Saya harap admin dapat beri sedikit penjelasan tentang sejenis batu ladung kecil yang dinamakan split shot. Apa sebenarnya split shot dan bagaimana kegunaannya.
JAWAPAN:
Split Shot adalah sejenis pemberat atau batu ladung di mana terdapat banyak penggunaannya. Split shot adalah pemberat yang terdapat lurah pada badan nya di mana ia di kepilkan pada tali untuk memberi berat pada umpan atau tali. Oleh sebab saiz nya yang kecil dari 5 gm ke 10 gm kita dapat mengagak berat yang diperlukan.
Penggunaannya pula amat senang sekali iaiitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya. Split shot dijual di dalam paket di mana terdapat beberapa jenis dengan berat yang berbeza. Selalunya terdapat 20-50 biji di dalam plastik. Terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat dan membujur.
Cara penggunaan split shot:
Perambut bagi sungai – Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (three way swivel).
Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus. Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.
Menunda umpan ikan segar (mati) – Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm. Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan mengerakkan ikan naik turun.
Menunda gewang – cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa split shot dikepilkan pada terus pada ikatan perambut.
Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan split shot mengikut kehendak individu.
Perambut bagi umpan cacing – Bagi penggunaan umpan cacing pula split shot boleh dikepilkan terus pada tangkal kail.
Sekiranya perlu kita boleh juga mengecat nya dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan. Cara ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.
Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi. Penggunaannya tertakluklah pada daya inovasi seseorang.
Starter manual jarang bermasalah tetapi musibah yang berlaku akan terjadi tanpa kita duga. Berikut cara-cara membaiki manual starter yang rosak atau spring tolakan yang patah akibat dari spring yang berkarat atau telah lama.
Step 1
Tali starter yang telah kendur akibat spring yang patah.
Step 2
Keluarkan tali penarik starter.
Step 3
Spring yang patah dikeluarkan dari “sarang” spring.
Step 4
Keluarkan Spring dan bentuk semula kekunci seperti asal yang patah. Panaskan spring di atas api bersuhu tinggi bagi memudahkan spring dibentuk dan tidak patah. Lakukan dengan berhati hati.
Step 5
Kekunci yang telah siap dibentuk.
Step 6
Gulungkan semula spring dan masukkan ke dalam “sarang” spring.
Step 7
Spring yang telah berada lemas dalam sarang dan sedia di “lock” pemicu starter.
Step 8
Masukkan semula ke dalam pulley starter dengan betul dan pastikan tali starter dalam keadaan tegang seperti asal. Ianya selesai dan boleh digunakan seperti biasa.
Step 9
Spring yang patah. Mungkin kesan daripada penggunaan semasa di perairan masin dan jangka hayat yang perlu diperbaiki.
Suatu ketika dulu, kebanyakan jig besi (metal jig) yang terdapat di pasaran sudah tersedia dipasang mata tiga atau treble hook. Namun terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kebanyakan kaki jigging menukarnya kepada assist hooks.
Sebab utama adalah kerana mata tiga sering mengakibatkan jig dibuang dengan mudah oleh ikan semasa mereka meronta, lalu mangsa selamat melepaskan diri. Jadi, bagi menghindarkan risiko ini, timbullah idea untuk memasang jig dengan assist hook. Ia terbukti berkesan berbanding mata tiga. Antaranya…
Walaupun peluang untuk strike lebih rendah namun tahap penembusan pada mulut ikat yang lebih baik berbanding mata tiga.
Kuasa pengendalian yang lebih bagus. Tahap rabut selepas tercangkuk adalah lebih tinggi berbanding mata tiga (tidak mudah buang).
Ia berperanan juga melindungi bahagian bebola mata jig kerana kajian menunjukkan ikan suka menyerang pada sudut mata jig tersebut.
Risiko sangkut pada struktur atau karang 200% lebih rendah berbanding mata tiga.
Kini, mata tunggal khas untuk jigging (assist hook) sudah banyak dijual di kedai-kedai pancing dalam bentuk paket.
Assist hook tersebut lazimnya sangat kuat, tajam dan tidak akan lurus bila diasak tekanan tinggi.
Ia tersedia diikat pada kevlar yang pendek tetapi kuat, biasanya mempunyai sebilah mata kail dengan panjang kevlar yang berlainan mengikut saiz jiga.
Cara pemasangannya cukup mudah. Kevlar yang mengikat mata tunggal itu hanya perlu disimpulkan pada lubang cincin jig.
Setelah dipasang, mata tunggal kelihatan bebas bergerak dan berayun. Jadi, ikan yang menyambar sipi pun sukar terlepas.
Assist hook boleh dipasang di kedua-dua bahagian iaitu bahagian atas dan bawah jig supaya ikan mudah tercangkuk walaupun menyambar dari arah kepala jig.
Cuma satu sahaja kelemahan assist hook ini, kevlar assist hook ini boleh putus jika disebat ikan bergigi tajam seperti alu-alu tenggiri.
Penyelesaiannya, jika memancing di kawasan yang banyak dihadiri ikan pemutus kevlar ini, bolehlah gunakan assist hook yang menggunakan dawai sebagai pengikatnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...