Kadangkala dalam keterujaan kita membuat persiapan untuk memancing, kita terlupa nak ‘siapkan’ kamera kita. Maklumlah, hobi memancing ada kalanya mengatasi hal-hal lain, lebih-lebih lagi akan berkunjung ke lubuk baru.
Sebenarnya, sehebat mana anda teruja sekalipun, bagi yang turut gemar mengambil gambar sebagai kenangan, pastikan tip dan teknik di bawah ni anda ikuti. Semoga ‘perjuangan’ anda memancing dan mendapat hasil dapat diabadikan dengan gambar yang menarik.
Gunakan teknik closeup untuk menampakan subjek. Pastikan gambar anda tidak terpotong di bahagian kepala.
Tip yang perlu dikuasai
Try and error bila nak ambil gambar.
Sebelum pergi memancing, sila pastikan kelengkapan kamera mesti bawa seperti kain, casing kalis air, dry bag penting sekiranya anda masuk ke dalam air, kamera tersebut selamat. Bawa buku manual kamera dan baca satu persatu arahan.
Snaplah gambar sebanyak mungkin bagi mencari gambar terbaik.
Pastikan setting pada kamera betul dan bukan di set pada indoor light.
Kebiasaannya ramai yang lupa mengenai perkara ini, jadi anda perlu betulkan semula kepada setting asal.
Jika anda membawa kamera DSLR, sila pastikan talinya digantung pada leher.
Ini bagi memastikan keselamatan kamera tersebut daripada terjatuh dalam air ketika anda menaiki bot. jika membawa kamera kompak, pastikan ia diikat pada pergelangan tangan.
Penggunaan silica gel mampu mengelakkan terjadinya lens berkabus.
Lens berkabus.
Bila kamera anda terkena udara lembab seperti kabus. Untuk mengelakkan ia terjadi, pastikan kamera anda diletakkan bersama silica gel agar ia sentiasa kering.
Guna setting makro.
Yang mana? Yang ada gambar rajah bunga pada kamera anda tu. Ia bertujuan supaya gambar yang diambil menjadi lebih sharp terutamanya pada mata ikan dan lagi cantik ketika ikan masih tersangkut pada mata kail.
Pastikan setting set kamera anda di set pada mode yang betul.
Jadikan ikan sebagai subjek utama.
Teknik Depth Of Field amat sesuai, hanya ikan yang lebih jelas di dalam gambar, pemancing blur. Teknik Rule Of Third juga boleh dimasukkan juga.
Jika setiap kali anda ambil gambar ikan, jadi blur lagi. Apa kata anda tarik nafas, tahan sebentar dan terus shoot. Cuba banyak kali kerana anda pasti puas hati jika gambar tersebut cantik!
Fokuskan sehampir mungkin dan pada jarak sesuai untuk tunjukkan rupa ikan sebenar.
Ambil gambar lebih dari satu snap/klik.
Kebanyakan kamera mempunyai setting boleh snap 10 gambar untuk sekali snap. Ia sebenarnya penting terutama jika anda mahu lepaskan ikan.
Ikan kerana ia bergerak-gerak dengan pantas. Selepas itu, periksa setiap gambar, dan delete momen yang tak diperlukan.
Cuba shot berbeza.
Ambil ikan paling kecil,kemudian pergi ke tepi sungai dan pegang ikan seolah-olah ikan itu di dalam sungai. Jadikan ia lebih kreatif berbanding gaya posing yang berbeza.
Ambil gambar sedekat yang mungkin bersama ikan menggunakan teknik Close-up.. Jangan risau, ikan tak makan anda kecualilah ikan itu sang toman yang hidup @ daripada jenis karnivor!
Jika gambar anda yang anda snap masih blur. Cuba tahan nafas dan snap gambar, pasti berjaya.
Jika merujuk kepada berat jig (60g-120g) yang anda ingin gunakan untuk jigging, ia bolehlah dikategorikan dalam teknik light jigging.
Bagi teknik light jigging ini saya lebih gemar menggunakan kekili bersaiz siri 2000 hingga 4000, joran PE 0.5-1.0, 0.8-1.5 atau 1.0 – 2.0 dan tali 15lb hingga 30lb.
Sementara leader pula bergantung kepada lb tali utama. Jika tali utama 15lb-20lb, leader pula 20lb-25lb. Jika tali utama 25lb-30lb, leader pula 30lb.
