Jangan tak percaya apabila diberitahu bahawa buah pokok lakum boleh dijadikan umpan memancing terutamanya bagi memikat ikat baung sungai.
Agak pelik juga ikan baung yang banyak dipancing menggunakan umpan tapa yang berbau busuk ini turut gemar memakan buah yang bersifat masam.
Pokok lakum merupakan sejenis tumbuhan menjalar yang mudah dijumpai di belukar di negara kita terutamanya kawasan tepi sungai.
Daunnya yang muda berwarna putih di bahagian bawahnya.Bahagian yang putih ini akan bertukar warna menjadi coklat keperangan setelah agak tua.
Daunnya mempunyai bahagian tepi yang bergerigis. Lakum merupakan antara tumbuhan liar yang mempunyai khasiat perubatan yang tinggi.
Ads
Bahagian yang digunakan untuk perubatan ialah daun dan ubinya. Lakum digunakan untuk rawatan wanita selepas bersalin.
Ia juga digunakan untuk mengubati bisul yang tidak mempunyai mata.Untuk rawatan selepas bersalin, beberapa helai daun lakum yang telah dikeringkan direbus, dan airnya yang telah suam diminum setiap hari.
Ads
Proses pengeringan daun lakum yang hendak digunakan dalam perubatan perlu dilakukan ditempat teduh dan bukannya secara terus kepada cahaya matahari.
Ubi lakum digunakan untuk merawat bisul dengan cara mengasah ubi tersebut pada buntut pasu dan campurkan dengan air dan disapu pada bahagian yang sakit dan dibiarkan kering.
Selain daripada khasiat perubatan, buah lakum yang berwarna hitam juga merupakan umpan pancing yang paling digemari oleh spesies ikan sungai terutamanya ikan baung.
Ads
Tips Menggunakan Umpan Buah Lakum
Pilih buah lakum yang masak ranum yang lazimnya berwarna ungu kehitaman.
Cucuk lima hingga sepuluh biji buah lakum pada mata kail dan perambut seperti sate.
Cuci tangan dengan air selepas menggunakan buah lakum kerana dikatakan getah atau air buah lakum ini boleh menyebabkan kegatalan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kedengaran macam merepek, tetapi sukar pula untuk menolak kemungkinannya. Tentu saja ramai kurang percaya aroma durian turut digemari oleh ikan. Rupanya ikan patin juga terbuka selera apabila umpan diadun dengan aroma dan perisa durian.
Penyebaran aroma melalui minyak di dalam air merupakan satu kaedah yang sangat mujarab. Ia membantu aroma umpan tersebut lebih cepat sampai ke deria bau ikan sekaligus menghampirinya. Konsep itulah yang digunakan dalam tutorial membuat umpan ini.
Bahan-Bahan:
Minyak Durian MyePescado
Pes Strawberry MyePescado
Esen Nenas Star Brand
Kelapa Parut
Pelet 920
Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Lembutkan dahulu 2kg pelet 920 di dalam bekas bancuhan umpan. Kemudian masukkan 15 penutup botol pes strawberry.
Tutorial 2
Gaul rata pelet sehingga setiap palet kelihatan berwarna merah yang menandakan ia sudah diresapi pes strawberry.
Tutorial 3
Masukkan pula 2 penutup botol minyak durian dan gaul rata pelet.
Tutorial 4
Seterusnya masukkan pula 3 penutup botol esen nenas dan gaul palet agar sekata.
Tutorial 5
Masukkan 2 genggam kelapa parut dan gaul. Umpan sudah boleh digunakan atau boleh diperam untuk kegunaan pada lain masa.
Tutorial 6
Umpan yang sedia untuk digunakan dan hasil yang diperoleh kurang dari 10 minit selepas umpan dilontar ke lubuk.
Umpan cam (campuran) Original adalah campuran beberapa perisa produk Original yang boleh diguna pakai dengan sukatan tertentu bagi menghasilkan satu gabungan bau dan rasa yang mampu memikat ikat memakan umpan tersebut.
Bahan-bahan keperluan:
Perisa strawberi Original
Perisa soya Original
Perisa nangka Original
Perisa honeydew Original
Perisa badam Original
Roti sandwich
Cara penyediaan Umpan:
Langkah 1
Potong dadu sebungkus roti sandwich dan buangkan kulitnya yang keras. Simpan di dalam satu bekas atau plastik.
Langkah 2
Sediakan satu botol kosong. Masukkan 100 gram perisa strawberi, 50 gram perisa nangka, 20 gram perisa soya, 10 gram perisa honeydew dan 1 gram perisa badam. Goncang botol supaya perisa campuran menjadi sebati.
Langkah 3
Tuangkan sedikit (anggaran untuk sebuku roti) umpan campuran perisa ke dalam beg plastik. Ratakan umpan agar mengenai sebahagian besar ruang di dalam beg plastik.
Langkah 4
Masukkan kesemua roti dadu ke dalam beg plastik berisi umpan campuran perisa. Kembungkan beg plastik dengan udara agak memudahkan proses mengadun roti dadu sebati dengan umpan.
Goncang sehingga kesemua roti dadu disaluti umpan. Biarkan seketika agar roti dadu dan umpan menjadi sebati.
Cara menggunakan umpan:
Gunakan perambut Y dua mata kail tali sulam atau tangsi. Cucuk kedua-dua mata kail dengan beberapa roti dadu yang bersalut umpan perisa campuran.
Gabungkan kedua-dua mata kail tersebut (atau salah satu daripadanya) dan kepal dengan roti dadu lainnya sehingga menjadi seperti bebola.
Sebaiknya biarlah kepalan itu tidak terlalu longgar atau terlalu padat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...