Mula-mula sekali buat ikatan pilihan anda untuk menyambungkan perambut pada mata kail double hook (mata dua). Kemudian cucukkan dawai tajam yang bercangkuk pada hujungnya atau jarum ke mulut ikan sehingga keluar pada pangkal ekornya.
Kemudian letakkan simpulan perambut pada cangkuk jarum dan tarik perlahan-lahan sehingga simpulan perambut turut sama keluar pada pangkal ekor ikan gelama.
Ads
Tarik simpulan perambut sehingga mata kail berada di luar mulut gelama. Pastikan point mata kail berada di bahagian atas kepala umpan bagi mengelak dari situasi tersangkut pada dasar.
Ads
Perambut mata dua umpan gelama yang sedia untuk disambungkan pada set pancing. Jika tiada mata dua, boleh saja gunakan mata kail tunggal. Ia juga berkesan namun peratus hook up lebih baik jika menggunakan mata dua.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika berlaku kes perambut dan tali utama putus tiba-tiba, tiada kesan tarikan atau ragutan ikan, usah tunggu lagi. Perambut tangsi perlu ditukar dengan jenis dawai. Tidak syak lagi kawasan tersebut dilawati spesies bergigi tajam terutamanya alu-alu.
Ada dua jenis perambut dawai yang biasa terdapat di pasaran iaitu jenis jalinan dawai atau sulaman dawai bersalut plastik lembut dan jenis tunggal atau mono keluli tahan karat. Panjang 1 hingga 2 kaki untuk jalinan dawai atau sejengkal untuk jenis mono.
Ada satu lagi jenis dawai bersalut plastik lembut yang sudah sedia diikat dengan kili (biasanya berwarna hitam) dijual di pasaran. Jenis ini juga tidak menjadi masalah. Tapi jika ingin mengendap tenggiri pada masa yang sama, jauhkan dari dawai berwarna gelap.
Menggunakan perambut jenis jalinan dawai bersalut plastik mudah bersimpul dan cepat menggerutu selepas memperoleh ikan. Paling baik tukar atau potong bahagian menggerutu tersebut kerana ia sukar untuk dibentuk semula.
Atas sebab ini saya lebih gemar menggunakan dawai jenis mono (biasanya panjang sejengkal lebih sedikit) dan senang dibentuk semula selepas dapat ikan. Hasilnya persembahan umpan lebih cantik membuatkan ikan pemangsa geram. Kekuatan perambut disyorkan dari 20Ib hingga 50Ib.
Umpan tidak menjadi banyak masalah memburu alu-alu. Apa saja ikan, sotong, udang mati boleh digunakan. Atau umpan hidup pilihan saya seperti anak tongkol, kembung, anak seer (panjang 6 inci), anak ikan bersisik seperti kunyit atau gelama. Mata ikut saiz ikan dan umpan sama ada satu, dua atau tiga serangkai.
Jika diperhatikan hasil memancing di dasar lebih kecil berbanding di permukaan. Sebab itu ramai yang memilih teknik memancing hanyut (drifting) tanpa pemberat atau mengunakan belon. Ini sesuai untuk umpan hidup yang segar dan keadaan air yang berarus.
Penggunaan sesudu berkilat (chrome) atau berwarna terang amat praktikal. Ini disebabkan kawasan biasanya cetek dan air yang agak jernih.
Baling atau layangkan sesudu ke bahagian arus berbatu. Pastikan sesudu hanyut mengikut arus bukannya melawan arus. Kawal sesudu agar tidak tersangkut dicelah batu. Jika tersangkut memang susah nak lepas. Anda perlu menongkah arus melepasi kawasan sangkut untuk melepaskan sesudu.
Gunakan mata kail tunggal (single hook) bagi mengelakkan tersangkut. Jika nak guna mata tiga (treble hook) pastikan ia tidak terlalu besar melebihi saiz body sesudu.
Karau dengan kadar laju bagi menarik perhatian ikan. Untuk membolehkan sesudu beraksi ia perlulah dikayuh melebihi kelajuan arus.
Gunakan berat sesudu yang sesuai dengan arus agar ia mampu mencecah dasar. Antara 5 gram, 10 gram, 15 gram dan 20 gram.
Tip Keselamatan
Gunakan kasut yang sesuai. Sebaiknya pilihlah kasut yang tapaknya boleh mencengkam baik permukaan batu yang licin.
Pakai pakaian yang tidak terang kerana ikan boleh melihat perubahan di kawasan gigi air.
Elakkan memakai seluar jean, jika ada lebih banyak meranduk air. Perjalanan akan terganggu kerana material fabriknya akan membuatkan berat dan sukar untuk berjalan.
Bawa pisau atau parang sebagai alat mempertahankan diri bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku.
Perumpun sarang merupakan sejenis umpan yang paling popular untuk sukan memancing. Perumpun sarang biasanya mendiami kawasan berpaya bakau dan berlumpur. Umpan ini begitu unik sekali kerana ianya tidak seperti perumpun yang lain, di mana ia bersembunyi di dalam sarang atau sarangnya yang berwarna hitam.
Jika dibandingkan dengan kebanyakanperumpun, perumpun sarang merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing. Ada juga yang memanggilnya perumpun sarang atau umpun sarang.
Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan. Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan perumpun sarang.
Antara kelebihan lain perumpun sarang ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarangnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari. Perumpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan perumpun sarang juga tidaklah susah sangat. Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai. Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar.
Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis. Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang perumpun sarang di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah perumpun sarang sering bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari perumpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.
Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh ke dalam pasir atau selut. Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.
Selain menggunakan skop, perumpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang. Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh). Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang perumpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar. Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan. Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, perumpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...