Boat Charter – Tekong Ikonik Tukun Perak

Share

 

Nama penuh: Ku Khairul Nizam bin Ku Mat Isa

Nama FB: Ku Khairul Nizam bin Ku Mat Isa (Kkn Sea Hunt)

Usia: 49

Status: Boat charter / tekong

 

UMPAN: Sejak bila memancing dan mula menjadi guide / tekong?

KKN: Pengalaman memancing bermula semenjak zaman kanak-kanak kerana sering dibawa arwah ayah dan mengikut arwah Tok Wan memancing.

Ia menimbulkan minat apabila meningkat usia pada zaman persekolahan dengan kehidupan di kampung berdekatan dengan jeti nelayan.

 

 

Pantang ada peluang sering memenuhi masa lapang menangkap ikan di sawah padi dan sungai berdekatan memancing ikan-ikan air tawar.

Aktiviti ke laut pula sering mengikuti nelayan menahan bubu. Jjadi berpeluanglah belajar memandu bot dan memancing di laut.

 

Apabila meningkat usia dewasa selepas tamat belajar dan bekerja hobi ini diteruskan dengan membeli bot sambil bekerja.

Peringkat awal memancing sekadar hobi bersama sahabat-sahabat terdekat tetapi bila mereka mula memperkenalkan rakan-rakan mereka di situlah bermulanya sewaan bot untuk memancing.

Sekarang telah lebih 15 tahun menjadi tekong/guide membawa pemancing.

 

 

UMPAN: Kenapa anda memilih kerjaya ini?

KKN: Saya tidak memilih kerjaya ini tetapi hobilah yang telah membawa saya ke sini. Memancing telah menjadi darah daging dan sebati dalam kehidupan saya.

Justeru saya pula melihat potensi di dalam bidang ini seperti industri yang mampu membantu membuka peluang kerjaya kepada saya dan penduduk setempat.

 

 

UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi dan harapan anda dalam meneruskan kerjaya ini?

KKN: Rintangan di dalam meneruskan kerjaya ini antaranya, kenaikan harga bahan api menyukarkan operasi.

Bantuan hanya diberikan kepada nelayan tetapi pengusaha bot memancing tidak mendapat mendapat bantuan.

 

 

Harga enjin dan pembuatan bot meningkat tinggi diburukkan lagi dengan kejatuhan mata wang memberi kesan kepada pengusaha.

Tiada sokongan dari bank-bank untuk membantu pengusaha di dalam menyediakan pinjaman untuk melebarkan lagi perniagaan.

 

Semua urusan adalah tunai dari pengusaha merencatkan aktiviti pengembangan.

Banyak karang dirosakkan dengan penangkapan ikan secara komersial menggunakan teknologi yang telah diharamkan oleh negara maju masih dipraktikan di negara kita.

Ikan-ikan semakin berkurangan disebabkan tiada kawalan dan penguatkuasaan dibuat. Karang-karang musnah, benih-benih ikan kecil dikaut dengan rakus.

Pembiakan terganggu dan makin pupus.

 

 

Harapan saya bagi meneruskan kerjaya ini sokongan dan batuan dari pihak berwajib dan bank-bank dapat dilaksanakan bagi merancakkan aktiviti memancing ini ke arah satu industri.

 

UMPAN: Ceritakan pengalaman trip memancing yang manis dan pahit?

KKN: Pengalaman trip memancing pahit dan manis memanglah banyak jika nak dikongsikan.

Sudah tentu pengalaman manis bila mana hasil yang diperolehi luar biasa dan tidak terfikir oleh kita rezeki kurniaan Allah.

 

 

Di mana waktu itu kita berjaya membuatkan semua pemancing tersenyum dan gembira.

Lihat dari beberapa gambar yang saya kongsikan ini adalah semuanya detik-detik manis yang terakam dari banyak kenangan manis yang berlaku sepanjang kerjaya memancing.

 

Paling manis yang terbaru adalah bila saya sendiri berjaya mendaratkan spesies GT seberat 51kg pada trip Februari 2019 bersama pemancing.

Pengalaman pahit sudah tentu sesuatu yang sukar dilupakan dan menjadi pengalaman yang amat berguna selagi kita hidup.

Ia sesuatu yang amat berharga tak dapat dibeli dengan wang ringgit. Pengalaman mengharungi gelora dan ribut di laut selama 15 jam sehingga kehabisan minyak pada tahun 2017.

Perjalanan biasa memakan masa selama 5 jam sahaja. Sesuatu yang amat pahit tetapi cukup berguna.

 

 

UMPAN: Berikan sedikit tip untuk memperoleh hasil pada trip anda?

KKN: Tip bagi memperolehi hasil yang baik semasa trip bersama saya adalah mudah. Sediakan kelengkapan yang sesuai di lokasi bersesuaian dengan teknik dan cara pancingan kita sama ada bottom, jigging dan popping.

Biasanya sebelum trip kita akan berbincangan bagi memastikan semua persediaan dibuat dengan baik.

Atas faktor cuaca baik, keadaan kualiti air baik dan tiada sebarang masalah lain InshaAllah saya dahagakan kerajinan setiap pemancing.

 

Jangan merungut buat kerja kita rezeki pasti datang cepat dengan lambat sahaja. Sentiasa peka dan perhatikan kepada sahabat anda yang kerap menaikkan ikan dan cuba lakukan perkara yang hampir sama.

 

 

Servis pakej:

 

Nama bot: Bot Drezki

Saiz: 50 x 12 kaki

Enjin: Suzuki 300hp berkembar

Jumlah pemancing: 8-10 pemancing

Pakej sewa:

Pakej 1 – 3H2M (RM8000) / 4H3M (RM9500)

Lokasi: Tukun Perak (popping, jigging dan bottom)

Pakej 2 – 3H2M (RM6500) / 4H3M (RM8000)

Lokasi: Karang tengah / kapal karam / unjam tengah (bottom & jigging)

 

 

Nama bot: Bot Say Yes

Saiz: 36 x 8 kaki

Enjin: Mercury 150hp berkembar

Jumlah Pemancing: 6-7 pemancing

Pakej:

Pakej 1 – 1 hari (RM1100) / 1H1M (RM1700) / 2H1M (RM2100)
Lokasi: Kapal sub marin (casting dan bottom)

Pakej 2 – 1H1M (RM2100) / 2H1M (RM2800) / 3H2M (RM3500)

Lokasi: Karang / kapal karam / unjam (bottom dan jigging)

Jeti: Lebuh Zamrud, Taman Pekan Baru, Sungai Petani.

Published by
Amang