Cara Buat Assist Hook Segera

Share

 

Sebagai manusia yang tidak terlepas dari masalah lupa, ada ketikanya kita terlupa untuk bawa assist hook bila pergi memancing atau jigging. Tak perlu panik atau gelabah. Korang boleh buat sendiri assist segera sekiranya ada bawa bersama keperluan berikut:

 

Barang keperluan:

 

Mata kail yang sesuai

Tali braided 60-100lb

 

Tutorial 1

Potong tali braided kira-kira 10-15 cm bergantung pada panjang saiz jig yang akan digunakan. kemudian lipat dua braided sama panjang.

 

 

Tutorial 2

Buat simpulan mati pada bahagian hujung pada kedua-dua bahagian hujung tali dan pastikan ada lebihan sedikit hujungnya. Jangan ketatkan simpulan terlebih dulu, biarkan terbentuk bulatan.

 

 

Tutorial 3

Masukkan bulatan simpulan ke dalam teras mata kail menerusi bahagian mata.

 

 

Tutorial 4

Seterusnya tarik tali braided sehingga simpulan menjerut teras mata kail. Tariklah sekuat yang mampu hingga menjadi ketat.

 

 

Tutorial 5

Seterusnya masukkan bahagian lipatan tali ke dalam gelung atau cincin mata kail.

 

 

Tutorial 6

Sebelah tangan pegang mata kail dan sebelah tangan lagi tarik bahagian tali sehingga simpulan menjadi ketat dan kuat pada teras mata kail.

 

 

Tutorial 7

Langkah terakhir terus saja pasang assist hook segera ini pada jig dan korang boleh sambung aktiviti jigging.

 

Published by
Amang