Aku nak share sedikit tip macam mana nak jimat kos untuk pemancing terutama sekali bab batu ladung yang selalu sangat sangkut. Tau-tau sajalah harga sebiji ladung pun agak mahal sekarang ni. Tak payah nak buat mould bagai. Semua tu leceh nak kena masak timah. Cara ni lagi senang dan muai. Cuma korang perlulah cari barang seperti yang disenaraikan ini
Timah jaring
Pelbagai saiz ada biasa beli timbang kilo dan boleh campur-campur ikut saiz yang kita nak. Harga pun murah dalam RM12 je sekilo kalau beli kat kedai. Kalau nak jimat lagi kena rajinlah cari kat jaring buruk yang orang dah tak pakai. Jangan curi orang punya sudah!
Ads
Skru kecik
Kegunaan skru kecik adalah sebagai stopper yang akan dimasukkan kat bahagian bawah batang lollipop. Skru kecik tu boleh cari kat kedai RM2 bersepah.
Lollipop stick
Lollipop stick ni kena cari kat kedai plastik. Batang straw plastik keras ni murah je. RM5 boleh dapat 150pcs. Dia ada lubang kat bahagian atas jadi senang untuk sangkut klip nanti. Batang lollipop ni ngam-ngam saiz timah jaring. Nak buat straw ranggum atau tanduk pun boleh.
Ads
Cable tie kecil
Kegunaan cable tie ni sebagai stopper untuk grip timah supaya tidak bergerak.
Ads
Cara pembuatan:
Cara nak buat ni korang boleh lihat kat gambar yang disediakan. Boleh buat batu hidup dan batu gantung. So lepas ni tak perlu risau bab batu ladung sangkut lagi. Dan yang pasti, confirm tool box korang berat dengan batu ladung sebab beli timah pun pakai kilo tak main beli biji-biji lagi.
p/s: Kalau ada member tu jenis yang payah nak beli batu ladung dan selalu balun korang punya ladung boleh share kat dia artikel ni… hahahha.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan blood bight dropper merupakan satu kaedah ikatan untuk menghasilkan simpulan tali (mono, sulam atau perambut) yang mudah tetapi kukuh. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail atau swivel.
(Nota: Paparan foto yang disediakan ini menggunakan tali kevlar dan kili yang besar untuk tujuan fotografi sahaja.)
LANGKAH 1
Lipat kira-kira sejengkal (mengikut kesesuaian kegunaan) hujung tali utama atau tali perambut.
LANGKAH 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
LANGKAH 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
LANGKAH 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat.
LANGKAH 5
Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
LANGKAH 6
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
LANGKAH 7
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
LANGKAH 8
Sambungan perlatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Bagi sesetengah pemancing lama pasti terbiasa dengan ikatan sambungan tali pancing Albert atau Alberto Knot. Ikatan tersebut sememangnya popular dan digunakan secara meluas sehinggalah ikatan FG Knot mengambil alih.
Ramai yang tidak tahu ikatan Alberto Knot telah dikemaskini dan dinamakan Crazy Alberto Knot. Di sini kami dengan suka cita memperkenalkannya kepada anda. Jom buat!
Tutorial 1
Kembarkan tali perambut atau leader terlebih dahulu.
Tutorial 2
Masukkan kira-kira 12-15 cm tali utama (sulam) ke dalam simpulan perambut yang dikembarkan tadi.
Tutorial 3
Buat 7 lilitan hujung tali utama pada tali perambut yang telah dikembarkan.
Tutorial 4
Buat lagi 7 lilitan pada tali perambut pada arah yang berlawanan.
Tutorial 5
Kemudian masukkan hujung tali ke dalam gelung simpulan berlawanan arah bagaimana ia dimasukkan dalam tutorial 2.
Tutorial 6
Basahkan sedikit semua tali dengan air, pegang semua tali dan tarik dengan kuat hingga ikatan menjadi ketat.
Tutorial 7
Potong hujung kedua-dua tali. Bagi tali perambut sebaiknya potong sependek yang mungkin dan bakar sedikit hujungnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...