Sebenarnya di dalam perut ikan-ikan seperti ini ada objek utama yang menjadi punya hanyir seekor ikan itu jika tidak dibuang. Engkau buatlah macam mana pun, kalau tidak buang bendalah ini, ia tetap hanyir, percayalah.
Step 1
Ikan keli yang diambil dari peti ais. Rendam dulu dalam air. Kalau yang masih hidup, cara mematikannya engkau boleh search di youtube, ada seorang ustaz dari seberang ada mengajarkan kaedah terbaik mematikan tanpa menyeksa ikan ini.
Step 2
Gunting muncung ikan ini untuk buang sesungut dan mulutnya. Tapi, kalau korang nak masak sekali sesungut ini, itu hak korang.
Step 3
Belah perut ikan secara menegak dari garisan bawah mulut ikan keli ini sampai ke titik tengah (pusat). Kalau korang nak mula dari titik tengah ke mulut pun boleh. Ikut keselesaan.
Ads
Step 4
Kemudian, buang segala organ dalaman ikan ini sebersih mungkin. Ingat, sediakan bekas nak kumpul organ ni. Jangan engkau masuk dalam sinki pula, tersumbat pula nanti.
Step 5
Ha ini kaedah nak buang objek hanyir tu, korang tekan belakang ini gunakan jari telunjuk. Sebab nak mudah keluarkan bendalah tu.
Belanak bukanlah ikan yang asing khususnya kepada kaki pancing. Selain popular sebagai ikan umpan, turut menjadi spesies buruan dan menu meja makan. Dalam erti kata lain, ikan belanak merupakan spesies penting industri perikanan. Ia diburu untuk sumber protein, dijadikan umpan memancing khususnya pancingan muara dan kolam air masin, dan belanak bersaiz besar pula diburu oleh penggemar pancingan rekreasi.
Menurut kajian dalam sains perikanan, terdapat beberapa spesies ikan belanak dan ada di antaranya yang boleh membesar melebihi berat satu kilogram. Dan sub-spesies belanak yang mampu membesar panjang ini boleh dipancing melalui teknik yang betul.
Terdapat dua kategori fizikal belanak dan dikenal pasti melalui lebar dan panjang badan. Belanak yang mempunyai badan lebih pendek tetapi lebar, ia lebih dikenali sebagai kedera. Manakala saiznya tidak begitu besar berbanding belanak yang nipis tetapi panjang bentuk badannya.
Belanak yang memiliki badan panjang serta tegap umpama torpedo yang mampu membesar melebihi satu kilogram ini dikenali sebagai tamok.
Selain tamok, ia juga dikenali dengan nama puting damar, kedera, andeng dan belanak. Tamok atau nama umumnya squaretail mullet, merupakan ahli keluarga ikan Mullets dengan membawa nama saintifik Liza vaigiensis.
Secara morfologi, ikan tamok mempunyai warna asas kekuningan di hujung ekor, sirip dorsal dan sirip pelvik. Warna kuning juga kelihatan terserlah di bahagian atas badan yang di selaputi sisik keras. Badan tamok dibarisi enam jalur kehitaman pada sisik tetapi warna putih kekuningan lebih mendominasi keseluruhan badannya.
Tamok adalah jenis ikan bergigi halus (atau tiada gigi sama sekali). Bahagian atas kepalanya lebar dan asas warna gelap. Tamok mahu pun belanak amat peka pada keadaan sekeliling. Sifat pemalu dan takut pada kehadiran manusia lebih-lebih lagi di persekitaran air jernih.
Sebagaimana keluarga ikan belanak, tamok juga bermulut kecil dan tabiat makan secara mengutis. Ini boleh dilihat tabiat peri lakunya di kawasan tiang jeti atau jambatan yang kaya dengan sumber makanannya.
Tumpuan utama ikan tamok ialah kawasan muara sungai dengan tahap kemasinan tinggi. Ia lebih mudah ditemui di kawasan lagun, kawasan pinggir pantai berbatu nipis atau karang tompok, kawasan dataran pasir dan benting pantai, kuala sungai serta kawasan bakau.
