Kaki trekking lebih terdedah kepada risiko sesat ni. Kadang-kadang sebab terlalu yakin padahal baru sekali dua masuk hutan. Sebaiknya bawalah guide yang lebih arif jika mahu ke lubuk yang jauh di dalam hutan. Tidaklah nanti dari trip memancing jadi cerita survival pulak.
Perkara ini juga sering dialami oleh kaki trekking. Bila masuk hutan tebal, disapa pulak dengan suara pak belang atau campsite diterjah oleh gajah yang bersiar-siar. Kecut perut jugak sampai boleh kacau mood nak memancing.
Eksperimen dengan umpan. Perkara ini sering dilakukan kaki pancing terutama kaki kolam. Macam-macam eksperimen dan campuran umpan dicuba. Itu belum masuk lagi dengan bahan-bahan pelik yang dijadikan umpan. Dah macam saintis dalam makmal gayanya.
Ads
Mengalami perkara mistik Kerap kali kedengaran cerita kaki pancing disakat hantu atau mengalami perkara-perkara mistik terutama di lubuk-lubuk pancing yang agak terpencil. Mana-mana kaki pancing yang pernah disampuk tu alamat sebulan jugalah bercuti MC daripada memancing.
Ads
Kalau memancing di kolam berbayar tu, kena pulak hari yang ramai orang atau ketika pertandingan memancing, memang tali pancing bersimpang siur bersilang macam teka silang kata. Nasib baiklah kaki pancing ni penyabar, mana yang jenis sabar tu nipis-nipis, memang dekat tangan siap-siap ada gunting dengan chainsaw kiri kanan. Tunggu nak potong je, tunggu nak potong je.
Kaki trekking memang sinonim dengan pacat ni. Sekali masuk hutan terutama ketika musim hujan memang tak sah kalau tiada pacat yang datang menumpang dicelah-celah jari. Apalah sangat kan, tak perlu sediakan air teh pun kalau pacat ni datang ziarah, pandai-pandai dialah cari sendiri darah di celah-celah jari kaki buat pelepas dahaga.
Ads
Kau dah penat trekking 8 jam bawa makanan dan umpan ke lubuk power yang memakan kos beratus ringgit. Bila sampai je, tengok dah ada geng lain tengah riang menjaring atau tengah mengebom ikan. Fuhh panas beb, panas. Dia punya panas sampai kau terbayang lubuk ni jadi Pearl Harbour kejap lagi ni.
Terpancing sesuatu selain ikan ni kadang-kadang kelakar bila anda naikkan biawak, labi-labi atau haiwan lain. Namun situasi ini akan jadi kurang kelakar bila anda dah lama kumpau, lepastu bila strike ikan, yang dinaikkan ialah baju dalam, selipar dan sampah sarap. Itulah siapa suruh simpan tabiat buang sampah ke dalam sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kita sering dihidangkan dengan kehebatan ikan-ikan laut dalam. Namun ikan-ikan air tawar tidak kurang hebat dengan pelbagai fakta luar biasa. Sesekali apa kata kita tengok pulak kehebatan ikan-ikan air tawar yang bertebaran di seluruh dunia.
Nile perch (Siakap Nil)
Ikan besar ini adalah pembiak yang produktif, ia memberi makna populasinya tumbuh dengan laju yang mengesankan. Kitaran hidup yang berkembang cepat ini memungkinkan spesies untuk menyebar dengan cepat, yang merupakan bukan hal yang baik.
Siakap Nil ini sebenarnya adalah spesies invasif di daerah tertentu, dan telah menyebabkan kerosakan ekosistem. Ikan ini berasal dari daerah Ethopian dan diperkenalkan ke Tasik Victoria pada 1950-an untuk mengurangi populasi `ikan sampah’ dan meningkatkan peluang nelayan meningkatkan hasil tangkapan.
Invasi nile perch ke Tasik Victoria dirujuk sebagai contoh utama dari kekacauan yang dapat ditimbulkan oleh spesies invasif pada ekosistem lokal. Salah satu sumber utama masalah di habitat yang tidak alami adalah nafsu makan Nil Perch yang besar.
Ikan besar ini menyukai krustasea, moluska, serangga, dan ikan lainnya. Bahkan diketahui telah melahap ikan yang lebih kecil dari spesiesnya sendiri.
Beluga Sturgeon
Sturgeon beluga memiliki barbel (sesungut) di sekitar mulutnya, hampir menyamai ikan keli tetapi lebih pendek. Sesungut yang berbulu di hujungnya berperanan agar lebih efektif merasakan gerakan di dalam air. Muncung mulutnya menunjuk ke bawah dan terletak di bahagian bawah kepalanya.
