak ada kawasan tanah sawah terbiar seperti pada 1960-an dan 70-an. Selain itu, tanah belukar yang ditakungi air diteroka untuk dijadikan kawasan pertanian.
Ikan keli limbat mendiami di kawasan hulu sungai, alur air dan kawasan berpaya. Ikan Keli Limbat memakan anak ikan, serangga , udang dan juga terkenal sebagai pemakan bangkai. Umpan terbaik ialah buah kelapa sawit dan daging ayam.
White-edge freshwater whipray (pari air tawar tepi putih) atau nama saintifiknya Himantura signifier adalah spesies ikan pari yang sukar ditemui dari keluarga Dasyatidae, yang berasal dari empat sistem sungai di Asia Tenggara. Berukuran sehingga 60 cm, pari ini memiliki cakera sirip pectoral melengkung dan ekor sangat panjang, seperti cambuk tanpa lipatan sirip.
Ikan Puyu merupakan spesies ikan yang paling lasak. Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini. Bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair kerana pada ketika tertentu pada musim hujan, kebanyakannya berpindah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hari selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci. Walaupun tidak memiliki sengat tetapi sirip-sirip berdurinya sangat tajam dan mudah melukai tangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...