Kami menerima banyak respon poistif dari follower FB yang bukan saja berkongsi pengalaman pahit tersebut, malah turut berkongsi petua sebagai penawar bisa disengat ikan. Merasakan ini sesuatu yang tidak seharusnya berlalu begitu saja, kami rangkumkan beberapa petua yang mungkin boleh diguna pakai sekiranya berhadapan dengan insiden yang tidak diingini ini.
“Kalau pergi memancing tu standby MINYAK CAP KAPAK. Kalau kena, sapu terus tempat luka tu. Insyaallah kejap je, lepas tu noleh sambung pacak.”
Sambal Bladerr
“Setiap kali nak mancing simpan CUKA MAKAN botol kecik dalam box pancing untuk digunakan apabila terkena sengat ikan berbisa. Dapat meredakan sakit dan mengurangkan bisa. Kawan dah 3 kali kena sengat semilang. Tapi Alhamdulillah la tak pernah pergi klinik. Waktu kena sedut dulu tempat yang kena sengat lepas tu buang dan kumur. Letak cuka boleh mancing balik. Cuma rasa sakit luka sikit jer. Paling lama 3 jam hilang.
Tok Batin Seletar juga ada ajar kawan suruh bawa KIWI KASUT HITAM ketika mancing. Kalau kena sengat ikan berbisa sapu je kiwi kat tempat yang kena sengat tu. Tapi kawan tak cuba lagi sama ada berkesan atau tidak. Mungkin mujarab kot petua Orang Asli Seletar ni.”
Raimi Jemm
“Penah kena sengat semilang kat kaki. Member tolong KENCINGKAN kaki tempat yang kena. Serius tak sampai 15 minit hilang sakit tu. Sampai sekarang aku tak tau mana logiknya.”
Laksamana Awan
“Yang kena sengat ikan semilang ubat dia GETAH POKOK KUKU KUDA. Pokok dia yang selalu kita jumpa menjalar atas pasir pantai tu. Ambil getah dia letak dekat tempat kena sengat tu. Kalau luka di tempat kena sengat tu dah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. Insyaallah berkesan.”
Aie Green
“Saya pernah kena sengat dengan keli kayu.. sakitnya teramat sangat. Ayah letak asahan KULIT BADAK SUMBU. Bangun je dari tidur dah tak sakit. Tapi tak pasti la ayah dapat kat mana kulit badak sumbu tu… mungkin dari penjual ubat kot.”
Matley Muse
“Pengalaman aku kena sengat ketuka masa mandi kat laut Batu Layar. Masa tu kena sengat kat tapak kaki Alhamdulillah Allah hantar hambaNya bantu aku. Pak cik tu meniaga depan pantai tu. Aku punya sakit dah sampai ke pinggang dah bisa dia. Pak cik tu tolong dengan cara guna LIMAU NIPIS. Potong sikit hujung dia pastu letak CUKA. Baca selawat lepas tu tenyeh tempat kena sengat tu. Lepas tenyeh rendam kaki dalam air suam. Alhamdulillah, dalam seminit dua gitu rasa bisa dia surut.”
Ijal Kerin
“Saya pernah merasa disengat ikan duri, semilang dan depu. Memang menyakitkan, untuk menghilangkan bisanya saya picit kawasan sengatan untuk buang darah dan pekapkan pada sebarang BENDA PANAS atau AIR PANAS sampai hilang denyutan bisa.”
Amy Din
“Belah kepalanya (ikan yang menyengat), ambil otaknya sapu kat tempat kena sengat. Petua orang tua tua… katanya la.”
Zackie
“GAMBIR SARAWAK korang boleh la standby dalam tong pancing. Apa-apa hal kalau kena sengat sapu je. InshaAllah mujarab… dah dua kali member kena sengat duri ngan pari , Alhamdulillah bila sapu boleh memancing semula.”
Madd Fiee
“Pernah terpijak ikan keli mati… melekat habis! Cabut je sengat tu terus ambil GETAH KELADI sapu. Lepas tu jilat mata sengat tiga kali ludah buang.”
Mat Add
“Kena sengat keli kat kaki masa bebudak. Mintak ramai member tolong kencingkan… hampeh tak baik pun. Makan paintkiller baru ok. Kena sengat kitang… ubatnya pun painkiller. Kena sengat baung kat Kenyir lekat kat kaki… nasib baik ada yang bawa gambir Sarawak… ubat paling mujarab! Rasa macam ubat bius… ubat paling ampuh!”
Just Smile
“Ambe kena sengat ikan keli kayu sekali min… perrghh perit molek sakit. Balik ke rumah sapu MINYAK KAMBING GURUN… Alhamdulillah hilang sakitnya.”
Hafiz Apiz
“Kalau kena sengat duri atau sembilang… cari PETROL dan curahkan tempat kena sengat. Insyaallah sakit sekejap sahaja.”
Sabb Ghani
“Petua saya kalau kena sengat ikan berduri ni, KENCING kat tempat yang kena tu. Kemudian patahkan durinya dan cucuk kat badan ikan!”
Eddie Ikman
“TEMBAKAU ROKOK Surya bubuh air sikit. Tekap atas luka kalau duri dah cabut. Petua dari kaki Surya. Rokok lain tak tau.”
Fird Halen
“Pergi mana-mana kedai kek.. beli cecair ESEN BADAM yang bau kuat. Bawa ke mana-mana ketika memancing… jika terkena sengat boleh sapu badam tu.”
