Pancingan kolam air tawar sememangnya unik. Umpan dan persembahan umpan menjadi kunci utama untuk berjaya. Roti sandwich yang berasaskan tepung gandum sememangnya diet yang sesuai untuk makanan ikan. Namun, tanpa sebarang perisa atau bau-bauan, ia akan menjadi sia-sia khususnya dalam perlumbaan memancing ikan.
Bagi menarik perhatian ikan pada kepalan roti yang bersifat kosong, ia memerlukan bahan perisa bukan saja yang memiliki sifat rasa, bau-bauan dan juga warna yang menyerlah.
Bahan-bahan umpan:
(Boleh guna apa saja pilihan perisa umpan yang anda sukai. Ini merupakan pilihan kami)
Roti sandwich (potong dadu)
Musang Strawberry A1
Sos Raya A1
Esen Badam
Esen Nenas
Esen Pisang
Cara-Cara Penyediaan Umpan
Tutorial 1
Satu bungkus roti sanwich dipotong dan dimasukkan ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan Sos Raya A1 (kuning) sebanyak 6 penutup.
Tutorial 2
Kemudian masukkan Musang Strawberry A1 sebanyak 6 penutup atau lebih. Goncang bekas bancuhan agar sos mengenai roti lebih sekata.
Tutorial 3
Masukkan 1 penutup botol esen pisang (goncang lagi).
Tutorial 4
Masukkan pula 2 penutup botol esen nenas (goncang lagi).
Tutorial 5
Seterusnya masukkan 1 penutup botol esen badam.
Cara penggunaan umpan
Tutorial 1
Setelah dibiarkan seketika agar setiap perisa sekata dengan roti, barulah cucuk roti dadu pada mata kail perambut V.
Tutorial 2
Kemudian kepal roti dadu yang lain pada perambut mata kail tersebut dan ia siap sedia untuk dilontar ke spot patin bermain.