Cara Buat Bulu Assist Hook!!

Share

 

Sebagai langkah berjimat cermat sempena lockdown ini, kami buat satu tutorial bagaimana nak lekatkan bulu-bulu berkilat yang menjadi tarikan ikan untuk membaham jig yang digunakan. Semoga berjaya dan peroleh strike.

 

Step 1

Kepit mata kail (apa saja mata kail yang korang nak guna) pada fly tying vise. Kalau tak ada vise ni, guna jari pun boleh je.

 

 

Step 2

Lilitkan mata kail dengan tali sulam (6lb-10lb) sebagai tapak untuk memegang kevlar. Lilit dalam anggaran 2cm atau sepanjang mana kevlar yang akan ditempel ke atasnya.

 

 

Step 3

Masukkan kevlar melalui lubang cincin mata dan tempelkan ia mata kail yang telah dililit tali sulam. Mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail.

Kemudian letakkan flash atau bulu kilat ke atas kevlar dan lakukan lilitan sehingga ke lubang cincin dan teruskan satu lapisan lilitan lagi.

 

 

Step 4

Setelah itu potong lebihan bulu kilat. Panjang bulu kilat memadai satu kali ganda panjang mata kail.

 

 

Step 5

Sapukan gam pada lilitan yang dihasilkan tadi. Pastikan gam yang digunakan adalah gam yang berkualiti. Biarkan gam kering seketika, kemudian sapu gam satu lapis lagi. Siap!

Published by
Amang