Dari segi penggayaan jig pula, anda bolehlah mainkannya mengikut spesies sasaran. Sekiranya ingin menjerat spesies demersal atau ikan dasar, jig perlulah digayakan dengan perlahan di kawasan lantai laut.
Sekiranya ingin menyasarkan ikan pelagik yang berada di pertengahan air hingga sub permukaan, jig perlulah digayakan dengan lebih pantas meniru renangan ikan-ikan pelagik (mangsa) di kawasan tersebut.
Kefahaman anda tentang saiz lb tali ditentukan oleh jenis ikan yang berlainan itu adalah tidak tepat.
Pemilihan lb tali haruslah dipadankan dengan joran dan kekili yang digunakan. Dan merujuk ke kapasiti tali yang diperlukan untuk jigging di Selat Melaka dan Laut China Selatan, tali sepanjang 200 meter itu sudah lebih dari cukup.
Purata kedalaman bagi light jigging sekitar 50 meter sahaja. Dan kekili yang anda gunakan itu boleh memuatkan tali sehingga 400 meter jika menggunakan tali berdiameter lebih kecil.
Penggunaan soft plastic (SP) sebagai umpan alternatif tidaklah sebegitu popular sepertimana produk umpan tiruan seperti gewang kayu atau plastik lain. Namun begitu, penggunaan SP dikira amat efektif bagi sesetengah pemancing kerana ia umpan tiruan paling menyerupai diet sebenar ikan pemangsa.
Ia, boleh dianggap alternatif terakhir bagi menggoda ikan. Jika penggunaan SP juga tidak memberikan hasil, lokasi tersebut sebenarnya memang sudah tidak ada ikan. Barulah istilah `kumpau` boleh diluahkan.
Antara jenama yang menjadi kebiasaan ketika ini ialah jenama Berkley. Namun di sini, Umpan membawakan sedikit sebanyak SP keluaran Jepun yang mungkin menjadi pilihan anda untuk mencubanya.
Antara produk dari Negara Matahari Terbit ini termasuklah keluaran daripada jenama Jackall, Ima, Evergreen dan Keitech.
Jackall Xeno Buzz
Sebagai alternatif pilihan bagi umpan katak tiruan. Jackall Xeno Buzz mampu meliputi kawasan dipenuhi teratai, berlumpur dan cetek. Sesuai untuk menduga spesies seperti haruan dan toman. Disesuaikan dengan mata tanpa ladung, Xeno Buzz pilihan tepat untuk mengilat di kawasan berumpai.
Jackall Super Pin Tail
Produk terbaru daripada Jackall. Super Pin Tail seolah-olah seperti anak ikan kecil sebenar. Direka supaya kelihatan seperti anak ikan yang cedera. Dilengkapi dengan mata 3 dimensi menambahkan lagi realistik soft plastic Jackall ini. Pasti menjadi antara produk wajib dalam kotak pancing anda.
Jackall iShad Series
Rekaan Shad Tail memberikan anda renangan yang menggoda. Dengan ekor yang melebar, ia memberikan aksi renangan yang menggoda dengan hanya sedikit tindakan pada kawalan kekili anda.
Terdapat dalam pelbagai warna yang digemari oleh pemangsa. Siri iShad dari Jepun ini mampu memberikan pilihan kepada anda dalam menggoda mangsa.
Jackall Glossy Shad
Glossy Shad hampir menyerupai Super Pin Tail, namun rekaan pada ekornya berbeza. Ekor Glossy Shad mempunyai bentuk dayung yang menyebabkan renangan lebih kuat dan pergerakan yang mampu menarik perhatian pemangsa.
Jackall Glossy Shad merupakan pilihan tepat bagi penggunaan dalam kawasan air yang jernih tidak kira mengalir atau tidak.
Jackall Cover Craw
Cover Craw dihasilkan dengan protein bermutu dan padat. Reka bentuknya membenarkannya meluncur dengan mudah di celah-celah kawasan yang sukar. Juga disuntik dengan bau yang mampu menarik perhatian ikan pemangsa.
Plus: Mata Kail Khas untuk Soft Plastic
SP memerlukan mata kail bentuk khas, berbeza daripada mata kail yang biasa digunakan. Antara jenama mata kail yang sesuai ialah termasuk keluaran Decoy.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...