Hari ni rasa berbesar hati nak kongsi umpan patin yang saya dah lama pakai. Alhamdulillah setakat ni banyak sangat bagi sumbangan dan hadiah game pada saya. Memandangkan saya pun jarang-jarang mancing kolam dah buat masa sekarang ni,  jadi saya rasa eloklah kalau saya kongsikan umpan ni. Khas buat peminat patin.

 

BAHAN UTAMA

Pelet 920 (saiz kecik) 1kg

Santan 700ml/750ml

Kelapa Parut Segenggam

Perasa Essen / Pati buahan

 

Cara Betul Bancuhan Umpan Pelet

Ads

 

CARA PEMBUATAN

 

Gaulkan pelet tadi dengan santan, apa-apa jenis santan pun boleh, lagi pekat santan tu, lagi lemak bau umpan tu, kalau campur dengan air pun boleh untuk kolam harian. jika guna essen, sebaiknya guna 750ml, jika gunakan pati yang dibeli atau pati buah-buahan yang proses dan masak sendiri, sebaiknya guna 700ml, jika tidak, pelet akan jadi terlalu lembut dan sukar dikepal.

 

Cara Betul Bancuhan Umpan Pelet

Ads

 

Setelah digaulkan pelet tadi, sampai betul-betul kembang (dalam 15-30 minit). Simpankan pelet tadi dalam bekas kedap udara selama dua hari. Selepas dua hari, gaulkan pelet bersama dengan segenggam kelapa parut dan gaulkan sekali dengan apa-apa jenis perasa yang korang mahu. Perapkan lagi sehari, dan umpan korang sudah siap untuk digunakan.

 

PERASA

 

Jika gunakan essen Starbrand 3 tutup sudah memadai untuk 1kg pelet, atau jika menggunakan emulco dari kedai kek, boleh letak 5-10 tutup (bergantung kepada bau) bagi saya sendiri, saya lebih suka gunakan perasa dan pati yang diolah sendiri. Antara yang saya dan kawan-kawan pernah gunakan:-

Ads

 

Cara Betul Bancuhan Umpan Pelet

 

1.Tapai Ubi / Air Tapai pulut

  1. Buah rosell
  2. Buah durian
  3. Buah durian belanda
  4. Buah sukun + Mauripan (peram)
  5. Barembang/Kedabu + ara
  6. Pelam Kuini
  7. Buah Nona
  8. Pelam Bemban (peram)
  9. Buah Kulim

 

Cara Betul Bancuhan Umpan Pelet

 

Secara asasnya, umpan yang saya tulis di atas secara dasarnya ialah lemak dari santan, manakala kelapa parut ialah sebagai agen pemecah pelet sewaktu pelet berada dalam air, diperam untuk mengeluarkan sedikit MINYAK sebagai agen penyebar bau di dalam air dan sedikit bau MASAM dari santan. Manakala perasa adalah untuk menambahkan bau WANGI pada umpan atau utk melebihkan bau lemak atau masam.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI