Cara Buat Ikan Cermin Masak Kicap Pedas

Share

 

Banyak menu yang boleh dibuat kalau pancing dapat ikan cermin. Dalam banyak-banyak menu, admin paling suka dibuat masak kicap. Tak tau pasal apa tapi memang mencakop kalau ikan cermin ni dibuat masak kicap pedas-pedas sikit.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

1 ekor ikan saiz sederhana (lumur garam kunyit dan digoreng seketika)

1 sudu besar cili giling

4 ulas bawang merah (dikisar / ditumbuk halus)

3 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)

1 biji bawang besar (dihiris)

1 inci halia

1 batang kulit kayu manis

Kicap

Cuka

Gula

Serbuk perasa secukup rasa

 

Cara-Cara Penyediaan:

 

Potong ikan kepada dua tiga bahagian. Lumurkan garam kunyit dan digoreng seketika.

 

Tumis bahan kisar, bawang besar dan cili serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.

 

Masukkan kicap, cuka dan air (sukatannya terpulang kepada anda). Masak lagi hingga mendidih.

 

Masukkan gula dan serbuk perasa kemudian masukkan ikan.

 

Masak sehingga mendidih, kemudian bolehlah diangkat dan dijamu beramai-ramai.

 

Published by
Amang