Ikatan FG atau FG knot merupakan ikatan sambungan dua jenis tali yang paling popular. Ikatan yang dihasilkan secara manual sudah sempurna tetapi jika dilakukan dengan menggunakan peranti bobbin knotter ini, ia bukan saja lebih kuat malah juga lebih kemas.
Step 1
Masukkan tali sulam melalui tiub pada bobbin tool.
Step 2
Lilitkan beberapa kali tali sulam pada spool bobbin tool.
Step 3
Selitkan hujung tali pada di tengah-tengah ruang getah yang telah diselaraskan dragnya.
Step 4
Putarkan spool bagi mengumpulkan tali dengan anggaran sepanjang 2 kaki.
Step 5
Ambil leader yang akan disambungkan dan satukan hujungnya dengan hujung tali sulam.
Ads
Step 6
Lilitkan keduanya pada jari dengan sekemas mungkin.
Step 7
Putarkan bobbin tool ke arah menurun supaya tali sulam melilit leader.
Step 8
Putar sehingga dapat panjang lilitan yang mencukupi.
Step 9
Ads
Renggang sedikit tali sulam pada hujung bobbin kemudian terbalikkan kedudukan tangan.
Step 10
Teruskan memutar dan melilit pada lilitan ke arah berlawanan sehingga mencapai panjang yang sama.
Step 11
Tarik keluar bobbin dan ia tidak lagi diperlukan.
Step 12
Buatkan satu simpulan hujung tali sulam pada leader dan tali sulam sebagaimana melakukan FG knot secara manual.
Ads
Step 13
Tarik dengan kemas ikatan yang dihasilkan untuk lilitan seterusnya.
Step 14
Teruskan lilitan pada leader dan tali sulam sehingga mencapai panjang yang mencukupi.
Step 15
Potong hujung leader yang tidak dikehendaki dan bakar sedikit hujungnya.
Step 16
Teruskan membuat simpulan pada tali sulam dan simpul matikan hujungnya.
Step 17
FG knot yang kuat dan kemas.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya mohon sangat admin buat penjelasan tentang konsep sebenar pancingan tangkap dan lepas. Saya ada mendengar konsep tangkap dan lepas ni kena lepaskan ikan yang besar saja. Betul ke macam ni admin?
JAWAPAN:
Betul, betul dan memang betul apa yang anda dengar tersebut. Cuma mungkin anda tak dengar habis saja. Jika dinamakan konsep tangkap dan lepas sepatutnya bukan ikan yang besar sajalah yang wajib dilepaskan, ikan yang kecil pun kena lepaskan jugak.
Katakanlah seorang pengamal konsep tangkap dan lepas dapat ikan kecil (biasanya memang dapat kecil pun) takkan ikan tersebut nak tapau sedangkan hukum tapau adalah ‘HARAM’ bagi seorang pengamal konsep tangkap dan lepas?
Yang sebenarnya dalam konsep tangkap dan lepas, melepaskan ikan yang besar atau matang merupakan langkah yang lebih berkesan berbanding melepaskan ikan kecil.
Ini kerana, secara saintifiknya, melepaskan induk matang akan meningkatkan peratusan untuk induk itu melahirkan ribuan malah jutaan anak ikan kecil, sedangkan ikan yang kecil belum tentu akan dapat membesar menjadi induk yang baik.
Tapi apa yang berlaku kat Malaysia ni kebanyakannya terbalik. Boleh dikatakan kebanyakan ikan yang kecil dilepaskan semula walaupun oleh bukan pengamal tangkap dan lepas.
Alasannya mudah, ikan kecil buat apa nak ambik. Atau untuk beri peluang ikan tersebut membesar dan akan bertarung lagi bila dah besar nanti.
Full Auto – Kotak berwarna hijau ini akan memudahkan anda untuk mengambil gambar kerana ia telah diprogramkan segala fungsi auto.
Creative Auto – Hanya boleh dijumpai pada EOS DSLR yang keluaran terbaru sahaja.
Metered Manual – Anda hanya set shutter speed dan aperture sahaja. Kamera akan berikan bacaan fungsi yang lain.
Aperture – Gunakan ini jika anda ingin set sendiri aperture anda. Fungsi yang lain seperti shutter speed, ISO, AWB akan ditentukan sendiri secara auto pada kamera.
Shutter Priority (Time Value) – Begitu juga dengan simbol ini. Anda boleh set sendiri shutter speed dan yang lain akan ditentukan oleh kamera.
Program Shift – Kamera akan secara auto set pada shutter speed dan aperture akan tetapi anda perlu set sendiri dari segi AWB, ISO, setting lain dan sebagainya.
Movie Mode – Simbol ini anda akan jumpa pada model-model EOS terbaru termasuklah mereka gambar berbentuk HD.
