Cara Bancuh Dedak Untuk Pancing Baung

Share

 

Baung makan dedak? Tentu ramai yang tak percaya tapi itulah kenyataannya dan ia telah terbukti berkesan.

 

Saya faham kenapa ramai yang macam tak percaya kerana bila disebut baung, para pemancing lebih percaya dengan umpan tapa yang digunakan secara meluas untuk memancing spesies ikan yang gemar makanan busuk ini.

 

Selain umpan tapa, anak ikan dan cacing juga boleh digunakan untuk memancing baung. Namun, bagi sesiapa yang tak sanggup nak guna umpan tapa atau susah nak cari anak ikan atau cacing, korang boleh guna ramuan campuran dedak ni.

 

Bahan-Bahan Keperluan:

 

Dedak 929

Matsumoto – Serbuk Cacing Tanah

Matsumoto – Umpan Ikan Baung

Matsumoto Umpan 3D – Minyak Cacing Tanah

Umpan Gam / Tepung gandum

Air

 

Cara-Cara Penyediaan Umpan

 

Tutorial 1

Masukkan sebungkus atau lebih dedak 929 ke dalam bekas bancuhan. Pastikan bekas bancuhan yang sepadan dengan kuantiti bahan yang digunakan.

 

Tutorial 2

Campurkan sepaket Matsumoto serbuk perisa cacing tanah.

 

Tutorial 3

Masukkan juga sepaket Matsumoto umpan ikan baung.

 

Tutorial 4

Gaul campuran tersebut sehingga sekata.

 

Tutorial 5

Campur sedikit umpan gam (setengah genggam) dan gaul lagi hingga sekata. Boleh juga guna tepung gandum jika tiada umpan gam. Jika guna tepung gandum, memadai sekadar 2-3 genggam saja.

 

Tutorial 6

Masukkan air sedikit demi sedikit.

 

Tutorial 7

Gaul sehingga adunan menjadi lembut dan kenyal.

 

Tutorial 8

Picitkan minyak Umpan 3D perisa cacing tanah kemudian gaul lagi.

 

Cara guna:

 

Guna perambut mata rambai (perambut benang merah yang memiliki 5-10 mata kail). Atau boleh juga buat perambut sendiri dengan mengikat 2-4 mata kail.

 

Gentelkan adunan ini sebesar hujung jari manis pada mata kail sebagai umpan.

 

Published by
Amang