Lokasi tumpuan tamok ialah kawasan air cetek dan tempat-tempat yang memiliki alga dan rumpai laut yang banyak. Selalunya bergerak dalam kumpulan kerana belanak mahupun tamok sering menjadi mangsa buruan ikan pelagik dan demersel. Tamok banyak menghabiskan masa bermain dan bergerak di kawasan permukaan air.
Ia gemarkan persekitaran yang jernih airnya dan kebolehan tamok menyesuaikan diri atau menyamar agar seperti tidak kelihatan memberi kelebihan dari segi serangan dari ikan pemangsa terutama siakap, alu-alu dan lain-lain. Ikan tamok juvernil mudah ditemui di kawasan bakau dan anak sungai. Ia akan keluar dari habitat ini apabila saiznya matang.
Tamok adalah ikan yang aktif pada siang hari dan waktu malam ketika perubahan arus. Pergerakan ikan tamok pula dipengaruhi oleh pasang surut dan waktu puncak ia aktif ialah ketika air bunga pasang menjelang matahari mula terbernam, di mana ikan-ikan keluarga belanak akan bergerak berhampiran dengan gigi air.
Satu perkara sisi yang hebat tentang belanak dan tamok ini ialah kemampuan mereka membuat loncatan dan ini boleh dilihat apabila belanak diburu oleh ikan besar. Dalam erti kata lain, sekiranya anda melihat kelibat ia melompat keluar dari air maka segeralah membuat persiapan untuk memburu spesies pemangsa pula.
Sotong katak tergolong dalam keluarga sotong (Cephalopoda) walaupun menggunakan nama fish (cuttlefish). Cephalopoda termasuk sotong kurita, cumi dan nautilus.
Sotong katak adalah keluarga Cephalopoda dan kebanyakan sotong lain adalah invertebrata laut yang paling cerdas.
Sotong katak memiliki darah hijau-biru dan 3 hati. Ia merupakan sesuatu yang sangat jarang diketahui dan dilihat oleh manusia.
Cuttlebone (tulang sotong) ditemukan dalam badan sotong katak berbeza dengan tulang sotong yang lain. Lazimnya ia digunakan untuk memberi makan burung peliharaan bagi mendapatkan kalsium.
Daya penyamaran (camouflage) sotong katak sangat menakjubkan sehingga dapat mengambil pola corak warna latar belakang yang berada di bawah atau sekitarnya.
Sotong katak adalah buta warna. Atau dalam erti kata lain mereka tidak mampu melihat warna corak badan sendiri walaupun mampu meniru warna persekitarannya ketika menyamar.
Deria rasa sotong katak terletak pada tentakel (janggutnya) yang juga bersifat seperti vakum. Kuasa vakum dia memang power, jadi jangan cuba nak makan mentah janggut sotong katak ni.
Sotong katak memiliki 8 lengan dan 2 tentakel panjang yang digunakan untuk memegang dan memakan mangsa.
Sotong katak terbesar adalah sotong katak raksasa Australia, yang menyerupai saiz dan bentuk bola American football.
Sotong katak memiliki kelopak mata berbentuk W sehingga mereka dapat melihat di depan dan di belakangnya pada waktu yang sama.
Ikan empurau merupakan ikan air tawar termahal! Sekilogram boleh mencecah sehingga RM500-RM600. Malah dikatakan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama empurau.
Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tor tambroides atau dikenali juga sebagai kelah merah. Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut.
Apa yg membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis `engkabang’.
Satu lagi jenis ikan bertulang banyak yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan empurau tetapi harganya tidaklah terlampau mahal sebagaimana empurau.
Ikan jelawat atau dengan nama spesies Leptobarbus hoevenii, juga berasal daripada keluarga carp. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis serta mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Harganya sekitar RM320 sekilogram.
Ikan semah berasal daripada keluarga Tor atau mahseer dan hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya.
Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan dan penangkapan ikan secara berleluasa.
Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar yg lain dan juga kerana ia sgt eksklusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.
Menurut penduduk di Tasik Empangan Bakun, ikan tengadak adalah gelaran bagi ikan lampam ekor merah melebihi 1 kg yang hidup secara liar di habitat semulajadi.
Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250.
Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk Y tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...