Potrait Mode – Penggunaan mode ini akan menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan mulus. Penggunaan aperture yang lebih tinggi atau rendah akan menyebabkan bahagian belakang gambar tidak fokus. Sama seperti Nikon.
Landskap Mode – Set aperture yang sesuai bagi merakam gambar berbentuk depth-of-field.
Close – Up Mode – Gunakan aperture yang sesuai dengan mengaburkan latar belakang gambar tersebut.
Sports Mode – Fungsinya sama seperti Nikon, untuk memegunkan sebarang bentuk pergerakan.
Night Potrait Mode – Mode ini akan menggabungkan flash dan slow shutter speed. Akan tetapi anda perlu mengubah sendiri setting yang lain.
Flash Off Mode – Penggunaan 100 peratus automatik dan hanya flash sahaja tidak berfungsi.
Automatik Depth Of Field – Gabungan aperture dan depth-of-field akan menjadikan gambar anda menjadi lebih jelas dan tajam.
One Fathom Bank (Rumah Api One Fathom Bank atau Rumah Api Permatang Sedepa) merujuk kepada dua rumah api laut lepas Selat Malaka, atau lebih tepat lagi di luar pantai perairan Negeri Selangor.
Stesen One Fathom Bank pada awalnya diselia oleh stesyen rumah api yang ditempatkan pada tahun 1852 sebelum rumah api cerucuk kekal dibangunkan pada tahun 1874; rumah api sejak itu telah diganti dua kali selama masa penyeliaannya, pada tahun 1907 dengan rumah api cerucuk tiang simen, dan pada tahun 1999 ketika rekaan moden yang lebih besar dibangunkan sejajar dengan rumah api 1907, menggantikan tugasan sebelumnya.
Rumah api ini sejak itu telah disebut sebagai One Fathom Bank `lama’ dan One Fathom Bank ‘baru’.
Oleh kerana dibangunkan di laut, kedua-dua rumah api hanya dapat diakses dengan perahu. Sementara kedua-dua rumah api dibuka kepada awam, menara mereka tetap kekal sebagai kawasan larangan.
Pada pertengahan abad ke-19 seorang surveyor hidrografi, John Turnbull Thomson telah melaporkan bahawa One Fathom Bank adalah gugusan beting yang terletak di Selat Melaka, antara Pasir Utara dan Pasir Selatan, 30 kilometer di barat daya dari Delta Klang di Selangor.
Pada tahun-tahun awalnya setelah kajian asal, beting tersebut selalu disebut sebagai 2 dan 1/2 Bank Fathom, dinamai demikian untuk beting pasirnya yang kelihatan ketika air surut dengan kedalaman air kurang dari dua setengah depa (4.6m).
Rumah api kedua tetap beroperasi sehingga selesainya pembinaan rumah api ketiga pada tahun 1999, yang didirikan sejajar dengan rumah api lama sekitar 500meter jauhnya dengan biaya RM18 juta untuk memberikan keselamatan yang lebih.
Sementara rumah pertama yang usang, tidak lagi aktif dan tidak digunakan. Usaha telah dilakukan oleh Jabatan Laut dan agensi yang terbabit untuk mengembalikannya pada
tahun 2004 dan 2005 karena sejarah dan nilai arsitektur. Setelah tertubuhnya Port Swettenham (Port Klang) pada tahun 1893, kedua-dua rumah api juga bertindak sebagai penanda kepada kapal menyusur ke pelabuhan.
Rumah Api Lama
Rumah Api One Fathom Bank `lama’ yang ada sekarang pada dasarnya adalah rumah api tiang pancang setinggi 27 meter.
Dibangunkan di atas susunan tumpukan yang melingkar, rumah api umumnya dirancang sebagai struktur oktagonal: Kedua-dua menara penjaga dua tingkat yang didirikan bagi menampung lentera, galeri, dan ruang pantau berbentuk segi lapan; menara yang mendukung lentera meruncing ke atas.
Menara rumah api itu juga dicat dengan pita horizontal merah dan putih, yang sejak itu memudar dan diulang pengecatannya.
Rumah Api Baru
Rumah Api One Fathom Bank yang lebih baru dan dimodenisasi pada tahun 1999 dengan tujuan untuk menempatkan peralatan yang lebih baik, tetapi juga didirikan di kawasan sekitar.
Dengan ketinggian 43 meter, dan berisi lebih banyak ruang dan dermaga tambahan untuk menampung kapal laut yang lebih besar.
Rumah api yang terdiri dari menara logam berbentuk silinder bulat, yang juga dicat dengan garis horizontal merah dan putih, menjulang naik dari pusat tempat berlindung berbentuk kubah dan menopang lentera dan tiga galeri; kubah lebih menjulur dipasang pada platform melingkar yang didukung oleh tiang. Atapnya diperbuat daripada polycarbonate berkualiti tinggi dan saduran logam bermutu.
Lokasi: One Fathom Bank (Permatang Sedepa), off the coast of Selangor, Malaysia
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...