Banyak menu yang boleh dibuat kalau pancing dapat ikan cermin. Dalam banyak-banyak menu, admin paling suka dibuat masak kicap. Tak tau pasal apa tapi memang mencakop kalau ikan cermin ni dibuat masak kicap pedas-pedas sikit.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 ekor ikan saiz sederhana (lumur garam kunyit dan digoreng seketika)
1 sudu besar cili giling
4 ulas bawang merah (dikisar / ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih (dikisar / ditumbuk halus)
1 biji bawang besar (dihiris)
Ads
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
Kicap
Cuka
Gula
Serbuk perasa secukup rasa
Ads
Cara-Cara Penyediaan:
Potong ikan kepada dua tiga bahagian. Lumurkan garam kunyit dan digoreng seketika.
Ads
Tumis bahan kisar, bawang besar dan cili serta kulit kayu manis sehingga garing dan masak cilinya.
Masukkan kicap, cuka dan air (sukatannya terpulang kepada anda). Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan gula dan serbuk perasa kemudian masukkan ikan.
Masak sehingga mendidih, kemudian bolehlah diangkat dan dijamu beramai-ramai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kos trip memancing hari ini semakin melambung. Lebih-lebih lagi trip memancing yang memakan masa panjang dan kedudukan padang pancing pula beratus batu jauhnya. Untuk melangsungkan trip seorang diri, sudah tentulah tidak semua pemancing yang mampu. Jadi, untuk menampungkan kos trip, ia perlulah dilangsungkan secara beramai-ramai.
Apabila hari kejadian tiba, tahu-tahu ada ada rakan (ahli trip) yang menarik diri. Tidak kiralah sama ada beritahu lebih awal atau lebih parah lagi tidak beritahu langsung. Dan pemancing yang bersikap sebegini sebenarnya bukan sedikit.
Di sini, kami kumpulkan jawapan dan penyelesaian para netizen (pemancing) bagi berhadapan dengan manusia-manusia yang suka kansel trip suka-suka hati mereka saja.
“Sekali buat perangai macam tu, tanpa alasan munasabah (contoh alasan, anak sakit masuk hospital) terus dibuang dari geng. Tidak akan diajak lagi sampai bila-bila. Sila pergi cari komplot lain.”
MOHD FAIZAL MOIN
“Masuk aje nama terus kena bayar full. Tak ada booking nama pakai air liur je… no money no talk!”
SAIPUL BAHARI
“Team kami amal macam ni.. kalau last minute cancel, kena bayar tambang full jugak. Alhamdulillah team bagi kerjasama. Saya sendiri dah dua kali last minute kansel. Hasil pancing tetap dapat walaupun tak turun.”
JAIH ZARAKI
“Disarankan penganjur minta deposit sekurang-kurangnya 50% dan deposit hangus jika tarik diri saat akhir tanpa pengganti.”
WESLLEY MELINA
“Senang saja. Tengok alasan dia dulu. Kalau munasabah okey, boleh terima. Kalau tak munasabah, jawabnya lain kali minta terus bayaran penuh dari dia, baru isi nama. Kalau dia nak tarik diri jugak, Alhamdulillah.…”
NAZRI RAHIM
“Ya… memang ada orang macam ni. Cara mendidik, kita atur satu trip lepas tu kita kansel last minit pulak. Tu je ubat dia, bagi ada akal sikit.”
MOHD AFIZ MUSTAPA
“Tengok dulu apa sebabnya dia kancel. Kalau takde sebab, next trip semua hasil tangkapan kita bahagi sama-sama kecuali bahagian dia je jangan kasi.. hehe.”
WI ZU RAI
“Sabar je la. Kadang-kadang ada hal yang tidak dapat dielakkan. Jadi teruskan aktiviti. Tapi kalau kerana dia semua trip kansel… sebat pakai joran, sorang sepuluh kali.”
