Percaya atau tidak, berat ikan yang mendahului senarai datangnya dari kategori TUNAS, bukannya dari kategori dewasa. Nur Alieya Nafiesha Aman Huri berjaya strike dan ikan patin Mekong seberat 20.26kg.
Menurut bapa Nur Alieya iaitu Amanhuri Hassan, dia sangat seronok dan bangga dengan kehebatan anaknya yang berjaya mendaratkan patin Mekong kerana sebelum ini dia selalu strike patin.
“Saya tengok dia seronok betul sebab dah lama berhajat nak strike patin patin Mekong dan sudah banyak kali daratkan Patin”, ujarnya.
Ads
Pertandingan pemancing Kolam Battle anjuran Kelab Pemancing Wanita Malaysia (WAC) ini diadakan di Kolam Pancing Seksyen 24 Shah Alam, yang mana ia menghimpunkan seramai 122 Lady Angler serta 16 Tunas (Kategori Kanak-Kanak) dari seluruh negara.
Ads
Bagi kategori Dewasa, mendahului senarai ialah Suziana Mohamad (patin – 11.60kg) diikuti Rohida Abd Rahman (patin 11.60kg) & tempat ketiga disandang oleh Rosnani Abu@Saad (patin 6.63kg).
Ads
Kategori Tunas tidak kurang hebatnya kerana rekod berat strike yang dicatatkan melebihi hasil tangkapan kategori dewasa kerana pemenang tempat Kedua seberat 10.04kg milik Nur Aleeya Natasha Aris.
“Mula-mula saya risau takut dia menangis tapi bila tengok semangat dia saya rasa bangga sebab sebelum ini pun dia pernah daratkan siakap seberat 3kg”, kata bapanya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Banglang Dam terletak di Yala, selatan Thailand bukanlah padang pancing jelmaan baru. Tasik ini tidak banyak bezanya dengan dua tasik empangan di negara kita iaitu Tasik Kenyir dan Tasik Temenggor. Malah dari aspek geografi, Taman Negara Hala Bala di tasik ini bersempadanan dengan Taman Negara Royal Belum di Perak.
Spesies sasaran di tasik ini juga tidak setanding tasik-tasik utama negara kita. Walaupun turut memiliki spesies kelah namun tidak memiliki spesies raja snakehead iaitu toman. Hanya kerana tasik-tasik utama negara kita seperti sudah ketandusan spesies sebarau, ia membuatkan pecinta spesies ini beralih ke padang pancing negara gajah putih ini.
Apabila hasil pancingan di Empangan Banglang ini mula tersebar di media sosial oleh pemancing negara kita melangsungkan trip ke sana, seperti ada kuasa magnet yang kuat menarik penulis untuk tidak ketinggalan mengutip pengalaman memburu sebarau Thailand pula.
Sejurus melepasi sempadan Pengkalan Hulu – Betong, seawal pintu sempadan di buka pada 7.00 pagi (8.00 pagi waktu Thailand), rombongan kami seramai 14 orang pemancing dengan empat buah kenderaan, bersarapan dahulu di warung tepian sungai pergunungan dalam daerah Yala.
Soal makan minum malah bahasa pertuturan tidak menjadi masalah kerana majoriti penduduk di Yala beragama Islam dan fasih berbahasa Melayu dialek Kelantan.
Sekitar jam 10.00 rombongan kami yang diketuai Neo Narul Ezam tiba di pangkalan rumah bot Sri BangLang yang diusahakan oleh penduduk tempatan, Burhang Ko. Tanpa banyak melengahkan masa kami memindahkan barang kelengkapan ke rumah bot, menyiapkan peralatan memancing dan menaiki perahu atau bot pancung dengan enjin ekor biawak muatan dua orang pemancing, bersama seorang tekong.
Saya tidak berharap sebarang sambaran apabila mula melontar gewang pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan. Namun sebarau Banglang kelaparan tanpa mengira waktu. Rakan seperahu, Anhar membuka akaun sebarau Siam apabila mendaratkan seekor sebarau juvenil. Seperti biasa, kami akan lepaskan kembali sebarau yang bersaiz kecil.
