1 bekas taufufa kosong (banyak terjual di pasar malam)
1/2 paket yis segera
Ads
1 biji kelapa tua (diparut)
Cara-cara pembuatan:
(Semua bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam mesin pengisar tanpa perlu mengikut aturan atau kuantiti. Yang penting kesemua bahan dikisar halus sehingga sama ada dikisar sekaligus ataupun diulang sehingga habis.)
Ads
Tempe dipotong kecil kemudian dimasukkan ke dalam bekas pengisar. Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan sebaiknya setiap kali mengisar terdapat kesemua bahan.
Setelah kesemua bahan dikisar sehalus yang mungkin, masukkan sos ke dalam bekas seperti botol sehingga 3/4 penuh.
Ads
Sos ini perlu diperam bagi menjalani proses penapaian sekurang-kurangnya 5 hari sebelum boleh digunakan. Dalam proses penapaian ini gas akan terhasil yang boleh menyebabkan letusan berlaku sekiranya ia disimpan di dalam bekas bertutup dan akan melimpah keluar jika kuantiti terlalu padat di dalam bekas simpanan.
Sos umpan ini amat sesuai digunakan bersama roti. Pada waktu ia digunakan nanti boleh ditambah sedikit perisa seperti pandan atau strawberi bergantung selera ikan di mana-mana kolam pancing.
(Oleh: Naz Damai)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Berkenaan dengan warna tali, saya pernah menjelaskan sebelum ini bahawa warna akan hilang di bawah air selaras dengan spektrum cahaya. Warna merah akan hilang, kemudian oren, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.
Sebagai contoh, hijau di tengah-tengah spektrum yang anda boleh mengharapkan garisan kehilangan warna di mana-mana antara 5 dan 10 meter di bawah air (ujian scuba).
Namun bagi pancingan kolam berbayar yang purata kedalamannya sekitar 2 meter sahaja, warna tali tidak memainkan banyak peranan.
Sementara waktu yang sesuai untuk memancing di padang pancing semulajadi pula lazimnya pada awal pagi dan lewat petang menghampiri senja. Sementara di kolam berbayar pula anda boleh memancing tanpa mengira waktu.
Bagi soalan ketiga saudara inilah yang paling susah saya nak jawab, sekiranya saudara memancing di kawasan banyak batu, kayu atau reba saya syorkan tali perambut saudara
pendek dan kuat supaya tidak senang tersangkut dan sekiranya tersangkut senang anda mengangkatnya.
Kalau boleh cubalah jangan memancing di kawasan yang senang tersangkut sekiranya tak nak putus tali.
Berbanding kebanyakan umpun-umpun, umpun-umpun sarang atau sarung merupakan umpan yang paling diminati oleh pemancing.
Ini kerana ia merupakan umpan yang sangat berkesan bagi kebanyakan ikan.
Malah saya sendiri pernah mendaratkan seekor ikan daun baru seberat 2kg dan siakap putih 6kg hanya menggunakan umpan umpun-umpun sarang.
Selain itu ialah kerana ia lebih tahan lama. Selagi ia berada di dalam sarungnya dalam keadaan lembab, ia mampu hidup selama beberapa hari.
Umpun-umpun sarang juga panjang-panjang dan mampu memanjang sehingga dua kaki.
Untuk mencari dan dapatkan kan umpun-umpun sarang juga tidaklah susah sangat.
Ia biasanya boleh ditemui di kawasan berlumpur atau pasir berlumpur di pesisiran pantai atau tebing-tebing muara sungai.
Cara untuk mendapatkannya juga tidak berapa sukar. Apa yang diperlukan adalah alatan penggali seperti alatan skop dan waktu yang sesuai ketika air sedang surut habis.
Apabila ke kawasan ini pada waktu air surut, anda boleh mengesan sarang umpun-umpun sarung di permukaan pasir atau lumpur di mana pintu rumah umpun-umpun sarang sering
bertanda dengan tompokan hitam dan bersabut serta ditutupi daun reput atau sarangnya tertonjol ke atas permukaan.
Kunci kejayaan mencari umpun-umpun sarang adalah kepantasan! Hanya dengan kepantasan yang tepat akan membuahkan hasil. Ini kerana perumpun sarang amat sensitif pada persekitaran.
Hanya dengan sedikit tekanan atau getaran pada sarangnya ia akan menyusup jauh kedalam pasir atau selut.
Oleh yang demikian apabila mengesan kedudukan sarangnya, jangan berlengah untuk menyodok dengan menggunakan skop di sekitar sarangnya.
Selain menggunakan skop, umpun-umpun sarang juga boleh didapatkan tanpa menggalinya. Sebaliknya dengan cara mengumpannya keluar dari sarang.
Dengan menggunakan isi ikan, parutan ubi kayu, nasi atau juga nenas cincang, ia kemudian disumbat ke dalam stoking atau jut kain (macam kain penapis teh).
Basahkannya dan biarkan ia berjus kemudian perah di pintu sarang umpun-umpun tersebut.
Sekiranya ia ada di dalam sarang, dalam masa singkat ia akan terpesona dengan aroma bauan tersebut dan ia akan keluar.
Sebaik saja ia mengeluarkan kepalanya dari sarang, sepantas kilat pegang atau cubit kepalanya (pastikan jangan sampai kena gigit kerana gigitannya sakit juga macam terkena kejutan eletrik kecil) dan tarik ia keluar secara perlahan-lahan.
Ia tidak boleh ditarik dengan kuat atau kasar kerana ia mudah putus.
Bagi memanjangkan hayatnya pula, umpun-umpun sarang hendaklah diambil bersama sarangnya dan hendaklah dibungkus dengan kertas surat khabar yang telah dilembabkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...