Secara umumnya ramai kaki pancing mengenali spesies belanak ini sebagai antara umpan yang efektif untuk memburu spesies predator seperti siakap dan kerapu. Namun, di sebalik keberkesanan dijadikan umpan, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa ikan belanak ini amat lazat untuk dijadikan hidangan di meja makan (terutama bagi yang bersaiz besar). Mana taknya, dengan isi yang padat dan berlemak, pastinya ia mampu membuka selera sesiapa sahaja.
Pasti ramai juga yang tertanya-tanya, adakah spesies belanak ini boleh dipancing menggunakan joran? Jawapannya, YA, memang boleh. Tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban. Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
TIP MEMANCING BELANAK @ TAMOK @ JEMPUL @ LOBAN
Gunakan set pancing yang ringan (light set).
2. Main line tidak melebihi 12 lb (dikatakan tali yang lebih halus lebih berkesan untuk memburu spesies ini).
3. Mata kail bersaiz kecil (mata kail udang saiz 7 dikatakan paling efektif). Ada pemancing yang menggunakan mata kail yang banyak, sama seperti mata bom atau mata rambai untuk memancing spesies ini.
4. Jika memancing di rumah rakit, kelong, umpan popular adalah menggunakan roti. Cebisan roti akan ditabur sedikit demi sedikit di kawanan tamok agar ia menghampiri pemancing bagi memudahkan balingan umpan yang berisi mata kail dilakukan.
5. Pastikan mata kail tajam. Pelampung bersaiz kecil perlu digunakan dan jarak pelampung dengan mata kail hanya sejengkal sahaja.
6. Bila pelampung tenggelam, sentap perlahan, agar mata kail tertusuk ke mulut ikan belanak.
7. Ada juga yang berpendapat penting untuk merasuah dahulu ikan belanak ini dengan biskut yang telah dihancurkan.
8. Selain umpan dan mata kail, ada juga yang berjaya memperdaya ikan ini menggunakan bom jaring (bomb net) dan baling pada kawanan belanak tersebut. Pasti ada yang akan tersangkut di jaring itu. Namun dengan cara ini, Ia tidaklah begitu thrill jika dibandingkan memancing menggunakan umpan dan mata kail.
Sebelum terciptanya batang pancing moden, kekili, gewang dan segala macam peralatan pancing yang canggih manggih hari ini, nenek moyang kita mulakan semuanya dengan tangan. Kali ini kami ingin mendedahkan beberapa kaedah atau teknik menangkap ikan secara tradisional yang telah diamalkan sejak dari zaman purba hingga sekarang.
Kat Negeri Sembilan dipanggil ‘ngoca’.
Timba
Keringkan kolam/ lubuk dengan baldi di sesuatu kawasan.
Kayu/batu
Hempuk ikan dengan kayu atau batu.
Panah
Pancing guna batang buluh, rumbia.
Taut/tajur
Tinggalkan semalaman untuk tangkap ikan besar seperti tapah , baung, keli atau haruan menggunakan umpan anak sepat /puyu.
Lukah
Alatan menangkap ikan yang diperbuat dari buluh.
Serkap
Femes kat sawah terutama pada musim nak menuai padi .
Tuba
Menggunakan akar pokok tuba yang ditumbuk untuk memabukkan ikan.
Kejadian air pasang besar bukanlah satu fenomena yang asing termasuk di negara kita. Begitu pun, berapa ramaikah di antara kita yang memahami apa itu keadaan air pasang besar dan bagaimana hal ini berlaku. Kali ini kita akan merungkai sedikit sebanyak tentang fenomena air pasang besar.
Fenomena air pasang besar berlaku disebabkan oleh keadaan fenomena bulan penuh atau disebut ‘supermoon’. Keadaan ini berlaku di mana kedudukan bulan berada pada jarak yang paling hampir dengan bumi. Supermoon atau nama lainnya Lunar Perigee akan menjadikan bulan kelihatan lebih besar dan lebih cerah daripada biasa.
Seperti yang kita ketahui, keadaan pasang surut air dipengaruhi oleh graviti bulan. Oleh yang demikian, keadaan Supermoon atau Lunar Perigee ini menjadikan tarikan graviti bulan menjadi lebih tinggi dan kuat lantas menjadikan paras air di bumi meningkat naik atau dikenali sebagai ‘supertide’. Keadaan ini seterusnya mencetuskan fenomena air pasang besar.
Dalam beberapa hal, terdapat juga fenomena air pasang besar yang agak abnormal. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu di kawasan perairan Pantai Timur telah berlaku fenomena air pasang besar ini. Keadaan ini menyebabkan paras air meningkat secara mendadak malah berlaku ketika musim tengkujuh.
Paras air meningkat dan melimpah telah mengakibatkan banjir dan beberapa siri kemusnahan setempat. Paling terkesan akibat fenomena sebegini pastinya di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan laut.
Adakah fenomena air pasang surut mempengaruhi kaki pancing dan aktiviti memancing?
Bagi kaki pancing, keadaan pasang surut air pastinya antara perkara yang dititikberatkan terutama ketika merancang sesuatu trip mancing di laut. Pasang surut air serta musim sememangnya mempengaruhi spesies ikan di sesuatu kawasan.
Namun sebaik-baiknya soal keselamatan haruslah diutamakan ketika memancing. Baik di lautan atau di hutan, jika keadaan seperti berisiko untuk memancing, hentikan aktiviti memancing dan pulang atau cari tempat berlindung.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...