Di spot berikutnya gewang spingulf pertaruhan Anhar menerima sambaran sejurus naik hampir di permukaan. Sebarau berskala 1.5kg itu segera didaratkan ke dalam perahu dan tekong kami, Sahak segera meminta kami agar tidak melepaskan kembali sebarau tersebut. Dia mempunyai alasan tersendiri agar tidak melepaskan kembali sebarang tangkapan seterusnya nanti.
Kami akur dengan permintaannya tambahan pula kami memang tidak berhajat untuk melepaskan kembali spesimen sebesar itu. Respon positif dari penghuni Tasik Banglang membuatkan kami enggan kembali ke rumah bot untuk makan tengah hari walaupun hujan renyai mula turun.
Saya meminta tekong membawa kami ke sungai terdekat. Tekong menurut saja permintaan kami walaupun kedudukan sungai itu berada di dalam ‘kawasan orang Siam’. Namun banyak masa dibazirkan berikutan tiada sebarang sambaran sepanjang alur sungai yang kian mengecil ke hulu.
Kami kembali ke kawasan tasik terbuka dengan menjadikan kawasan pokok-pokok mati, bahagian tanjung daratan dan dinding berbatu sebagai lokasi sasaran. Selain itu saya turut banyak menghabiskan masa dengan mencuba pelbagai jenis gewang dan gaya aksi yang mampu membuka selera sebarau Siam ini.
Tidak tahan melihat gelagat tekong yang kerap menaikkan sebarau hanya menggunakan satu-satunya sesudu yang dibawanya, membuatkan saya akur demi mencari ‘lesen’. Jika pulang ke rumah bot tanpa ‘lesen’ maka bernanahlah telinga dibahan rakan-rakan yang lain.
Dengan menggunakan sesudu klon ala Abu Island dan menggayakan dengan cara paling asas (rendam, jerk dan karau lajau), dalam masa singkat saya memperoleh `lesen’.
Sebelum matahari tenggelam, tekong sempat membawa kami ke satu spot yang dinamakan lubang pokok. Sepohon pokok balak mati yang agak besar di mana terdapat lubang di perdunya yang dipercayai menjadi rumah untuk sebarau bermalam.
Beberapa ekor sebarau berjaya didaratkan di sini namun kami berdua lebih asyik melayan gewang permukaan dan banyak menerima sambaran walaupun seekor dua sahaja yang berjaya didaratkan.
Sesi hari pertama ini kami bukan saja tidak pulang untuk makan tengah hari malah antara yang lewat pulang. Namun ia dirasakan amat berbaloi kerana kami bukan saja pulang dengan hasil terbanyak, malah memegang rekod spesimen terbesar juga.
MerongFeatherbackGathering adalah satu acara tahunan memburu belida menggantikan FunBattleBelidaVol3 di Kubang Sepat pada 2/2/2019 lalu.
Nama event tahun ini terpaksa ditukar dalam masa terdekat disebabkan keadaan air sungai tidak stabil untuk event dalam tempoh masa yang lama.
Jadi kami dari pihak MerongFishingCommunity terpaksa melakukan mesyuarat tergempar untuk melakukan acara tahunan kami dalam tempoh masa berbaki dua minggu sahaja.
Dalam tempoh yang singkat kami pasti tidak dapat nak melangsungkan event FunBattleBelidaVol3. Oleh yang demikian kami sebulat suara menjadikan event kali ini
lebih kepada ‘komplot besar memburu spesis belida’ dan nama ditukar kepada ‘MerongFeatherbackGathering’.
Walaubagaimana pun ia kekal misi yang sama iaitu memburu spesies belida dengan kaedah teknik mengilat atau casting menggunakan umpan tiruan.
Cuma uniknya tahun ini ikan yang hidup akan dibawa ke Tasik Tengku Sarina di Jitra bagi proses konservasi dan dijadikan satu spot baru untuk memburu belida.
