Buat Sendiri Gewang Sesudu Dari Alatan Muzik!!

Share

 

Selepas melihat sendiri keberkesanan sesudu ciptaan seorang kaki casting yang disifatkannya sifu di kampungnya yang membuat sesudu dari tong racun tembaga. Dari situ timbul ilham untuk melakukan perkara sama.

 

Dialah yang mengajar saya cara membuat sesudu daripada mereka bentuknya, potong dan gilap. Agak susah juga kerana bukan benda mudah untuk memotong tong racun yang keras dan membentuknya.

 

Kesukaran mencari tong racun tembaga berkenaan membuatkan saya terfikir apakah benda lain yang sesuai untuk membuat sesudu, sebelum ayah mencadangkan saya menggunakan kepingan cymbal drum yang telah rosak,” katanya yang bekerja sendiri.

 

Menurutnya Amin lagi, memandangkan bapanya merupakan pemain gitar kumpulan Sejati, jadi mudahlah dia mendapat bekalan cymbal drum milik kumpulan tersebut atau daripada rakan-rakan pemuzik bapanya yang tidak digunakan lagi.

 

Selepas membuat lakaran mengikut bentuk yang diingininya, peralatan grinder digunakan untuk memotong, mencanai, membengkok dan membuat lubang. Kemudian kepingan sesudu telah dibentuk itu akan digosok menggunakan penggilap logam sebelum dilengkapkan dengan swivel dan mata kail.

 

Jelas anak sulung dari tiga orang adik-beradik ini, potongan sesudu bentuk lonjong paling diminatinya dan telah banyak sebarau ditumpaskannya menggunakan sesudu ini. Reka bentuknya yang nipis dan ringan amat sesuai digunakan di sungai-sungai yang berarus deras.

 

“Bila air sungai jernih atau tidak terlalu keruh, matahari bersinar terang adalah waktu yang amat sesuai mencari sebarau menggunakan sesudu ini. Paling penting sesudu mesti sentiasa berkilat supaya bersinar di dalam air.

 

“Sesudu pula mesti dimainkan secara sentap berulang-ulang kali hampir dengan reba kayu. Pasti sebarau tidak menolak jika ia ada di situ,” katanya yang merancang untuk mencari kepingan logam yang agak tebal untuk dibuat sesudu yang lebih berat.

Published by
Amang