Cara Berkesan Kepal Pelet Pada Perambut!!

Share

 

Umpan power saja tak menjamin korang akan dapat strike. Teknik perambut, cara persembahan dan cara kepalan umpan turut menjadi faktor utama kejayaan.

Jika kesemua ini dilakukan dengan sempurna, barulah anda boleh menanti umpan disambar ikan.

 

Langkah 1

Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.

 

(cara buat loop knot)

 

Langkah 2

Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung).

Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.

 

Langkah 3

Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan.

Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.

 

Langkah 4

Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.

 

Langkah 5

Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti.

Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.

 

Langkah 6

Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air.

Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.

 

(kredit: Naz damaift)

Published by
Amang