Meskipun dalam tempoh singkat, kami berjaya menerima 132 penyertaan yang rata-ratanya dari Utara tanah air seperti Perlis, Perak, Pulau Pinang dan dari Kedah sendiri.
Yuran penyertaan hanya RM10 dan sarapan serta minuman pagi disediakan oleh pihak penganjur.
Jadual event:
7.15 am – 8.00 am: Pendaftaran
8.00 am – 8.10 am: Taklimat
8.10 am – 1.00 pm: Pertandingan
1.00 pm – 1.40 pm: Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah
Keputusan event:
Hanya 18 orang sahaja yang bertuah mendaratkan ikan pada hari tersebut dan jumlah ikan kesemuanya 25 ekor.
Pemenang:
Kategori: KingFeatherback (Ikan terbesar)
Mohammad Hafiz
Saiz 2.145 kg
Kategori: MeatHunter (score terbanyak)
Mohd Zuhairi
4 ekor belida
Kategori: LuckysmallestFish (Terkecil)
Ammar Safwan
Saiz 225g
Kategori: RareOfFeatherback (Bintik terbanyak)
Ku Mohd Saifuddin
16 Bintik
Penghargaan
Tidak dilupakan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada kepada individu dan pihak penaja yang sudi menaja hadiah buat peserta pada tahun ini.
IkanzClothing, Boytep, KanicenNix, Epolcraft, ZulsCraft, PuruTackle, MalFishingRunner, DouxCraft, AtokLure, MalayaFishingAddicts dan jenama dari seberang RelixNusantara.
Terima kasih juga kepada YB Azhar Ibrahim (Cikgu Art), Dun Ayer Hitam yang turut hadir dan memberikan sumbangan hamper kepada peserta.
Terdapat ratusan jelatong di Tasik Bakun. Jelatong yang memberi makna rumah terapung atau floating house lazimnya bukanlah berupa kediaman tetap.
Sebaliknya ia lebih kepada kediaman kedua atau dijadikan markas penduduk setempat menyimpan hasil kerja hutan dan sungai sebelum dibawa keluar untuk jualan pada hujung minggu.
Walau bagaimana pun dalam ratusan jelatong yang ada, terdapat beberapa buah jelatong yang dijadikan produk ekopelancongan.
Salah satu jelatong yang paling aktif mengusahakan pakej destinasi pelancongan adalah Belanum Bay Floating House.
Belanum Bay Floating House yang terletak di Sungai Belanum ini diusahakan oleh Koperasi Keluarga U&I Belaga Berhad, di mana Luhat Tugas adalah pengerusinya.
Perjalanan dari Jeti Tasik Bakun ke jelatong ini memakan masa kurang dari setengah jam dengan menaiki bot laju.
Ia bolehlah dikatakan antara jelatong yang paling hampir dengan Empangan Bakun.
Belanum Bay Floating House menyediakan 4 bilik tidur termasuk sebuah master bedroom yang lengkap dengan bilik air.
Ia mampu memuatkan maksimum sehingga sepuluh pengunjung pada satu-satu masa.
Menariknya di jelatong ini, bekalan eletrik disalurkan melalui sistem solar dan juga generator.
Sementara bekalan air bersih pula dipam satu kilometer di hulu sungai bagi memastikan kualiti air sentiasa segar dan bersih.
Baung yang dipancing di belakang dapur
Antara tarikan utama berkunjung Belanum Bay Floating House selain untuk berehat dan bersantai adalah melakukan aktiviti akua.
Air terjun terletak berdekatan dengan jelatong merupakan tarikan utamanya.
Selain aktiviti berenang dan mandi-manda, trekking ke hulu sungai, air terjun tersebut juga merupakan spot terbaik untuk aktiviti memancing.
Malah memadai dengan memancing di bahagian dapur jelatong sahaja sudah cukup menyeronokkan.
Dan di jelatong ini juga akan anda akan boleh memancing sebarau sebagaimana aktiviti memancing lampam menggunakan rumah bot di Tasik Kenyir.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...