Cara Buat Ikatan Simpulan Duncan

Share

 

Ia satu jenis ikatan terus menghubungkan tali pancing dengan gelung atau cincin gewang, mata kail atau swivel. Ciri utama ikatan ini, ia hanya untuk tali sulam atau braided sahaja.

Sekiranya menggunakan tali tangsi (mono atau fluorocarbon), bentuk gelung tidak akan terhasil kerana sifat tali tangsi yang licin tidak akan menjerut dan membentuk gelung.

Kelebihan ikatan ini membolehkan gewang bergerak dengan lebih bebas dan meningkatkan lagi aksi persembahan gewang.

 

Tutorial 1

Masukkan hujung tali melalui cincin gewang dan lepasi kira-kira sejengkal bagi memudahkan simpulan yang akan dihasilkan.

 

Tutorial 2

Lingkarkan bahagian hujung tali yang melepasi cincin menindan bahagian tali utama hingga terbentuk huruf O.

 

Tutorial 3

Masukkan hujung tali ke dalam bulatan tadi dengan melilit kedua-dua tali utama dan bahagian tali yang melepasi cincin seperti di dalam gambar.

 

Tutorial 4

Lakukan lilitan sekurang-kurang 3 kali. Untuk hasil simpulan yang lebih kuat sebaiknya buat 5 lilitan.

 

Tutorial 5

Perlahan-lahan tarik bahagian hujung tali dan pastikan simpulan tidak bertindih antara satu sama lain.

 

Tutorial 6

Sebelum simpulan ditarik ketat, rapatkan dahulu simpulan ke cincin dan buat anggaran sebesar mana gelung yang anda ingin hasilkan.

 

Tutorial 7

Pegang bahagian gelung di hadapan cincin dan jerut ikatan dengan kuat. Kemudian potong lebihan tali yang tidak diperlukan.

 

Published by
Amang