Walaupun mempunyai lapisan plastik, air hujan atau air dari tangan yang basah tetap akan memasuki bawah lapisan plastik tersebut. Bila ini berlaku air yang menembusi selaput plastik tersebut memerlukan masa yang lama untuk kering.
Keadaan ini lama-kelamaan akan menjadikan gabus tersebut reput walaupun ia kelihatan seperti biasa. Sebaik sahaja plastik dibuka (katakan setahun dua selepas itu), pemegang gabus tersebut akan reput dengan serta merta.
Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin menggunakannya.
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Oleh: Johari Jamil (EXPERT GRAPHITE ANGLING CLUB)