Bahan-Bahan Keperluan:
Perisa strawberi / pandan Original
Serbuk vanilla Original
Roti sandwich / roti bun
Cara penyediaan umpan:
Step 1
Cairkan sedikit perisa strawberry / pandan dengan mencampurkan sedikit air ke dalam bekas semburan.
Umpan Original ini agak likat dan akan menyebabkan ia tidak dapat disembur keluar. Tujuan penggunaan botol semburan adalah bagi membolehkan perisa umpan diseratakan ke setiap inci roti dadu.
Step 2
Semburkan perisa umpan ke atas roti sandwich yang telah dipotong dadu ke dalam bekas bancuhan umpan.
Goncang bekas bancuhan umpan bagi membolehkan roti dadu dibolak-balik dan disembur dengan sempurna.
Step 3
Taburkan serbuk vanila ke atas roti dadu yang telah diselaputi perisa umpan. Goncang bekas bancuhan dan tabur lagi serbuk vanila agar setiap roti dadu mengenainya.
Serbuk vanila ini berfungsi menaikkan lagi aroma perisa umpan. Biarkan seketika adunan ini di dalam bekas bancuhan bertutup.
Cara penggunaan:
Cucuk kira-kira 3-5 ketul roti dadu hingga memenuhi teras mata kail pada perambut Y dua mata kail. Kemudian kepal roti dadu pada mata kail kira-kira sebesar penumbuk dan lontar ke spot pilihan anda.
Umpan ini akan mengapung dengan baik di permukaan air. Sekiranya ingin memancing dengan teknik dasar maka guna batu gantung bersaiz kecil dan sangkutkan ia pada swivel yang menyambungkan tali utama dan perambut.