Monster ini adalah spesies ikan air tawar terbesar di Amerika Utara. Disebalik memiliki kulit berlendir seperti ikan keli atau lapisan sisik seperti kebanyakan ikan lainnya, sturgeon putih ini ditutupi oleh cakera tulang keras yang disebut scutes.
Mereka juga memiliki persamaan sifat dengan jerung: kerangka internal yang terbuat dari tulang rawan, bukan tulang. Kerangka tulang rawan ini memberikan fleksibiliti tambahan membuatnya cukup lincah di dalam air.
Sturgeon putih betina dapat melepaskan 3 juta telur, yang menempel di dasar-dasar sungai setelah proses mengawan. Proses yang dinamakan `broadcast spawning’ di mana ikan jantan dan betina masing-masing mengeluarkan komponen subur mereka untuk bercampur secara eksternal di dalam air.
Giant Freshwater Stingray (Pari Air Tawar Gergasi)
Ikan besar ini memiliki sengat terbesar dari semua jenis pari, yang panjangnya mampu melebihi 14 inci. Pari air tawar gergasi umumnya tidak agresif terhadap manusia, tetapi duri pada ekornya dapat menyebabkan beberapa kecederaan serius jika ia melibas untuk mempertahankan diri.
Kurang diketahui tentang spesies ini dibandingkan dengan kekayaan informasi yang tersedia oleh pakar. Tidak pasti apakah giant freshwater stingray dilengkapi organ istimewa untuk menjelajah jauh dari sungai di mana ia paling sering terlihat berenang melalui air laut yang masin.
Para saintis khuatir bahawa spesies ini mungkin tidak bertahan lama, karena polusi dan gangguan pada habitat sungainya telah mengurangi jumlahnya.
Berdasarkan sumber kajian ilmiah, ikan depu hidup di kawasan terumbu karang dengan kedalaman laut 20 – 50 meter. Ikan ini merupakan predator yang memakan crustacea, cephalopoda, dan ikan-ikan kecil yang hidup di karang menggunakan strategi menyamar kemudian menyergap mangsa yang mendekat.
Mulut ikan depu berupaya untuk menyedut mangsa makanannya dengan kecepatan gerakan yang hampir tidak terlihat, iaitu 15 ms (milisekon). Secara morfologi, ikan depu memiliki fizik yang unik. Hidupan marin ini memiliki kepala berduri yang besar, duri berbisa yang berada pada belakang dan siripnya, dan kantung bisa.
Bentuk siripnya berduri membentuk seperti kipas. Panjang tubuhnya sekitar 10 – 40 cm. Selain itu, ikan depu memiliki warna yang identik iaitu bergaris merah, marun, coklat, jingga, hitam dan putih. Ikan depu mengeluarkan bunyi yang berasal dari gosokan dan gerakan rangka tubuh untuk menarik perhatian pasangannya.
Menurut Stein (2006), ikan membuat suara atau bunyi untuk beberapa alasan yang berbeza, antara lain untuk tetap berhubungan dengan kawanan, memperingatkan bahaya, berkomunikasi dengan pasangan, menarik perhatian pasangan, menakut-nakuti penceroboh agar menjauh dari telur, dan bahkan mungkin untuk echo location bagi beberapa spesies laut dalam.
Verrapan, et al. (2009) mengatakan lebih dari 800 spesies ikan diketahui mengeluarkan suara. Pada umumnya, suara yang dihasilkan diproduksi pada saat makan atau berenang.
Ikan Depu cenderung tidak agresif, namun mereka memiliki tingkah laku pertahanan. Apabila mereka merasa terancam, mereka akan segera menegakkan sirip dorsalnya atau hanya bersembunyi dan diam. Ikan depu merupakan ikan yang beraktiviti pada malam hari (nokturnal). Pada siang hari, mereka lebih banyak bersembunyi di tempat terlindung, seperti di lubang terumbu karang.
Satu spesies yang paling hampir dengan kita ialah depu seakan-akan ikan gedema atau kerapu singa. Ia berwarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesies ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae.
Spesis ini akan menyedut buruannya dengan mulut besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada Wikipedia di antaranya:
Ikan ceramin-ceramin (Sabah) atau ebek bukanlah satu nama spesies ikan yang janggal bagi pemancing di Malaysia.
Tergolong dalam kalangan keluarga Carangidae, ikan ebek atau nama sebenarnya, Alectis indica merupakan ikan jack yang mampu membesar sehingga saiz yang cukup besar, atau lebih sinonim dengan terma kaki pancing iaitu saiz mega.
Ikan ebek merupakan sejenis spesies ikan marin yang mudah ditemui di perairan tropika seperti Lautan Pasifik yang melangkaui Afrika Timur ke India, Asia, Indonesia, Australia dan juga Malaysia.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidaklah sesukar mana, bermula dari kawasan muara hingga ke lautan lepas.