AZMAN APOT
“Tengok dulu alasan dia… logik ke tak logik. Kalau alasan dia bini tak bagi, suruh dia mintak cerai…! memang ramai yang kansel sebab takut bini. Puikkk!”
PAK TAM
“Kali pertama kansel kita terima. kali kedua kansel terima lagi. kali ketiga kalau dia ikut… tolak dia kat tengah laut. Settle satu masalah kawan yang tak guna!”
DANISH BANGKOK
“Aku salah seorang daripada yang kansel last minute. Bapak masuk hospital dan anak lelaki patah kaki. Cukup tak alasan ni?”
JAS KIDDIN
“Paling haprak dah la tak join trip… lepas tu minta refund pulak. Memang dajei betul!”
FAUZAN YAACOB
“Memang pernah kena dan kami ada cara tersendiri untuk mendidiknya. Caranya kita orang asyik bercerita dalam grup pasal trip memancing yang dia tak pergi tu. Lama-lama dia malu sendiri dan keluar grup… hahaha. Korang boleh try guna kaedah ni.”
Jabatan Meteorologi Malaysia memonitor dengan rapinya situasi perubahan cuaca dan mengeluarkan kenyataan, nasihat dan amaran cuaca bila keadaan memerlukan. Kategori-kategori bagi nasihat dan amaran monsun adalah seperti berikut :
Nasihat Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan hujan lebat akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Hujan Lebat:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan hujan lebat akan berlaku.
Nasihat Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila ada kemungkinan angin kencang dan laut bergelora di perairan Malaysia akan berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora:
Dikeluarkan apabila maklumat terkini menunjukkan ketentuan angin kencang dan laut bergelora akan berlaku.
Persediaan untuk menghadapi monsun lembap
Sebelum Musim Monsun
Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.
Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.
Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.
Semasa Musim Monsun
Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.
Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.
Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.
Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.
Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.
Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.
Bagi pemburu ikan air tawar terutamanya sebarau, ketika monsun inilah waktu terbaik untuk berpesta melihat aksi sebarau frenzy. Ekoran daripada itulah terhasilnya kejohanan Monsoon Casting Tournament yang berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu saban tahun.
Disebalik keseronokan ini para pemancing dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Air umpama api juga, semasa kecil menjadi kawan tetapi semasa besar menjadi lawan.
Kejadian kepala air, tanah runtuh, pokok tumbang dan banjir yang boleh mengundang musibah sering berlaku ketika monsun. Dan sentiasalah memakai jaket keselamatan anda memancing sama ada ketika musim monsun atau sebaliknya.
Bersihkan joran sebelum disimpan. Sesetengah kaki pancing suka bertangguh untuk membersihkan joran. Sekiranya anda memancing di air masin, membersihkan joran dengan air tawar dan menggunakan sabun adalah paling utama bagi menjamin ketahanan joran. Terutamanya bahagian guide atau cincin joran. Bahagian ini paling mudah bergaram sekaligus mereputkannya.
Sebelum menyimpan joran anda, pastikan ia sudah dikeringkan sepenuhnya. Gunakan kain bersih untuk mengelap joran selepas dibersihkan. Sebaiknya juga ia dibiarkan kering dalam suhu bilik sebelum ia disimpan di dalam almari atau sarung khas.
Sapukan minyak pada cincin dan lapkan lebihan minyak. Sekiranya tak mampu nak beli minyak yang mahal-mahal, guna minyak Singer pun boleh. Minyak memainkan sedikit peranan bagi menghalang pembentukan garam atau dijangkiti fungus.
Dapatkan beg atau rak khas untuk menyimpan joran atau letakkan joran anda di tempat simpanan yang sepatutnya. Jangan sesekali menyandarkan joran secara condong pada dinding kerana ia akan menyebabkan joran melengkung.
Jika mahu menyimpan joran, pastikan ia tidak terkena panas secara langsung dan bahang panas seperti meletakkannya di dalam kenderaan. Suhu panas berbahang boleh merosakkan joran anda terutamanya joran jenis grafit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...