Buat Perkara Berikut Kalau Dah Serik Kumpau!!

Share

 

Buat pemeriksaan pada tali utama sama ada ia masih utuh atau sudah rosak. Jika perlu buang sedikit beberapa kaki, maka buanglah sebagai langkah keselamatan. Kalau perlu dibuang semuanya pun, buanglah. Jangan sayang nak buang tali yang macam dah nak reput atau yang sudah luntur warnanya kerana ia akan putus dengan mudah ketika beraksi.

 

 

Jika menggunakan mata kail yang pernah digunakan, uji tahap ketajamannya dulu. Kalau dah kurang tajam, sebaiknya asah bagi tajam. Tapi kalau dah tumpul sangat wajib buang terus jangan disimpan lagi.

 

Saiz dan jenis mata kail juga perlu diambil kira. Jangan fikir nak ikan besar, kenalah pakai mata besar. Sebaiknya guna saiz mata kail yang sepadan dan elakkan guna mata kail kurang berkualiti. Mata kail yang kecil tak semestinya ikan kecil saja yang makan.

 

 

Set pancing yang digunakan juga perlu sepadan dengan ikan target. Banyak kejadian ikan gagal didaratkan kerana joran atau kekili gagal mengatasi kekuatan ikan. Malah banyak kes kumpau disebabkan masalah asas ini.

 

Jika menggunakan tali sulam dan perlu disambung dengan perambut atau leader, pastikan ikatan sambungan itu kukuh dan kuat. Jika was-was, sebaiknya buat ikatan baru. Selagi tak dapat ikatan sambungan yang memuaskan hati, selagi itulah jangan memancing. Biar lambat asalkan tak lucut atau putus.

 

 

Umpan yang akan digunakan perlu dipastikan keberkesanannya. Sama sebagaimana pemancing lain gunakan. Kalau pemancing lain guna udang hidup, janganlah kita masih nak guna umpan ikan. Kalau pemancing lain guna perisa pandan, kita gunalah pandan jugak. Kalau pemancing lain guna jig warna hijau, kita jangan masih nak pertahankan warna kegemaran sendiri.

 

Jika umpan sudah bagus, pastikan teknik yang digunakan juga adalah sesuai. Sama ada teknik apungan atau dasar atau apa saja teknik yang bersesuaian. Teknik karauan pun kena perhatikan juga. Yang penting kena pantau teknik apa yang cepat ikan ambil umpan dan ikan tidak lucut dari mata kail.

 

 

Teknik strike atau menyentap ikan juga penting begitu juga dengan cara melayan ikan harus betul agar ikan berjaya didaratkan. Kalau strike siakap, jangan macam sentap udang galah. Kalau layan tenggiri jangan main macam layan gelama.

Published by
Amang