Mungkin disebabkan itu, ebek atau nama lainnya, diamond trevally menjadi antara spesies yang sering menjadi buruan pemancing di Malaysia.
Malah kekuatan pertarungan di hujung kail juga cukup untuk memberikan kepuasan pancingan kerana ebek cukup agresif sebaik sahaja kail tercangkuk kemas di mulutnya.
Walaupun mampu membesar sehingga keberatan 25kg dan panjang sehingga 1.6 meter, kebiasaan spesies ebek yang dipancing di perairan Malaysia bersaiz lebih kecil.
Ebek yang berat sekitar 6-7 kg sudah dianggap saiz yang besar jika dinaikkan menggunakan joran dan kekili.
Sinonim
Ebek atau diamond trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae.
Carangidae pula merupakan ikan jenis perciformes dalam suborder yang digelar Percoidae.
Spesies ini asalnya diterangkan secara saintifik oleh pengkaji naturalis Jerman iaitu Eduard Rüppell pada tahun 1830 di bawah nama binomial Scyris indicus, hasil spesimen yang dikumpul dari Laut Merah.
Selepas penamaan Ruppell itu, beberapa orang pengkaji lain tanpa disedari telah menerangkan semula spesies ini, dengan nama-nama seperti Hynnis insanus
(Valenciennes, 1862), Caranx gallus (Klunzinger, 1879) dan Hynnis momsa (Herre, 1927), yang merujuk kepada spesies yang sama.
Selang beberapa tahun, pengelasan asal Ruppell juga telah disemak semula; di mana asalnya spesies ini diletakkan dalam genera Seriolichthys, dan akhirnya diletakkan dalam genus Alectis oleh James Douglas Ogilby pada tahun 1913.
Lantas, nama spesies ini telah ditetapkan sebagai Alectis indicus dalam cetakan sains. Bagaimanapun genus Alectis adalah genus feminin, dengan itu indica merupakan ejaan spesies yang betul.
Taburan Spesies Dan Habitat
Secara saintifiknya, taburan spesies ebek tertumpu di kawasan tropika seperti Lautan Hindi dan Barat Lautan Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asia Tenggara, utara Jepun hingga ke selatan Indonesia serta utara Australia.
Selalunya, ikan ebek akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20meter hingga 100meter sebagai habitatnya.
Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus laut. Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran ikan ebek, spesies ini mempunyai bentuk kebiasaan pada spesies ikan jack. Badan ikan ebek mempunyai bentuk yang bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat.
Pengenalan utama bagi spesies ebek boleh diperhatikan pada bahagian kepalanya yang mempunyai bentuk sedikit cekung berhampiran matanya yang membezakannya antara saudara terdekat dalam genus Alectis.
Dengan sedikit imaginasi, pemancing dapat melihat bentuk bersudut ikan ini seakan-akan sebutir berlian apatah lagi ditambah dengan warna perak berkilat pada badannya yang memukau apabila disimbah cahaya matahari.
Sirip dorsal ikan ebek menunjukkan bentuk yang melengkung ke belakang dan bentuk sudut yang jelas bentuk badannya dapat dilihat pada unjuran antara sirip dorsal lembut dan sirip anal lembut yang menggariskan bentuk badannya ke bahagian ekor.
Bagi sirip pektoral pula, spesies ebek mempunyai sirip pektoral yang panjang dan melengkung sehingga ke garisan lengkung lateral.
Badannya kelihatan seolah-olah tidak bersisik, namun jika diperhatikan lebih dekat, dapat diperhatikan kehadiran sisik-sisik kecil dan halus yang tertanam pada badannya.
Garisan lateral pada badannya jelas menonjol dan melengkung pada bahagian anterior dan kehadiran sisik kasar scutes antara 6-11 scutes juga kelihatan pada bahagian kaudal pedunkel.
Bagi ebek juvenil, sirip anal dan dorsalnya seakan filamen yang lebih panjang berbanding ebek dewasa.
Bagi ebek dewasa, warna badannya ialah perak terang dan menyilaukan hingga ke warna perak biru kehijauan, sering kali warna bahagian kepala lebih gelap dan beransur perak apabila semakin ke bawah.
Bahagian operculum atas ebek mempunyai tompok hitam kecil. Warna sirip berfilamen lembut ebek pula biasanya berwarna biru atau hitam.
Biologi Dan Diet
Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin alam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya seterusnya menjadikan senarai tersebut sebagai diet pemakanan utama.
Bagi kitaran persenyawaan pula, tidak banyak diketahui berkaitan ikan ebek. Namun pemerhatian sebuah kajian di Indonesia mendapati persenyawaan spesies Alectis indica
berlaku di kawasan beting yang berkedalaman antara 35-45meter berhampiran kawasan berkepulauan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...