Romeo Sagha
“Baru minggu lepas kena, terpacak duri sengat kat tapak tangan. Duri buang tepi bot time bawak bot pegang tepi bot sedar-sedar terpacak duri sengat. Time cabut payah sebab duri tu bergerigi. Tenangkan diri tarik sekuat hati. Siap cuci luka pakai petrol bot. Tekan-tekan buang air bisa. Habuk rokok dengan bara siap cucuk kat tangan, sebab time kena tu tangan jadi panas dan kebas. Alhamdulillah… lepas air pasang penuh pagi tu terus ok.”
Tamak jenis ini hanya dialami oleh jigger pada dua situasi. Situasi pertama ialah ketika memilih jig untuk dibawa ke trip jigging. Terlalu banyak sangat jig nak dipilih sampai tak tau nak bawa yang mana. Situasi kedua adalah ketika untuk menggunakannya. Jadi `mabuk’ secara tiba-tiba yang menyebabkan seperti hilang kewarasan untuk memilih dan menggunakannya.
Tamak jenis hanya dapat dikesan setelah berakhirnya sesuatu trip memancing terutamanya trip memancing laut dalam. Pemancing yang diserang tamak ini dapat dikesan ketika proses pembahagian hasil pancingan. Para petamak ini tanpa segan silu berusaha untuk mendapatkan hasil pancingan yang berkualiti walaupun hasil pancingan tersebut bukannya beliau yang perolehi.
Tamak jenis ini biasanya dialami oleh tekong atau juru pandu pancing ketika membawa pemancing menguji lubuk-lubuk berpotensi. Berpotensi menurut fahaman tekong dan juru pandu pancing itulah. Oleh kerana terlalu banyak lubuk atau spot yang hendak diuji, ia berkesudahan dengan satu spot pun tidak memberikan sebarang hasil kepada pemancing.
Kerusi yang dimaksudkan dalam tamak jenis ini ialah seat atau posisi kedudukan tempat memancing. Lazimnya ia berlaku dalam trip memancing memancing di laut dalam sama ada trip jigging ataupun trip bottom. Kerusi yang sering direbutkan tentulah spot di bahagian belakang bot. Pemancing yang terkena tamak jenis ini tidak akan mengalah kepada pemancing untuk terus memiliki kerusi tersebut setiap kali trip.
Tamak jenis ini biasanya dialami oleh pemancing yang bersifat ketua dalam sesuatu trip berkumpulan. Atau seseorang yang paling banyak mengeluarkan belanja untuk sesuatu trip. Tamak kuasa yang dimaksudkan ialah bersikap bossy yang gemar memerintah itu ini kepada ahli trip yang lain, seolah-olah pemancing lain itu seperti budak suruhannya.
Tamak tamak jenis hampir sama dengan tamak jig juga. Bezanya, ia bukan berlaku di laut atau sungai sebaliknya di atas darat. Petamak gewang ini sebenarnya adalah pengumpul gewang. Apa saja gewang yang viral atau berstatus gewang keramat akan dimilikinya dengan apa cara sekali pun. Namun gewang tersebut langsung tidak digunakan ketika memancing. Malah, ada juga yang memancing atau casting pun tersangat jarang.
Selain garis panduan yang dinyatakan di bawah ini, sebelum anda berhasrat melaksanakan konsep tangkap dan lepas, sila pastikan juga set dan peralatan memancing anda sesuai dan sepadan dengan saiz ikan dan lokasi padang pancing.
Garis panduan mendaratkan tangkapan:
Daratkan ikan dengan lemah lembut dan sepantas yang boleh. Ikan tidak dipaksa naik dengan kasar tetapi tidak juga memanjangkan tempoh pertarungan.
Tidak perlu mengalihkan ikan tersebut keluar dari air. Ini adalah cara terbaik kerana apa-apa kecederaan boleh berlaku apabila ikan berada di luar air.
Elakkan ikan jatuh terhempas ke tanah, perut bot meskipun di dalam air yang cetek. Perkara ini amat penting bagi mengelak kecederaan dalam organ ikan.
Gunalah tangguk atau sauk (landing net) yang sesuai dan mempunyai jaring yang lembut atau jaring yang tidak mempunyai knot seperti jaring silikon yang mungkin merosakkan sisik dan insang ikan.
Garis panduan menangani tangkapan:
Kekalkan ikan terus berada di dalam air. Perkara ini mungkin sukar untuk dilaksanakan kerana kita sudah terbiasa mendaratkan ikan.
Bagi ikan yang besar peganglah dengan kedua-dua tangan dengan lembut iaitu sebelah tangan mengampu di bawah perut manakala sebelah tangan lagi memegang di bahagian ekor.
Pastikan jari jemari tidak menusuk ke bahagian insang atau mata ikan. Selain ia boleh mencederakan ikan, berkemungkinan juga jari kita sendiri yang terluka.
Jangan memicit mana-mana bahagian badan ikan. Kesilapan ini sering dilakukan apabila kita memegang ikan untuk bergambar atau dilepaskan kembali.
Garis panduan menanggalkan mata kail:
Gunalah forsep atau playar bermuncung panjang bagi mengeluarkan mata kail dari mulut ikan.
Keluarkan mata kail secepat mungkin dan pastikan ikan sentiasa berada di dalam air.
Sekiranya ikan menelan mata kail agak jauh ke dalam mulut, potong terus tali perambut dan lepaskan ikan itu dengan serta merta.
Elakkan dari mengguna mata kail stainless steel kerana mata kail tersebut tidak dilarutkan oleh asid di dalam perut ikan.
Sekiranya ikan tercedera dengan parah atau berlaku pendarahan pada insangnya, hayat ikan tersebut mungkin tidak panjang maka adalah lebih baik dibawa pulang untuk menjadi hidangan seisi keluarga.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...