Sepadan dengan nama yang diberikan, ikatan power knot sememangnya berkuasa bagi berhadapan dengan pemangsa yang ganas. Cara ikatannya cukup ringkas tapi kukuh untuk mendaratkan ikan impian korang.
Tutorial 1
Kembarkan tali perambut (perambut benang atau tali tangsi) kira-kira sejengkal atau lebih.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali yang dikembarkan ke dalam lubang cincin swivel atau mata kail yang ingin digunakan.
Tutorial 3
Silangkan hujung tali yang dikembarkan pada tali utama.
Ads
Tutorial 4
Buatkan lilitan pada tali utama tersebut.
Tutorial 5
Lilitkan sekurang-kurang 5 kali. Lebih banyak lebih bagus ikatannya.
Ads
Tutorial 6
Masukkan hujung tali itu ke dalam simpulan pertama yang terhasil.
Tutorial 7
Masukkan pula gelung hujung tali melalui swivel.
Ads
Tutorial 8
Tarik perlahan-lahan tali utama sambil membetulkan ikatan simpulan.
Tutorial 9
Tarik sehingga simpulan yang melalui swivel bersatu dengan ikatan yang dihasilkan.
Tutorial 10
Ikatan yang telah dikemas dan bolehlah dibuang lebihan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Trilene Ouga knot merupakan ikatan mata kail yang banyak diguna pakai oleh otai-otai bagi memancing ikan kap seperti temoleh dan kelah. Kalau otai-otai yang amalkan teknik ikatan mata macam ni, maknanya ikatan ni cukup kuat la. Nak hasilkan ikatan ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Jom kita buat sama-sama. Esok mancing bolehlah guna teknik ikatan ni.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.
Perambut 2 mata kail atau perambut Y mata merupakan antara perambut yang digunakan bagi pancingan muara. Ia merupakan perambut yang mudah dihasilkan jika anda sudah biasa melakukan simpulan drooper loop.
Ia sama saja dengan perambut Y, yang membezakannya ialah kedudukan batu hidup. Biasanya batu hidup dimasukkan pada tali utama, namun batu hidup ini dimasukkan pada perambut bagi memboleh umpan dihantar tepat pada lubuk yang dikehendaki.
Tutorial 1
Pegang bahagian tengah perambut sepanjang 60 cm (atau sepanjang mana yang dikehendaki) dan buat satu lingkaran penuh. (Ini merupakan cara menghasilkan drooper loop. Atau boleh lakukan cara yang anda sudah biasa buat dropper loop).
Tutorial 2
Lakukan silangan antara dua tali.
Tutorial 3
Lakukan silangan tali sekurang-kurangnya 10 kali pintalan.
Tutorial 4
Masukkan tali yang melengkung bulat ke bahagian tengah pintalan yang dihasilkan tadi. Tali perlu dimasukkan agak banyak bagi membolehkan batu ladung dimasukkan nanti.
Tutorial 5
Tarik perlahan-lahan kedua-dua bahagian tali sambil membentulkan simpulan yang terbentuk dan pastikan lingkaran di tengah pintalan tidak terlucut keluar.
Tutorial 6
Tarik dengan kuat sehingga simpulan menjadi ketat dan rapat.
Tutorial 7
Seterusnya ikat mata kail pada kedua-dua hujung bahagian tali perambut (anda boleh buat apa saja ikatan yang anda suka).
Tutorial 8
Masukkan lingkaran bulat pada bahagian tengah perambut ke dalam lubang batu ladung hidup dan kemudian bolehlah disambung terus pada set pancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...